LASKAR PELANGI...mengharukan.....


Menarilah dan terus tertawa...
walau dunia tak seindah syurga...
Bersyukurlah pada yang kuasa....
Cinta kita didunia..................


Petang semalam, selesai kuliah dramatari, semua kawan-kawan teruja untuk menonton screening filem bertajuk 'Laskar Pelangi', satu karya Indonesia yang menggambarkan kehidupan kisah anak-anak miskin dari SD Muhammadiyah di pulau Belitong. Kisah ini merupakan adaptasi dari novel tulisan, Andrea Hirata dan ditulis semula oleh Salman Aristo, Riri Riza dan Mira Lesmana dan filem ini adalah arahan Riri Riza.

Aku masuk ke Dewan Kuliah Utama agak lewat kerana pada mulanya aku tak rasa nak menonton filem petang tu. Tapi bila Sufi mula ajak sekali lagi (selepas dipelawa oleh orang lain sebelum itu) aku terus bangun dan pergi ke Dewan Kuliah Utama. Bila aku masuk ke dewan filem sudah pun dimainkan, dan babak yang diperlihatkan semasa itu adalah babak Pak Harfan dan Ibu Mus sedang menanti kehadiran pelajar sekolahnya. Senario babak itu memperlihatkan bahawa SD Muhamadiyah ini akan ditutup sekiranya mereka tidak dapat mendaftar sebanyak sekurang-kurangnya 10 orang dan pelajar yang kesepulh yang hadir untuk sekolah itu adalah Harun (Muka macam hazwan) dan bermulalah kisah kehidupan kanak-kanak ini dalam menimba ilmu di SD Muhammadiyah.

Innocent dan decentnya kanak-kanak ini membuatkan aku terus nak menonton filem ini. Dimasa aku mula menonton terdapat suara latar yang menceritakan perjalanan cerita ini dan suara ini suara orang yang lebih dewasa, yang secara langsung terus aku dapat merasakan suara itu adalah suara salah seorang kanak-kanak dari sekolah itu yang telah dewasa.

Cerita ini sangat mengaharukan dan aku menangis berkali-kali sambil menonton filem ini. Kesukaran yang dilalui oleh mereka seolah sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan dan tidak mengganggu mereka walau sedikit. Lintang, anak selung kepada 5 adik beradik yang dibesarkan oleh seorang bapa yang mencari nafkah dengan turun ke laut. Lintang seorang kanak-kanak yang bijak yang sering memberi galakan kepada kawan-kawannya untuk terus menimba ilmu dan mengejar cita-cita walaupun hidup dalam serba kekurangan. Lintang juga dilihat sebagai seorang kanak-kanak yang paling pintar berbanding kawan-kawannya yang lain.

Seterusnya watak Ikal, yang sangat lucu dan antara watak yang membawa aku kedalam filem ini. Dalam babak pertama yang aku tengok, Ikal inilah yang memakai kasut berwarna merah jambu dan reka bentuknya kasut kanak-kanak perempuan. Karaktornya ini sangat lucu kerana terdapat babak jatuh cita dengan anak pemilik kedai runcit dimana mereka sering mendapatkan bekalan kapur.

Mahar seorang kanak-kanak yang sering bersama dengan radionya. Beliau seorang kanak-kanak yang sangat bijak dan berminat dengan kesenian. Mahar dilihat agak matang berbanding kawan-kawannya yang lain dan suka bersendirian dan mendengar muzik.

Yang membuatkan aku menitis air mata apabila banyak usaha dan perjuangan yang diperlihatkan dalam filem ini, pengorbanan dan kesusahan kanak-kanak ini. Tetapi mereka tetap gembira. Yang paling mengharukan apabila Lintang terpaksa berhenti belaja apabila bapanya yang turun ke laut tidak pulang dan beliau terpaksa berhenti bersekolah dan meneruskan hidup dengan menjaga adik-adiknya.

Perasaan terharu aku ni takdapat aku nak gambarkan dengan tulisan dalam blog ni melainkan mengajak anda semua menonton filem ini kalau berpeluang...

P/S : yang menarik adalah bahasa pertuturan masyarakat Belitong ini sangat dekat dengan bahasa Melayu di Malaysia. Ironinya apabila mengenangkan salah faham isu budaya Indonesia dan Malaysia. Jelas bahawa kita adalah satu rumpun nusantara yang bertradisi yang sama pada asalnya sebelum wujudnya perpisahan sempadan.

Comments

Popular Posts