Bersama bersatu and Million dollar Theatre


Assalamualaikum.

Semalam bermula dari jam 2pm hingga ke lewat malam aku telah memenuhkan jadual Ahad aku dengan menonton persembahan. Aku telah berkesempatan menonton 2 bentuk persembahan pada hari itu; sebuah persembahan koir oleh Young Kuala Lumpur Singers di The Actors Studio Lot10 dan Teater Experimen ‘Juta-Juta ke Putrajaya’ di Panggung Experimental, Precint 3, Putrajaya. Pengalaman yang aku lalui sepajang hari ini merupakan pengalaman baru sebagai spektator seni persembahan tempatan. Buat pertama kali dalam hidup aku, aku dapat merasakan pengalaman menonton yang menggembirakan oleh 2 bentuk persembahan yang berbeza dalam satu hari yang sama kurang dari lingkungan 12 jam.

Secara fizikalnya, persembahan Together as One faith united through choral music oleh The Young KL Singers (YKLS) ini persis koreografi Qadim oleh Joseph Gonzales. Perbezaan yang nyata antara keduanya adalah pelaku dan medium persembahan yang dipilih. Persembahan nyanyian yang terdiri dari 15 lagu, merupakan komposisi vocal nyanyian berkumpulan yang menyanyikan lagu dan nyanyian yang berunsur keagamaan. Setiap lagu yang dipilih jelas menceritakan tentang keindahan yang berkuasa pelbagai agama dan kepercayaan. Yang berbeza dalam persembahan ini dan ianya merupakan pengalaman yang mungkin sukar untuk dilupakan adalah pelaku yang terdiri dari pelbagai kepercayaan dan etnik menyampaikan semua lagu bersama-sama. Perkara yang mungkin sedikit akan menyinggung penonton yang mempunyai pegangan tertentu ini pada aku diperlihatkan dalam manor yang sangat baik dan sekiranya wujud sensitiviti dikalangan penonton, penonton itu perlu melihat diri dan seterusnya lihat semula apa yang diperjuangkan oleh agama yang beliau pegang.

Selain nyanyian, YKLS melakukan formasi-formasi ringkas yang ada diantara pergerakan yang dilakukan sangat menari perhatian aku. Satu pergerakan yang sedikit mungkin aku baca sedikit klise adalah apabila mereka menyampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad saw. Penyanyi tenor dan bass disusunkan dihadapan penyanyi alto dan soprano walaupun lagu ini dinyanyikan bersama-sama. Sememangnya dalam Islam, Renungan Lelaki adalah fundamentalnya. Yang sedikit menimbulkan rasa kesal keatas diri aku adalah perkara ini diprojekkan juga ke atas pentas. Juga terdapat dalam persembahan ini apabila mereka menyanyi sambil bertepukan dan menghentakkan kaki dalam ritma yang boleh dikatakan kompleks; lengkap dengan formasi cannon, tingkah dll. Dalam bahagian ini, walaupun kedengaran beberapa tepukan yang sedikit berpincangan dari kumpulan, usaha untuk menyanyi dengan permbahagian vokal yang sedia anda kompleks, usaha mereka ini wajar dipuji.

Sebagai sebuah kumpulan penyanyi yang terdiri daripada 33 orang semuanya, nyanyian suara harmoni yang disampaikan sangat seimbang dan dinamik. Walaupun ada diantara mereka yang kedengaran sedikit shaky, sebagai satu kumpulan mereka menyanyian dalam satu kesatuan yang boleh dibanggakan. Kelemahan dari aspek vokal ini hanya akan dapat dilihat apabila dalam satu-satu lagu, ada penyanyi yang akan memulakan nyanyian. Pengalaman penyanyi-penyanyi ini dapat dilihat dari gaya solo mereka; penyanyi yang lebih berpengalaman akan mempunyai lontaran vokal pada nota-nota muzik dengan tepat seraya dengan kualiti yang nyanyi yang lancar sekaligus dimamika yang terkawal, berbanding penyanyi yang kurang berpengalaman sedikit bergetar dan ada nota-nota muzik yang kadang-kadang seolah tidak menyentuh nta yang sepatutnya.

Walaupun begitu, persembahan oleh mereka ini wajar dipuji dan seharusnya disokong dari masa kesemasa. Ini kerana mereka mampu membawa anda ke suatu realm yang berbeza dengan hanya menyanyikan lagu yang disampaikan dengan hati yang luhur dan jujur.

p/s: berapa ramai dah graduan ASWARA dan UITM dan dimana-mana yang mempunyai pelajar jurusan perembahan instrumental Vokal. Selain dari Kumpulan Koir Kebangsaan, tak teringin ke nak buat persembahan Vokal berkumpulan. Hubungi saya kerana saya ada rancangan untuk membuat persembahan seperti ini.

Sumber Visual: theactorsstudio.com.my, thesundaily.my

Comments

Popular Posts