Perasaan dan Hati Ku Mengikut Musim

Assalamualaikum

Banyak benda yang berlaku di bulan terakhir 2011. Aku sudah mula latihan dengan Auntie Farah (Sayang) Sulaiman untuk Broadway Bites, koreograf 3 tari untuk Disney's Waktu Rehat, koreograf pekerja Canon Shah Alam, juga membantu menyiapkan wanita-wanita jelita dalam persembahan Muzikal KLPAC, Malaysian Girls.


Sangat banyak aktiviti dan aku dijangka sibuk sehingga bulan Mac. Walaupun begitu, ada beberapa perkara yang tetiba melintas dipandangan aku, aku tetap juga terlepas pandang beberapa perkara. Ada antaranya perkara-perkara yang penting seperti aku terpaksa berkata tidak kepada persembahan Zenta Kimora (sorry yer), ujibakat beberapa muzikal dan beberapa tawaran yang memerlukan perkhidmatan kreatif aku diakhir tahun ini. Aku memang nak cuba buat semua dan bukan kerana tamak. Aku rasa sangat dihargai bila aku diperlukan dan mengecewakan hati mereka adalah perkara yang aku sedaya upaya ingin elakkan. Nasib baik Nanie lapang beliau banyak membantu aku sebagai mata kedua. Juga terima kasih kepada Zul Ninie yang sudi bekerjasama dengan aku untuk mencantikkan 'Ratu Malaysia' dan Ratu Australia' di KLPAC.




Tapi, ada satu perkara yang aku terpandang dan aku tertanya. Sedang FB aku mengemaskini, tetiba aku ternampak Hoore! Hoore! akan membuat pra-tayangan pada 16 Disember. Aku teruja dan tak sangka, hasil kerja tangan yang dinanti-nanti rupanya sudah siap sepenuhnya. Tetiba, terdetik, "Kenapa takde orang update ngan aku perkara ni ek?" untuk filem ini, ada dua event yang aku tidak diberitahu dan yang pertama adalah sidang akhbar yang akhirnya dibatalkan. Semasa aku terdetik rasa ini, aku agak tersinggung. Perkara ini membuktikan industri seni TV dan Filem Mainstream tempatan populariti sebelum berlaku aprisiasi. Sekali lagi aku termenung seketika. Aku redha. Ynag peting kerja aku da selesai. Tak pe lah kalau aku tidak dijemput untuk premiere pun sebab aku rasa aku berkarya sangat ikhlas.

Penghargaan dan aprisiasi sangat subjektif dan perkara ini tidak sepenting oksigen. Kalau ditakdirkan aku kena menonton hasil kerja aku sendiri di pawagam sama dengan orang lain, apa boleh buatkan. Yang penting rezeki ada dimana-mana. Memang kerjaya yang aku pilih ini memerlukan pendedahan untuk menapak tempat dalam inddustri. Tapi kalau takde peluang, mungkin bukan kali ini.

Selain itu, aku sudah mula merasakan perubahan harus dibuat ke atas diri aku. Perkara seperti boleh dijadikan sebagai ujian untuk aku menjadikan diri aku lebih baik.

p/s: Facial Hair sangat annoying ye... tapi must goes on...

Comments

Popular Posts