Jumpa akhirnya apa yang dicari.


Assalamualaikum

Sengaja aku memohon pada Allah swt, temukanlah aku dengan perkara yang aku cari sudah hampir 5 tahun (bukan la setiap hari, setiap bulan Ogos ke Disember sebenarnya routine ni). Pencarian ini bukanlah sesuatu yang akan membantu perkembangan kerjaya aku. Ianya hanyalah keperluan fisiologi demi mencapai ketenangan yang mutlak (GITEW). Closer la kot. Tapi apa yang aku nak kongsi ini sebenarnya adalah kebenaran tentang apa yang kita pohon kepada yang kita percaya.

Sejak dari kecil, aku memang suka berangan, impikan macam macam. Ada antara perkara yang aku angankan adalah perkara yang sangat-sangat mustahil. Tapi sedar tak sedar, sudah lebih 29 tahun hidup, banyak perkara yang aku angankan semasa kecil dulu memang sudah termakbul.

"Asal kau percaya, percaya pada yang Esa. Jangan wujud benci kerna kita tiada yang jaguh perkasa. Jika ada tangis, luahkan saja semua, apa yang perlu ada, hanya percaya."-Nadia Aqilah Bajuri

Dan penemuan aku yang terbaru kali ini bukti kepada angan dan apa sahaja yang aku pohonkan kepada yang Maha Esa sentiasa didengari. Kepercayaan aku tidak akan dapat digoyahkan, dan setiap aspek dalam kehidupan aku.

Kini, atas pertemuan ini, aku rasa tenang dan bahgia. Banyak perkara yang aku harapkan benar-benar telah termakbul. Alhamdulillah

p/s: bila la aku akan bebetul menjadi insan yang taat kepadaNya. Aku masih mencuba ternya sukar tapi aku akan terus mencuba. Amin.

Sumber Gambar: penjagaiman.blogspot.com, risalahmusafir.blogspot.com

Comments

Popular Posts