FINAL DESTINATION + PARANOID = Kegilaan dan kekejangan
Selepas bersahur semalam, aku terus pulang ke rumah Zul. Zul ada mengatakan bahawa dia ada memiliki DVD yang menarik yang boleh aku tonton. Ceritanya Final Destination, the whole episode. 1 sampai 4. Aku pun dengan teruja yang amat sangat terus ikut ke rumah Zul untuk menonton filem yang mendapat tempat dihati aku ni.
Sebenarnya, aku pernah menonoto Final Destination (FD) 1 sampai 3 sebelum ini, dan jugak FD 4 3D, ngan Tam, Farah, Najwa, Edlin, Akmal dan Ombak. Tapi FD 4 itu tengok separuh jalan atas sebab-sebab tertentu. Tapi aku dah faham format FD ini. Nombor 180, 6, dan kematian yang memburui orang yang cuba melarikan diri daripada reka bentuk kematian. Tapi bukan itu yang menarik perhatian aku terhadap filem ini. Aku lagi tertarik untuk menonton patern kematian yang setiap watak lalui dalam filem ini.

Tontonan aku bermula dengan FD 1 yang menjadi old time favorite dan yang memulakan minat aku untuk menonton FD berterusan. Tragedi pertama adalah kejadian letupan Kapal Terbang. Dalam episod ni cara semua orang mati sangat mengejutkan (masa aku tengok dulu la). Tapi bila aku tengok sekali lagi..hanya kematian TOD je yang sedikit mengilukan walaupun berkali-kali menyaksikannya, perasaannya masih sama.

Kemudian FD 2. Yang paling best dalam FD 2 pada aku adalah premonition Kimberly tentang kejadian di Route 23. Kematian yang digambarkan dalam babak ini memperlihatkan kecuaian manusia yang jelas membawa kepada bencana. Ini yang menarik dalam FD 2. Berbanding FD 1, FD 2 memaparkan bentuk kematian yang akan berlaku atas kelalaian manusia sendiri. Kecuali kematian Eugene dan Clear di Hospital.

FD 3 menarik sikit sebab yang pertama adalah kualiti filemnye sangat menarik dan penataan warna sangat-sangat menarik. Yang lebih menarik apabila setiap kejadian yang bakal terjadi tergambar dalam kamera digital yang memperlihatkan gambaran bagaimana yang terselamat akan mati. Yang lebih menarik adalah penghabisan filem ini secara kebetulannya 3 orang yang terselamat iaitu Julie, Wendy dan Kevin berjumpa dalam sebuah gerabak MRT bernombor 180 dan mereka mati dalam tragedi keretapi itu.
FD 4 sangat menarik apabila ia terus bermula dengan pre trageni gambaran firasat Nick tentang kejadian kemalangan yang akan berlaku di track perlumbaan kereta yang disebabkan kereta nombor enam dan hilang kawalan dan kejadian berlaku di Stand no 180 dan perlumbaan dianjurkan di track bernama McKinley Speedway (McKinley adalat petunjuk yang Wendy dapat dari gambarnya tentang bagaimana dia akan mati dalam FD 3, yang merupakan teman sekolahnya). Montaj filem ini juga menarik apabila ianya memperlihatkan semula bagaimana kematian yang berlaku dala FD yang sebelumnya. Tetapi secara peribadi, yang menarik tentang FD 4 sebab dapat menontonnya dalam bentuk 3D yang lebih memberi impak. Yang lebih menarik lagi kemalangan yang berlaku dalam FD 4 ini sesuatu yang agak sukar untuk dihalang kerana ia nberlaku atas kelalaian orang lain.
Aku seorang yang agak paranoid dan menonton filem macam ni sedikit sebanyak akan mempengaruhi hidup aku (selama maksimumnya 24jam). Walaupun aku sedar yang perkara ini akan berlaku tapi aku tetap akan menonton filem macam ni. Filem yang lain yang menarik perhatian aku adalah filem pembunuh psycho. Tapi perkara dalam filem ini susah nak pengaruh hidup aku sebab membunuh adalah kesalahan dari sisi undang-undang.
hihihihihihihih

Comments