Kekangan yang Terkangkang

Assalamualaikum

Ada kisah yang mengemparkan Malaysia. Kisah tentang seorang pelajar tajaan Petronas yang telah hilang ketika beliau sedang menuntut pelajaran. Pelajar yang sama ini kini menghasilkan letupan kedua apabila gambar beliau yang berkucupan dengan seorang lelaki mat salleh, dipercayai senario itu merupakan majlis resepsi perkahwinan dua mempelai ini.

Kalau korang harapkan detail tentang drama duniawi ini, aku tak berminat untuk share semua itu. Korang boleh google je nama hamba Allah ni dan banyak blogger yang berlumba-lumba nak jadi orang pertama memecah aib insan yang terlalu terbuka ini.

Bila pertama kali aku melihat gambar insan ini, aku tertanya, "apa yang menjadi impulse tindakan beliau mengenakan baju Melayu hitam lengkap tengkolok dan sampin?". Banyak aku baca komen orang Malaysia yang berjiwa kekitaan dan kenegaraan yang memarahi hamba Allah yang ni. Kalau nak diringkaskan, kata2 masyarakat M'sia ni, mereka berasa malu kerana bekas pelajar bijak yang ditaja ini mengenakan busana yang menjerit AKU ORANG MALAYSIA.

Tak kurang juga ada diantara masyarakat Malaysia yang segolongan dengan bekas pelajar bertuah ini tetapi jenis pemalu, mencemuh dan menghina tindakan beliau ini. Ramai yang tidak menyokong tindakan beliau mendirikan rumah tangga. Tapi setahu aku, mereka yang discreet ini pun mempunyai impian yang sama kan kan kan.

So, apa yang menjadi masalah dan isu di sini. Dari sudut pandang aku, dari konteks manusiawi dan duniawi, bekas pelajar yang bijak lagi bertuah ini, memperlihatkan gaya hidup beliau sebelum gambar perkahwinan beliau diterbitkan sebagai kehidupan yang TERKURUNG dan terlalu banyak perkara yang dipendam yang dilihat wajar dijeritkan semasa konsert I AM World Tour.. . Manusia Melayu kan pantang dicabar. Untuk aku, kehilangan beliau satu masa dulu adalah disebabkab TEKANAN YANG DIBERIKAN KEATAS BELIAU DENGAN KEKANGAN SEKELILING DAN MEMBAWA KEPADA KEKANGKANGAN GENDER BELIAU KEPADA MASYARAKAT DUNIA.

Antara kekangan yang mungkin menyumbang kepada perkara ini adalah nilai hidup orang Melayu itu sendiri. "Belajar rajin2 tau, nanti boleh jadi Doktor, Peguam, Jurutera etc". Tolok kejayaan yang dibentuk oleh struktur masyarakat Melayu yang sepakat dan penuh berkat membuatkan pilihan kerjaya yang sempit antara penyumbang awal kepada drama ini.

Kemudian " anak Senah tu dapat biasiswa. Mesti pandaikan. Tak macam anak leha tu." Kata Jenab. Kejayaan seseorang ahli sosial dalam komuniti Melayu Malaysia adalah dari hadiah yang diterima. Info ini dikongsi oleh keluarga kepada anak yang sedang belajar ini. Seterusnya menyumbang kepada tekanan kepada anak yang sedang belajar untuk tidak menghampakan Cik Senah. Kalau tak, mana Cik Senah nak taruk muka bila Jenab datang bertandang bertanya soalan berunsur provokasi macam Melodi.

Bila tekanan banyak, mula la si anak rasa cam nak muntahkan semua yang terpendam. Terutama tentang gender beliau. Ye lah. Masyarakat Melayu Malaysia kan masyarakat modern yang mengangkat konsep binarism. Mana ada wujud gender ketiga. Bila ramai mendesakkan kejayaan insan popular mee segera ini, mula la dia menjerit.." Kena aku kena turut apa yang orang lain nak.. Aku pun ada kehendak yang aku pendam kan.." Dengan formula kuadratik yang cuba mencapai keseimbangan dalam rumusannya, terdapat la nilai2 yang wajar di discard dan 'x' selalu akan stand alone meninggalkan 'a', 'e' dan 'f'. 'y' sahaja yang akan bertemu dengan 'x' bagi mencapai neutral.

Semua di atas ini adalah justifikasi yang aku buat berdasarkan interpertasi aku dari tanda2, ikon dan simbolik dari kisah ini.

Mengapa tak salah dia pakai baju tradisi Melayu Malaysia? Sebab busuk2 pun dia orang Malaysia. Kita patut marah orang 'normal' yang kahwin kat Malaysia pakai evening dress ala-ala Vera Wang tu. Duduk kat Malaysia, kahwin nak setanding Kate Middleton. Ada syarat ke gender apa yang boleh pakai baju Melayu bersampin dan bertanjak? Cuba jawab.

Kepada orang Malaysia yang marah2 atas tindakan A A ini, berhentilah marah2. Tomahan dan cacian anda hanya akan menambahkan tekanan keatas keluarga beliau sekiranya masih ada. Jangan lah jadi Jenab, mencari kisah sensasi orang lain sebab nak menutup kelemahan sendiri.

Aku tak kata apa yang dia buat tu betul. Benda yang jelas salah, akan terus tetap salah. Jangan kita yang patutnya takde point dosa hari ini, berdosa sebab terus menghina dia dan membebankan keluarga dia. Lagi dosalah kita kalau menghukum mereka yang kita tak kenal.
Akhir kata, ambil iktibar dari drama dunia dan jangan mudah suarakan ketidak puas hatian anda melulu bertunjangkan emosi. Sebelum anda nak suarakan pendapat peribadi dari provokasi amarah yang di hangatkan oleh syaitan, pikirkan muka Senah yang termenung ditangga mengenang air mata menanti anak tak pulang pulang.

Nasihat Untuk Orang Melayu Malaysia.
1. Terimalah bahawa nilai dan norma berubah mengikut masa.
2. Bezakan Budaya Melayu dan Budaya Islam. Sebab Islam itu mudah, Melayu itu payah.
3. Jangan harap anak anda mencapai impian yang anda tak dapat kecapi sebelum ini.
4. Gender tak dapat dilihat dari sifat zahir seseorang itu.
5. Berhenti melabel dan menilai orang dari aspek fizikal tanpa melihat langsung nilai kerohanian sesorang.

Gender adalah suatu perkara yang sangatlah Subjektif. Dengan mengobjektifkan apa yang mendefinisi sesuatu gender tidak dapat memastikan bahawa kita dapat menghakimi gender tersebut. Jadi, saranan aku kepada semua rakyat Malaysia khususnya berbangsa Melayu Islam, berhenti menghakimi insan lain dengan ilmu yang anda ada. Adalah lebih baik memberi dorongan ke arah kebaikan dari menghukum.


P/S: Apa pun di dunia serba pesat ini, pandangan moden harus disusur-galurkan dengan sedikit renungan melepasi perspektif ini (Pasca moden).

Comments

Popular Posts