Million Dollar Theater (Kosnya, Kualitinya, Peluangnya...)ke??


Assalamualaikum

Mengapa seseorang itu bangun, mengenakan pakaian yang sesuai, memandu atau berjalan, mengeluarkan sejumlah wang untuk menonton sesebuah persembahan pentas di lokasi yang berbeza beza di Malaysia ini? Sedangkan individu itu boleh sahaja terus meletakkan punggung, menghela nafas malas dan terus tersandar di sofa empuk dalam keselesaan di rumah dan menukar rangaikan yang ingin ditonton di televisyen. Pengalaman adalah jawapan yang terbaik tergantung dari sudut pandang yang mana sekiranya anda ingin menjawab soalan ini. Selepas menonton persembahan Together As One di The Actors Studio oleh YKLS, aku telah bergegas ke Putrajaya (sebab risau kesesakan lalu lintas yang tidak dapat dijangkan di Kuala Lumpur) untuk menonton sebuah persembahan teater yang dipentaskan untuk kali kedua di Putrajaya. Hasrat hati yang ingin mendapatkan tiket melalui seorang teman (Thanks Azhar Zainal) tidak kesampaian apabila teman aku tadi memberikan tiket percuma untuk menonton persembahan ini (Tengs).

Yang menarik persembahan Teater Juta-juta oleh Fasyali Fadzly ini adalah apabila bersembahan ini telah bermula seawal aku mendapatkan tiket. Para pelakon; Anas Ridzuan, Fazleena Hishamuddin dan Aloy Paradoks sudah berada diruang legar front of house untuk membantu para menonton untuk mendapatkan tempat dalam runag pentas. Auditorium yang berbentu semi arena yang boleh memuatkan hampir 180 orang dalam satu-satu masa ini menjadi medan permainan 3 pelakon ini tadi. Apabila penonton semua sudah mula mengambil tempat, ‘pembukaan’ kepada persembahan pun dimulakan. Dalam ucapan ringkas Fazleena dibahagian pembukaan ini, beliau menyatakan tujuan semua orang berkumpul di ruang yang persis seperti dewan seminar ini adalah untuk menyaksikan perbentangan mereka untuk mengadakan sebuah persembahan dan mengharapkan bahawa hadiran; yang diprojeksikan sebagai pemberi dana dan penaung kraton (tempat yang mereka ingin pentaskan persembahan mereka).

Teater Juta-juta ini jelas menceritakan tentang perjalanan 3 orang graduan seni teater yang ingin membentangkan pemohonan ruang dan dana untuk mementaskan sebuah pementasan di Kraton, sebuah panggung yang bertaraf antarabangsa. Pementasannya dibuat dalam bentuk kolaj yang memperlihatkan fragmen-fragmen yang berbeza dalam seurat time line proses pembinaan persembahan ini. Dimensi yang berbeza juga digunakan dalam pembinaan persembahan sekaligus mewujudkan keadaan the suspension of disbelieve dalam beberapa fasa; pelakon sebagai pelakon yang bekerja dengan penulis/ pengarah teater Juta-Juta, pelakon sebagai pelakon yang melakukan teater Juta-juta (yang juga berperanan sebagai pelakon dalam persembahan yang 3 watak ini rancangkan untuk dipersembahkan dan pelakon sebagai 3 watak utama, penaja-penaja dan penaung/pengarah besar kraton, juga sebagai watak korus).

Karya yang aku lihat sebagai luahan rasa yang jujur ini memperlihatkan nasib graduan seni khususnya teater di Malaysia secara amnya. Peluang untuk bekerja sebagai seorang artisan yang berpendidikan di Malaysia kurang mendapat sokongan dari badan-badan kerajaan dan swasta kesan dari monopolasi dunia komersial dan mainstream. Trajektori teater merujuk kepada peluang untuk mendapatkan dana dan ruang persembahan selalunya dipengaruhi oleh nilai komersial dan mainstream semata-mata dan menyebabkan mereka yang berkelayakan dan berkebolehan tidak dapat bekerja sehabis baik berdasarkan kelayakan akademik mereka. Aku berpendapat bahawa kebenaran ini jelas dan dirasai oleh semua artisan bebas tempatan (termasuk diri aku) dimana peluang selalunya akan diraih oleh mereka-mereka yang sering muncul dikaca tv dan majalah-majalah hiburan tempatan, berbanding individu yang menuntut dalam bidang yang releven. Aku tidak bermaksud mereka yang popular tidak berkemampuan untuk menjadi artisan pentas, akan tetapi hampir 70% sebab kerana peluang dapat dan jatuh diriba mereka adalah kerana mereka popular, BUKAN kerana mereka mempunyai kelayakan bertulis yang diiktiraf.

Perkara ini dipengaruhi oleh pelbagai aspek sebenarnya. Antara sebabnya adalah apabila yang berkebolehan dan berkemampuan menaja dan memberi ruang ini inginkan populariti dan juga publisiti dalam melakukan kerja. Yang menyedihkan lagi perkara ini memang benar-benar berlaku.

Kerana persembahan teater Juta-Juta ini adalah sesuatu yang releven dengan kehidupan aku sebagai artisan bebas (aku pernah menyertai/menjadi individu yang dicemburui watak dan sebaliknya), bentuk persembahan yang dinamik kesan dari struktur kolaj, suspension of disbelieve pada aras yang berbeza, komedi sinikal sebagai bahasa persembahan, parodi muzikal yang berkesan, jelas sekali Fasyali Fadzly, Mask Team, Majlis Belia Kawasan Putrajaya dan Perbandaran Putrajaya telah berjaya mementaskan sebuah persembahan yang menarik dan diharapkan dapat memberi kesan kepada penonton yang sempat meluangkan masa dan hadir untuk menontonnya.

p/s: Sebenarnya apa yang berlaku dalam industri (popularnya persembahan muzikal, isu politik etc) adalah perkara yang memang tak terdaya dikawan oleh sepasang tangan sahaja. Untuk gembira diri anda, anda boleh pilih samada:
i. pelbagaikan kebolehan diri, untuk membolehkan kita bekerja dalam bidang seni persembahan secara keseluruhan

ii. terus menjadi artisan sejadi dan memperjuangkan apa yang wajar diperjuangkan

TEPUK DADA LEPAS BATUK OK

Sumber Visual: broframestone.com, aloyparadoks.blogspot.com

Comments

Popular Posts