Moden, Kontemporari, Kreatif/Kreasi

Selepas membaca dan membaca, aku mula tertanya tentang Time-line transisi dari Tari moden ke Tari kontemporari. Secara definasinya apa yang aku paham adalah seperti dibawah:

1. Tari Moden: Bentuk Tari yang ditemui oleh Isadora Duncan, Ruth St Denis yang ingin memecahkan estetika kecantikkan tari yang pada awal kurun ke 19. Maksud perkataan moden itu sahaja jelas bermaksud sesuatu yang baru berinovasi bergantung pada peredaran masa.

2. Tari Kontemporari: Pengistilah yang wujud selepas pembentukkan tari Pasca moden. dan terus berkembang dari setiap aspek; literatur, tatabahasa gerak, falsafah dan lain lain.

Jelas la dari penerangan dan pemahaman aku secara peribadi, kronologi persembahan tari barat berkembang macam ni:

Ritual-> Folk and Classical Form -> Classical Ballet -> Romantic Ballet -> Modern Dance -> Post Modern dance -> Contemporary Dance.

Ini kronologi perkembangan dan bukan revolusi bentuk tarian ye. Harus jelas.


Tapi kalau semua orang sedar, semua ini berdasarkan pandangan dan konteks Barat dan Eropah. Mengapa tiada teori seperti ini, dari aspek perkembangan tari di Malaysia. Secara jelas, pengistilahan ini juga jelas datang dari Barat. Kita jarang mendengar tari moden Malaysia atau tari Kontemporari Malaysia. Aku pernah mendengar pendapat seorang pendidik tari menegahkan tiada istilah 'Malay Contemporary' dalam industri tari Malaysia. Mengapa ek.????

Berdasarkan pengetahuan perkembangan tari kontemporari di Malaysia, Prof Ghouse banyak menyumbang kepada perkembangan awalnya dan beliau merupakan artisan individu pertama yang mula mengekspresikan diri dalam bentuk tari, terkesan dari kejadian 13 Mei 1969. Beliau mula mempersoalkan isu Identiti Malaysia di dalam karyanya. Jikalau semua orang sedar, aku guna istilah tari kontemporari untuk memperjelaskan genre tarian yang dibentuk oleh Prof. dan ini kerana berdasarkan sedikit telahan dan bacaan yang aku buat, bentuk tari yang dipersembahkan itu lebih cucuk dikata sebagai bentuk kontemporari. Ironinya bahan bacaan dan rujukan aku 100% sumber dari Barat. Ini kerana kita mula lebih lewat berbanding di Barat dalam bentuk tarian ini. Sebenarnya, tak salah pun kalau nak kata bentuk yang dipersembahkan itu bentuk Moden Malaysia. Tapi dikhuatiri nanti 'orang' mula bertanya soalan KENAPA dan perumpamaan KALAU..... dan membanding-bandingkan dengan karya Barat.

Sesuatu yang menjadi pertanyaan apabila satu-satu bentuk tradisi digubah semula, mengapa kita memanggilnya sebarai satu bentuk Kreatif dan Kreasi. Perkara ini hanya berlaku dalan dunia tari Melayu sahaja. Pada pendapat aku, cuba kita bandingkan gubahan ini dengan hasil kerja Ruth St Denis secara fizikal. Bukankah prosesnya sama. Mengapa kreasi Melayu ini tidak dipanggil tari Melayu Moden? Ia merupakan satu bentuk baru; sifat jelas modernisme. Ia sesuatu yang inovasif. Kenapa ek????

Sebenarnya, kalau korang baca apa yang aku tulis ni, korang tau apa jawapan aku. Tapi, tujuan aku menulis ni adalah untuk korang pikirkan dan kongsi ngan aku apa pendapat korang tentang isu ni. Kenapa perkembangan tari di Malaysia tidak dapat dilihat dari kronologi ini:

Ritual-> Tari Rakyat (Melalui Migrasi Budaya dan Assimilasi) -> Tari Klasik (melalui Migrasi Budaya dan Assimilasi) -> Tari Moden Malaysia -> tari Pasca Moden Malaysia -> Tari Kontemporari Malaysia.

...tanpa wujud perbandingan, dari setiap aspek dengan bentuk tari Barat. Renung-renungkan...

Comments

Popular Posts