Adaptasi novel ke??? atau telenovela ke????
Assalamualaikum..

Sempat juga aku menonton teater Badai Semalam arahan Khairunazwan dan Skrip tulisan Erma Fatima di Istana Budaya Ahad lalu. Badai Semalam adalah novel nukilan Khadijah Hashim merupakan bahan bacaan yang sangat popular satu masa dahulu dan merupakan salah satu rujukan dalam pengajian O Level dan SPM satu masa dahulu (Info dari tradisi lisan hehehehe).
Secara ringkas, kisah yang penuh drama dan konflik ini menggambarkan kehidupan Mazni dan cabaran yang dilalui oleh beliau untuk menunaikan
Cubaan Erra Fazira (Mazni) sebagai pelakon pentas boleh dibanggakan. Lakonan beliau yang kelihatan jujur berjaya membuatkan aku percaya yang beliau adalah gadis berusia 18 tahun. Aaron Aziz (Karim)pada pendapat aku masih lagi gagal berlakon sebagai pelakon pentas. Teater ini bukan pertama kali kemunculan beliau di pentas Istana Budaya. Apa yang beliau projeksikan sebagai pelakon kelihatan hampir gagal. Begitu juga dengan Fizz Fairuz (Zaki). Aku faham, memang ramai yang akan
Ruang lakon yang terhad tidak menjadi halangan untuk Ziela Jalil (Mak Bibah) untuk memaparkan kebolehan beliau sebagai pelakon pentas. Pengalaman yang beliau ada sepanjang 2 3 tahun ini berkecimpung dalam seni persembahan pentas nampaknya memperlihatkan aplikasi pengalaman yang ditangguk beliau. Begitu juga dengan Umie Aida (Puan Ana). Antara yang mempamerkan kebolehan yang diluar jangkaan adalah watak Mahani oleh Emelda. Jika dibandingkan persembahan beliau dalam PRamlee the Musical 2, lakonan beliau kali ini jauh lebih baik.
Kebolehan pelakon wanita sangat menguasai pementasan Badai Semalam ini jika dilihat secara keseluruhan. Gaya penceritaan yang diprojeksikan di atas pentas, jelas sekali meta naratif penceritaannya menggambarkan renungan wanita. Kisah yang disulam dengan ego watak lelaki dalam setiap babak nampaknya selari dengan meta naratif naskah sekaligus, tidak disangka mempengaruhi aspek teknikal setiap pelakon diatas pentas. Kalau aku renungkan lagi,

Sumber Gambar: mohdhaiqal.com, goodreads.com, gua.com.my
Secara ringkas, kisah yang penuh drama dan konflik ini menggambarkan kehidupan Mazni dan cabaran yang dilalui oleh beliau untuk menunaikan
impian ibunya, Mak Bibah, untuk melihat anak tunggalnya berjaya menggenggam Ijazah perubatan. Mereka dua beranak menumpang di rumah bekas majikan Mak Bibah, En Haris dan Puan Ana yang mempunyai anak tunggal bernama Karim, yang sering mengisi masa malamnya dengan berhibur dan berdisko. Mazni yang masih bersekolah ditingkatan 6, sentiasa berada di dalam dilema; samada untuk meneruskanpengajian atau untuk bekerja dan menjaga ibunya yang tidak begitu sihat. Walaupun begitu, Zaki, rakan Mazni (tak tahu sejak bila mereka berkenalan) sering menasihatkan supaya Mazni menamatkan pengajian. Desakan oleh Mahani,
yang sering datang bertandang ke rumah Puan Ana sering membuatkan Mazni ingin berhenti belajar dan bekerja untuk membantu menyara ibunya.


Cubaan Erra Fazira (Mazni) sebagai pelakon pentas boleh dibanggakan. Lakonan beliau yang kelihatan jujur berjaya membuatkan aku percaya yang beliau adalah gadis berusia 18 tahun. Aaron Aziz (Karim)pada pendapat aku masih lagi gagal berlakon sebagai pelakon pentas. Teater ini bukan pertama kali kemunculan beliau di pentas Istana Budaya. Apa yang beliau projeksikan sebagai pelakon kelihatan hampir gagal. Begitu juga dengan Fizz Fairuz (Zaki). Aku faham, memang ramai yang akan
memarahi aku atas komentar ini. Mereka di layar perak dan televisyen, tidak dinafikan sangat baik. Walaupun begitu, di pentas mungkin projeksi beliau boleh dikatakan agak lemah. Senjata untuk meminta penonton terus bersama dalam setiap babak yang memaparkan mereka adalah infomasi kontekstual tetang kejayaan mereka di televisyen khususnya. Kegagalan ini bukan disebabkan oleh gaya arahan pengarah kerana kesan yang sama aku rasai ketika menonton Natrah juga.
Ruang lakon yang terhad tidak menjadi halangan untuk Ziela Jalil (Mak Bibah) untuk memaparkan kebolehan beliau sebagai pelakon pentas. Pengalaman yang beliau ada sepanjang 2 3 tahun ini berkecimpung dalam seni persembahan pentas nampaknya memperlihatkan aplikasi pengalaman yang ditangguk beliau. Begitu juga dengan Umie Aida (Puan Ana). Antara yang mempamerkan kebolehan yang diluar jangkaan adalah watak Mahani oleh Emelda. Jika dibandingkan persembahan beliau dalam PRamlee the Musical 2, lakonan beliau kali ini jauh lebih baik.
perspektif adaptasi novel ini persis adaptasi kisah tanggang dalam karya tanggangisme. Dalam pementasan ini, perkara ini dapat dijustifikasikan daripada beberapa babak gambaran kepada bangkitnya semangat seorang wanita cerminan kepada keegoan lelaki. Contoh pertama adalah apabila watak Zaki sanggup bersusah payah mencari cara untuk membantu Mazni supaya berjaya dalam pelajaran. Walaupun begitu, diakhir pementasan, apabila Zaki ingin memiliki cinta Mazni, apa yang Mazni boleh nyatakan adalah cinta Zaki di dalam hatinya dan berlalu memulakan hidup baru tanpa mengundang Zaki bersamanya. Satu lagu senario dimana Karim kesal kerana memberi kebenaran untuk Mazni menuntut pelajaran dan mula merasakan kebenaran tyang diberikan olehnya merupakan bebanan kepadanya. Untuk menenangkan diri, beliau ke kelab malam berjumpa Dora (Yasmin Hamid).

Terdapat juga elemen nyanyian dan tari dalam persembahan teater ini. Walaupun begitu, aku tidak melihat pementasan ini seperti sebuah muzikal. Nyanyian secara 'miming', pada pendapat aku telah menghilangkan minat aku untuk mengamati lirik nyanyian.
p/s: Ada dua lagu yang di'miming' oleh Fizz Fairuz. Fizz Fairuz gagal mem'miming'kan kedua-dua lagu itu dengan baik.
Sumber Gambar: mohdhaiqal.com, goodreads.com, gua.com.my
Comments