Tahajjud Cinta: Dato' Siti Nurhaliza

Assalamualaikum.

Akmal memperdengarkan album baru Dato' Siti Nurhaliza semasa kitorang jelajah Raya Perak 2009. Lagu pertama petikan dari Muzikal Sirah Junjungan Asma Ul Husna sangat mengimbau kenangan ketika aku menonton. Mengenang air mata bila mengenangkan setiap babak yang digambarkan dalam pementasan itu. Tahniah kepada Erma Fatima atas usaha beliau dalam berjihad mengongsi ilmu sejarah Islam. Banyak perkara yang tidak aku ketahui mengenai Nabi Junjungan Muhammad s.a.w. Aku tak pernah nafikan yang pengetahuan aku tentang sejarah Islam sangat minimal, tetapi kesan daripada menonton pementasan itu telah membuatkan aku lebih banyak browse info tentang sejarah Islam, in fact karya yang aku rancang untuk penilaian tahun akhir aku akan dibina strukturnya berdasarkan firman dan sabda Rasulullah s.a.w.

Nyanyian dato Siti tidak dapat dinafikan sangat baik dan pada pendapat aku secara peribadi, Tahajjud Cinta adalah salah satu cara untuk mengajak lebih ramai orang Islam untuk mengumpul pahala. macam aku pun selama ni bukan hafal pun Asma Ul Husna. tapi sekarang lepas dengar album ni ikut-ikut gak. Aku pernah terdengar yang dapat pahala kalau kita memuji-muji Allah; bukan bermaksud sebelum ni tak pernah memuji kebesaran yang Maha Esa. Tapi dengan Asma Ul Husna, lebih tertib lah. dan sekarang nak carik maksud setiap sifat-sifat Allah swt.

Selain tu, ada dua lagu yang aku baru dengar; Batasku Asaku dan Ku Percaya Ada Cinta.
Pada aku, aku suka struktur lagu ni dan liriknya ringkas dan mudah.

Jari kengkawan, aku nak ambil kesempatan kat sini belilah album ni ek. Harap-harap apa yang aku dapat korang dapat gak.

Comments

Popular Posts