SEhati BEr DANSE..HAHHAHAHAHAAH

Sedang busan dengan line internet yang terganggu, terputus-putus, aku terus ke sofa dan mencapai remote control Astro dan menghidupkan TV. Paparan pertama di skrin TV aku adalah ulangan Kemuncak Sehati Berdansa. Aku tersenyum sebab aku boleh terjebak dengan realiti TV ini.
Sebenarnya, kalau populariti lah yang aku cari dan itu je sebab kenapa aku masuk Sehati Berdansa (SB), semua orang silap la. Sebabnya aku memang dah popular sebelum aku masuk rancangan ni (at least kat ASK, ASWARA, Kolej Teknologi Mulia, MBSS Sentul, dan Sentul). Aku sertai rancangan ini sebenarnya ingin mendapat sedikit duit untuk bantu aku terus hidup sebagai seorang pelajar.
Banyak yang aku belajar sepanjang mengikuti rancangan ini. Antara pengajaran yang terpenting adalah permainan politik ada di mana-mana. Selama ni aku memang tak suka politik dalaman dalam mana-mana institusi, terutamanya di ASWARA. Tapi selepas bersama selama 3 minggu plus-plus di Astro untuk SB, politik sebenarnya ada di mana-mana. Dan kerana kesedaran inilah aku jelas akur dengan penyingkiran pasangan dansa Shah dan Ani (pasangan aku ler) pada minggu kedua. Akur atas beberapa sebab. Sebab pertamanya sebab kurang mendapat sokongan penonton sebab mereka bukan artis popular. Dan untuk tujuan rating, menyimpan seseorang yang tidak mahu ditonton oleh penonton adalah merugikan. Lebih-lebih lagi mereka yang tidak boleh menyumbang apa-apa kepada syarikat penyiaran dimasa hadapan. Jadi, apa yang aku nak buktikan kat sini? Hurm..adakah undi itu benar-benar dikira.
Sebab kedua kenapa aku redha adalah kerana aku dapat melihat corak pertandingan ini, berujukkan dengan format SB 1. Lihat pasangan yang memasuki Final. Vanida dan Anne. Cuba bandingkan Lisda dan Amyza. Dapat tak lihat persamaan yang ketara. Kalau tak nampak, tanya le nanti ek.

Sebab yang terakhir adalah diwaktu kami disingkirkan, pasangan aku, abg Shah dan kak Ani memperlihatkan peningkatan yang sangat baik dalam masa kurang dari 4 harai dan kurang dari 12 jam. Aku bangga ngan mereka sehingga ke hari ini. Dan bayangkan kalau kami bertahan lebih lama, mungkin susah untuk mencari sebab mengapa kami disingkirkan nanti.hihihihhi
Lepas terkeluar, aku mengikuti mungkin 2 atau tiga lagi episod SB 2 selepas penyingkiran aku. Dan aku terfikir, gelaran koreografer yang diberikan kepada aku dulu, adakah memperlihatkan tugas aku sepanjang rancangan itu. Koreografer tidak sama dengan maksud penggubah tari, dan aku rasa tugas aku lebih kepada sebagai seorang penggubaha tari. Koreografer harus bekerja dengan seseorang yang mesti mempunyai bakat menari dan bidang tari yang sama dengan koreografer. SO..LU PIKIR LA SENDIRI
Tapi aku banyak belajar sebenarnya sepanjang terlibat dalam SB. Yang paling best bila dapat jumpa Ahmad Kassan dan berkerja dengan beliau selama 2 minggu plus-plus. Pertama kali aku mengkagumi abg Ahmad seawal usia 15 tahun, masa aku salah seorang daripada AMFC dancer. Dan banyak lagi kenangan silam yang tak dapat dilupakan.
Comments