Al fatihah buat... fitrah fatihah

Aku sedang melayari internet dan seperti biasa, FB, dan aku sedar yang ada satu persembahan teater akan diadakan pada jam 8.30pm. Timing yang sangat best sebab aku ada kuliah jam 5pm-8pm. Yang lebih menarik lagi apabila aku dapat tau yang terlibat dalam pementasan itu adalah Rime(sinografer), Ehsan(pengarah) dan orang yang banyak membantu produksi tari (yang aku terlibat) adalah Hafizee Hatta (pelakon). Antara mereka ini, penulis skripnya juga antara daya penarik yang membuatkan aku ingin menonton pementasan ini.
Pertama sekali aku rasa yang sedikit tidak selesa apabila selepas masuk ke ruang kotak hitam aku sedari kerusinya sangat sedikit. Dalam pemikiran aku terfikir, adakah mereka inginkan penonton yang sedikit untuk persembahan ini? Atau kerusi memang tak cukup? Tapi aku tidak melihat perkara ini sebagai sebuah masalah. Yang menarik posisi ruang yang diguna dalam kotak itam sangat menarik. Applause untuk pelajar teater era ini kerana dapat menggunakan ruang kotak itam sebaik-baiknya. sudut yang diguna, pada aku memberi perspektif yang sangat menarik.
Apabila persembahan bermula, aksi lakon pertama yang diperlihatkan oleh Hafizee sebenarnya adalah sesuatu yang biasa juga pada aku. Sekali lagi, mencetuskan dinamik tinggi dimula-mula pementasan. Apabila line pertama diucapkan, selari dengan gaya lakonan, terus terpancar dan terlihat ilusi Bob, penulis skrip cerita ini. Dan ini terlihat sehingga ke akhir pementasan.
Kalau nak dilihat dari aspek lakonan, Hafizee berjaya membuatkan aku percaya dengan setiap apa yang dinyatakan. Dia seolah-olah memaksudkan apa yang dikatakan olehnya. Watak teman wanitanya hanya membuatkan aku ketawa seketika. Watak orang tua(Roh) sangat bersahaja, akan tetapi gesturenya kelihatan agak keterlaluan dan kesan make up juga begitu. Secara keseluruhannya bentuk eksperimen ini berjaya, cukup untuk aku sebagai penonton.
Binaan pentasnya pada aku sekali lagi, sederhana tetapi berkesan. Ini kerana penggunaanya maksima. Aku hanya ada masalah dengan penataan cahaya, yang kadang kala terlalu malap dan memberi kesan berbeza daripada yang sepatutnya dalam sesetiap babak. Paling menarik scene Aji Rindu kat bapak dia, visualnya sangat menarik.
Congrat kepada semua yang terlibat dengan pementasan ini. Wang donation RM 1 berbaloi aku berikan untuk persembahan ini.
P/S: SEBENARNYA DARI TAJUK PERSEMBAHAN INI AKU DAPAT TAHU YANG IANYA AKAN BERAKHIR DENGAN KEMATIAN WATAK UTAMA DAN DIAKHIRNYA DIA TIDAK SEDAR YANG DIA SUDAH TINGGAL ROH SAHAJA. SCENE NYAWA DITARIK DARI JASAD SANGAT CUBA DIGAMBARKAN DAN IANYA KELIHATAN HAMPIR SEKALI DENGAN AZAB MATI ORANG YANG KURANG MENGERJAKAN AMAL DAN IBADAH.
Comments