Denishawn School of Dance and Related Art


Pada tahun 1915, Ruth St Denis bersama suaminya Ted Shawn telah menubuhkan Denshawn School of Dance and Related Art di Los Angeles, Carlifonia. Sekolah ini telah melahirkan lebih ramai penari dan koreografer moden dance yang telah memperkembangkan gay persembahan mereka sendiri seperti Martha Graham, Doris Humphrey, Charles Wiedman dan bintang filem senyap, Louise Brooks. Sekolah ini mempunyai pengaruh dalam teknik ballet mereka sendiri dan tari moden.

Hubungan antara Denis dan Shawn bermula apabila mereka pertama keli bekerjasama bersama pada tahun 1914. Pada masa itu, Denis sedang berkerja untuk persembahan dikawasan tenggara Amerika dan mencari seorang penari lelaki untuk mempersembahkan tari ballroom yang baru. Shawn yang mula meminati gaya persembahan Denis selepas melihat persembahannya pada 1911, telah menghadiri ujibakat ini dan disini bermula pengembaraan mereka dalam dunia tari moden.

Hubungan mereka semakin intim sejak itu dan mereka telah berkahwin pada 13 Ogos 1914. Mereka selepas itu masih lagi meneruskan jelajah untuk memperkenalkan gaya tari ballroom mereka dengan menggunakan nama St Denis-Shawn Company. Sehinggalah pada 6 Februari 1915, nama kumpulan mereka mula ditukar kepada Denishawn setelah pengurus kepada teater persembahan mereka di Portland Oregon menawarkan 8 ruang tempat duduk untuk persembahan mereka secara percuma kepada sesiapa yang dapat memberikan nama yang kreatif untuk pameran ballroom St Denis-Shawn. Pada mulanya, nama yang terpilih adalah The Denishawn Rose Mazurka. Akan tetapi, nama Denishawn lebih popular dikalangan penonton dan juga wartawan pada ketika itu dan nama kumpulan mereka ditetapkan sebagai Denishawn Dance Company.

Sejak dari itu, kedua-dua mereka mula memikirkan cara bagaimana mereka boleh menyumbang kepada dunia tari pada ketika itu. Shawn mula memberi cadangan pembukaan sekolah tari yang mempunyai dwi fungsi- sebagai satu pusat latihan dan akademik; yang sekaligus memberikan keuntungan kepada syarikat sekaligus menyumbang kepada penemuan baru dalam dunia tari moden. St Denis dan Shawn mula membuka Denishawn School pada 1915 yang menemukan panduan kepada formula padagogi dan koreografi, seperti yang dinyatakan pada kata-kata ini:
"The art of dance is too big to be encompassed by any one system. On the contrary, the dance includes all systems or schools of dance. Every way that any human being of any race or nationality, at any period of human history, has moved rhythmically to express himself, belongs to the dance. We endeavor to recognize and use all contributions of the past to the dance and will continue to use all new contributions in the future" (Sherman, Enduring Influence 11).

Comments

Popular Posts