DEFINISI / IDEOLOGI / FAHAMAN / ESTETIKA /APRISIASI = TARI....

dua tiga hari ni aku banyak membaca tentang macam-macam benda; penerangan tentang tari, teori koreografi dan macam-macam lah. tapi sedang aku membaca satu buku ni, tentang teknik eksplorasi gerak, mengenal pasti titik permulaan karya dan kraf dalam membentuk sesebuah tarian, aku terfikir. satu masa dulu, masa diploma aku ada buat satu bentuk cetusan variasi dalam koreografi aku ni. dan dua minggu lepas, barulah aku sedar yang termanya adalah accumulation. Ironinya masa dulu aku tak tau pun apa kebendanya accumulation tu. terus aku tertarik. adakah teori sesuai dan penting untuk pembelajaran seni.?

secara peribadi sebenarnya, pada aku teori dalam kesenian terutamanya tari, sangatlah penting bagi membantu dalam penghasilan sesebuah karya, selain dari memperlihatkan pengetahuan seseorang tu. tapi pernah tak kita terfikir apa yang akan berlaku, sekiranya seseorang tu tidak pernah tahu tentang sesuatu terma dan terma itu diperkenalkan kepadanya dan dia pun tidak pernah mengenali terma itu sebelum itu.(hah berbelit belit).

hah..jadi saya setujulah bidang koreografi ni takboleh dibentuk dari pemahaman teori je..bidang koreografi ni mesti datang dengan bakat semula jadi..hihihihih..so kalau seseorang tu memang takde bakat koreografi..tapi menelaahla berbagai buku pembinaan koreografi, rasanya makan puluh tahun baru 1 karya tari dapat terbentuk.hahahah...tapi ni cuma satu pendapat je lah kan. tak de sapa kena percaya ngan apa yang aku cakap ni.

perkara lain yang nak aku cakap adalah penari lak. memang la instrumen utama seorang penari tu badan dia..sedar tak, cantik mana pun badan seseorang tu,kalau tak pandai guna, macam takde makna jugak la kan kalau nak jadi penari. sekali lagi, pentingnya bakat dalam hal ni. memang lah kalau diajar orang yang bukan penari dengan cara yang betul dia boleh bergerak tapi boleh ke dia menari? definisi menari pada aku adalah pergerakan yang berlaku dengan niat untuk ditarikan. jelas la kalau ada yang berpendapat tidur diatas pentas tetapi wujud niat menari dalam hati sanubarinya ia bukan lagi tari.(sorry miss Marion..hhuhuhhuhuhuh). nak terangkan dengan jelas lagik..contohnya kalau seseorang tu ada niat nak makan, tapi dia tak makan. dia minum je. jelas sekali aktiviti makan itu tidak akan terlihat kan kan kan. kalau satu karya tari tu bertajuk 'Tidur' dan persembahannya hanyalah memperlihatkan penari itu tidur diatas pentas, tidak dinafikanlah itu masih satu persembahan. tapi adakah itu persembahan tari saya tak setuju 100%.

pendekatan dalam bidang tari pulak daripada pemerhatian aku secara peribadi mestilah sesuatu yang disokong oleh teori yang sudah sedia ada. pada pendapat aku la kan, teori dalam estetika tari sebenarnya sentiasa berkembang mengikut peredaran masa.

nanti kalau aku rasa nak merapu lagik aku akan post lagi ek...

Comments

adoi..tak tau la masalah ni sebenarnya berpunca dari apa..tapi jelas sekali kecuaian dan betapa slownya kerajaan malaysia memberi respon pada isu ini..telah menyebabkan salah faham timbul. tapi sebenarnya kesalahan malaysia..kesik je kot. rasa2nya media indonesia yang sengaja membesarkan isu ini dan memprovokasi rakyat indonesia supaya membenci malaysia.. semata-mata utk melariskan bahan berita mereka. kalau nak difikirkan soal klaim atau mencuri ni tak timbul. kerana semua masyarakat di dunia mengetahui abhawa tarian pendet merupakan tarian yang berasal dari bali.

ahhahah ni ada request ni.. tiba2 je ada request kan.hahahha.boleh tak fify kkupas mengenai kenyataan indonesia yang mengatakan batik..lagu rasa sayang..wayang kulit..masakan rendang tu adalah kebudayaan indonesia..tapi malaysia telah MENCURI budaya2 tersebut.

Popular Posts