Malay Contemporary dance....HUH


Semalam ada dibangkitkan dalam kuliah tentang apa yang dikatakan tari kontemporari. Ada yang berpendapat gabungan antara bentuk tradisi dan bentuk barat adalah salah satu bentuk kontemporari. Pada pandangan aku, tari kontemporari adalah sesuatu yang sangat semasa (seperti yang pernah aku nyatakan). Sekali lagi dibangkitkan isu wujudkah istilah Kontemporari Melayu. Kalau korang tanya aku, kontemporari itu boleh berubah bentuk bergantung kepada bentuk tradisi yang diaplikasikan dalam penghasilan sesebuah tarian.

Seperti gambaran kontemporari adalah gabungan antara tradisi dan barat, bahan tradisi itu sahaja mempunyai banyak punca. Kalau tradisi India digambungkan dengan bentuk barat, kenapa tidak ia dipanggil 'Indian Contemporary' seperti yang dibuat oleh koreografer terkenal seperti, Umesh Shetty, Mavin Khoo dan Ramli Ibrahim. Kalau bentuk tradisi Cina digambungkan dengan elemen tari Barat, tidak menjadi salah sekiranya ianya dipanggil 'Chinese Contemporary'.

Tetapi yang berbezanya dengan kesenian Cina, ianya sudah memperlihatkan mempunyai pengaruh Barat dimana kemasukan seni Ballet di zaman pasca-pemerintahan Mao Zhi Dong. Jelas selepas itu, memang banyak kesenian di sana terpengaruh sedikit sebanyak dengan bentuk keindahan ballet; kebanyakannya dalam bentuk-bentuk tari Klasik China. Perkara yang sama juga telah berlaku di Filipina dimana kesan kehadiran penjajah telah mempengaruhi kebanyakan bentuk kesenian tari rakyat mereka. Jadi, dalam kebanyakkan bentuk tariannya sudah memperlihatkan gabungan Tradisi dan Barat. Sekiranya bentuk tradisi dua negara ini digabungkan dengan elemen barat, adakah ini akan memperlihatkan sifat tari yang sangat barat dan dimana nilai kontemporarinya?

Tari Butoh dilihat sebagai satu bentuk kontemporari yang terbentuk di Jepun kesan daripada kejadian bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. Bentuk ini memperlihatkan kesengsaraan dan dalam masa yang sama mempunyai nilai kesenian tradisi Jepun yang jelas mempunyai nilai erotik dan sensual (back to Amaterasu story, the origin of dance and performing art in Japan). Sekiranya tarian ini tidak dinamakan, mungkin namanya 'Japan Contemporary dance'. Tetapi, jika dilihat jangka waktu tarian itu wujud, adakah butoh masih boleh dipanggil satu bentuk kontemporari? Jika bentuk butuh in juga diproses ke butoh kontemporari, apa yang kontemporarinya dalam butoh kontemporari?

Jadi, aku sendiri sebenarnya keliru dengan definasi tari kontemporari yang sebenar. Kalau nak diambil dan ditelan semua definasi yang ada didunia ini mengenainya, dimanakah fungsi otak didalam tengkorak kita ini.

Tapi kalau aku dipaksa untuk menyatakan apakah tari kontemporari pada kau, aku akan jawab apa sahaja yang releven dan semasa dari setiap aspek dalam persembahan sesebuah tari;tatabahasa gerak, konsep persembahan, tema, kostum, penari, tempat dan penonton.

Comments

Popular Posts