Muzikal Tun Abdul Razak : Malu? Kerdil? Marah?

Tiba di Istana Budaya jam 8.15pm. Perasaan berkecamuk; gemuruh, teruja, risau dan macam-macam. Tapi saya gagahi juga untuk pergi menonton muzikal terbitan ASWARA yang pertama dipentaskan di 'pentas bertaraf dunia'. Sampai sahaja di ruang legar, ramai kawan-kawan yang hadir. Jumpa Kak Tania, Abg Megat, Pat Gui, Abg Zahim, Abg Midun dan ramai lagi. Bertambah gemuruh la perasaan ini.

Panggilan untuk pintu panggung dibuka.

Naik lif bersama teman lain dan dalam lif adal dua orang penonton lain bertanyakan pada saya:

"pelajar aswara ke?"

Saya mengiyakan pertanyaan itu. Perasaan bertambah gemuruh.

Terus masuk ke tempat duduk penonton, posisi F 40. Saya melihat sekeliling dan ternyata banyak ruang yang tidak diisi. Kemudian kedengaran suara Che Kem berkumandang meminta seisi penonton untuk berdiri menyanyikan lagu Negaraku.
Turut diumumkan kehadiran Menteri Kementerian kami. Dan persembahan bermula.

_____________________________________________________________________________________

Secara kesimpulannya persembahan MTAR ini jatuh dalam kategori membosankan. Tiada keseimbangan. Penderaan kepada penonton kerana tiada masa rehat. Informasi yang ingin disampaikan agak kurang berjaya disampaikan (kepada saya). Nyanyi Shidi sangat tidak baik (dan saya juga ada kelemahan dalam nyanyian) dan perkara besar yang telah menyumbang kepada kegagalan persembahan pada malam ini. Narrator memenuhi fungsinya dan sangat berjaya dalam penyampaiannya.

BABAK 1

Koreografi boria yang ringkas dan efektif. Keseronokan bermain Boria jelas terlihat. Terdapat watak yang sedikit keterlaluan dalam lakonannya. Bendera Pahang+Boria= apakah kaitannya? Nyanyian Tukang Karang kurang lenggok Borianya. Lagu Kedua: Pahlawan terbilang nyanyian pertama sedikit sumbang. Disini ensemble sedikit teragak-agak. Narrator beraksi dengan sangat baik.

BABAK 2

Terlalu minimal dari aspek koreografi. Kostum yang sangat sakastik dan tidak berkesan untuk perlambangan orang British (Kostum semasa musim pertama lebih baik). Pertuturan bahasa inggeris oleh watak lelaki inggeris sangat menjengkelkan (i mean in a different way). Peranan watak-watak sokongan yang kurang jelas. Seperti dalam Babak 1, watak kawan Tun agak keterlaluan. Sekali lagi watak sokongan harus sedar apa yang menjadi keutamaan dalam babak ini. Set yang menarik. Lagu Zapin Penjajah Sombong tidak jelas apa yang disampaikan selain perkataan sombong. Koreografi zapin terlalu 'terkongkong' dan kurang muzikaliti, tetapi dinamik dan eksen yang sangat tepat. Sekali lagi narrator, sangat baik.

BABAK 3

Bangunan Sultan Abd Samad yang agak pelik. Susun atur dan gerakan tari yang sangat menarik dari aspek pola lantainya. Terdapat silent moment pada awal babak yang sedikit pelik. Projeksi pelakon sangat baik dan seimbang.

BABAK 4

Set rumah yang sangat cantik. Watak pembantu rumah sangat baik dan minimal. Babak Konfrantasi sedikit panjang. Koreografinya kelihatan seperti dance concert dan tidak menggambarkan konfrantasi. Formasi keluar masuk ikon masyarakat Malaysia dan masyarakat Indonesia dirasakan kurang berkesan. Penari kelihatan bulat dan pendek (macam aku lak) kesan dari reka bentuk Kostum.

BABAK 5

Eksplorasi dengan kain yang dapat dijangka. Nyanyian watak Tun dan Aidil tidak seimbang. Perlambangan dua masyarakat yang jelas dari segi gesture. Kostum menampakkan pewakilan kepada satu etnik Indonesia sahaja (atau memang Orang Jawa je yang bergaduh ngan kita masa tu). Projeksi keratan akhbar banyak memperjelaskan apa yang cuba disampaikan dalam babak ini dan babak sebelumnya.

BABAK 6

Lagu hari jadi sangat merdu. Set rumah yang cantik tetapi kelihatan tidak siap.

BABAK 7

Seperti dalam Babak konfrantasi; terlalu lama dan kekalutan kelihatan terlalu selamat. Kurang dinamik dan tiada impak. Transisi daripada kematian kepada merangkak keluar sedikit tidak masuk akal tetapi alternatif yang baik untuk membantu aspek teknikal. Kemunculan seorang penyanyi dalam pakai serba putih menimbulkan persoalan: siapa ye ni? Teknik nyanyiannya sangat baik tetapi sebutan tidak jelas (dan hanya kedengar perkataan Tragedi dipermulaan lagu sahaja).

BABAK 8

Pelakon yang menyampaikan lagu Mageran perlu lebih banyak latihan dan mendengar melodi lagu. Artikulasi kurang jelas. Set terlalu kecil dan pencahayaan terlalu luas. Lagu Razak Harapan semua telah disampaikan dengan baik. Karektor Tunku Abdul Rahman dilakonkan dengan baik.

BABAK 9

Nyanyian lagu Mutiara Timur oleh watak Toh Puan Rahah baik. Transformasi set yang sangat praktikal.

BABAK 10

Transisi set sangat praktikal. Nyanyian lagu Ketahuilah Sahabat Ku tidak seimbang.

BABAK 11

Set sangat menarik dan sangat-sangat praktikal akan tetapi kelihatan seperti tidak sempurna. Transisi atau pra-BABAK 11 ini sedikit meleret dan dilihat kurang fungsinya. Koreografi yang minimal tetapi efektif. Ensembel ada sedikit masalah dalam memahami dan mengetahui traffic mereka. Sekali lagi ada watak sokongan yang agak keterlaluan. Narrator berjaya melakukan improvisasi yang baik (special congrat to Mak Yong too).

BABAK 12

Visual yang dramatik. Fungsi dua penari tidak jelas oleh sebab tiada hubungkait dengan lagu Sahabatku Kau Takkan Hilang. Lebih berkesan tanpa penari dirasakan akan mencetuskan suasana kesunyian dan kehilangan yang ingin disampaikan.

BABAK 13

Koreografi yang telalu ringkas. Pemukul dram yang tidak sama dengan muzik. Set yang juga menarik.

BABAK 14

Terdapat beberapa bahagian dalam koreografi ini sedikit bercanggah dari mesej yang ingin disampaikan tentang keharmonian dan kesatuan, dan ada yang sangat harmoni. Koreografi Lagu Kemenangan penggambaran yang baik.

BABAK 15

Babak yang paling berkesan (babak favorite aku) dalam segala aspek sehinggalah watak Tun Abd Razak mula menyanyi bersama watak Toh Puan Rahah dalam lagu Cinta Abadi.

BABAK 16

Sambutan kepulangan Tun yang dilaungkan dalam pelbagai bahasa terlalu tersusun dan satu per satu. Terlampau banyak pengulangan gesture bersemangat (menumbuk ke langit).

PERINGATAN: Semua ini adalah pendapat peribadi sahaja. Tiada sebarang unsur hasutan atau provokasi.

_____________________________________________________________________________________

Saya bercakap sekadar berkongsi pandangan. Saya juga masih belajar dan memerlukan pandangan orang lain juga. Kalau ada yang dikatakan salah, tinggalkan ulasan dan perbetulkan diri ini. Tiada niat menunding jari kerana saya pernah bersama-sama memperjuangkan karya ini.

Untuk ASWARA, ini adalah satu percubaan yang serasa saya kurang baik. Tapi kita harus cuba sebelum mengetahui hasilnya dan perkara ini hanya boleh berlaku sekiranya pihak kita bersedia untuk terima sebarang maklum balas mengenainya.

P/S: rasa malu, kerdil dan marah... kekadang kalau ada NAMA tak penting. yang penting sebenarnya PENGALAMAN. bukan mencari KESEMPURNAAN. tetapi harus MINIMALKAN kesalahan. usaha mencapai yang terbaik BUKAN dimata sendiri. Seni persembahan industri yang zalim. Apa yang berlaku HARI INI, tak semestinya berlaku setiap hari......

Comments

Anonymous said…
i sebagai audience juga berpendapat sebegitu kerana bagi i production ni amat memalukan.... dari babak ke babak tak ada link langsung.... oh my god.... thanks god coz i xjoin ngan production mcm ni... apepun production ni tak boleh menandingi enfiniti production.... enfiniti the best forever n ever
Anonymous said…
bagi saya MTR sudah dikira ok, ngapa nak rasa malu pulak. jangan nak dibandingkan dgn profesional musical macam PGL atau PRamlee kerana mereka boleh hired siapa sahaja dalam dunia ni. Kalau saya ditempat awak, saya rasa bangga kerana sebuah sekolah sudah mampu mementaskan sebegitu besar produksi. anyway tahniah utk ASWARA and u too.
fee said…
kepada yang mengatakan MTR tu ok...please bangun dari tidor yer..kita hidup dalam reality..jangan terus dibuai mimpi..kualiti yang kita carik..ok...letak la nama kalau berani.hahahahahah

Popular Posts