Mark UP ke?? Halal ke???
Assalamualaikum
Topik dalam pos kali ini adalah perkara yang sering dilalui oleh kebanyakan insan yang bekerja sendiri. Perkara yang ingin aku kongsikan ini adalah sesuatu yang bukan baru dan aku suka nak share perkara ini dari konteks perkhidmatan bakat/seni. Aku rasa aku wajar kongsikan di sini sebagai panduan untuk diri aku dan semua yang merasakan perkara ini releven dengan anda.
Istilah Mark Up atau Service Charge atau yang terbaru sekali Cukai Perkhidmatan merupakan istilah mewakili peratusan dari jumlah total harga perkhidmatan. Peratusan ini selalunya dikenakan bermula dari serendah 5% ke 10% dari jumlah sebut harga sesebuah perkhidmatan. Sebenarnya aku tak de masalah dengan segelintir individu yang mengambil peratusan ini. Hanya sedikit yang memusykilkan aku, ada diantara individu ini yang hidup dengan hanya dari peratusan ini. Yang lebih memusykilkan apabila yang mengambil peratusan ini tidak langsung dilihat membantu dalam menjayakan perkhidmatan yang disediakan.
Senario 1:
Seorang penganjur memerlukan sebuah persembahan muzik lalu menghubungi A untuk mendapatkan perkhidmatan ini. A pula menghubungi kumpulan BC dan BC pun menyatakan harga perkhidmatan. A kemudiannya menghubungi penganjur dan dari harga yang BC bagi, A akan darabkan 2. Kalau BC letak harga RM500, A akan nyatakan RM1000 kepada penganjur. Apabila penganjur setuju, A akan memberi tahu BC untuk sediakan persembahan. BC akan membuat latihan dan menyediakan persembahan seperti yang diminta oleh penganjur. Selepas persembahan selesai, A akan perjumpa dengan penganjur dan mendapatkan bayaran dan memberi RM500 kepada BC dan RM500 adalah peratusan A.
Senario 2:
Seorang penganjur memerlukan sebuah persembahan muzik lalu menghubungi A untuk mendapatkan perkhidmatan ini. A pula menghubungi kumpulan BC dan BC pun menyatakan harga perkhidmatan. A kemudiannya menghubungi penganjur dan dari harga yang BC bagi, A akan darabkan 2. Kalau BC letak harga RM500, A akan nyatakan RM600 kepada penganjur. Apabila penganjur setuju, A akan memberi tahu BC untuk sediakan persembahan. BC akan membuat latihan dan menyediakan persembahan seperti yang diminta oleh penganjur. Selepas persembahan selesai, A akan perjumpa dengan penganjur dan mendapatkan bayaran dan memberi RM500 kepada BC dan RM100 adalah peratusan A.
Senario 3:
Seorang penganjur memerlukan sebuah persembahan muzik lalu menghubungi A untuk mendapatkan perkhidmatan ini. A pula menghubungi kumpulan BC dan BC pun menyatakan harga perkhidmatan. A kemudiannya menghubungi penganjur dan dari harga yang BC bagi, A akan darabkan 2. Kalau BC letak harga RM500, A akan nyatakan RM700 kepada penganjur. Apabila penganjur setuju, A akan memberi tahu BC untuk sediakan persembahan. BC akan membuat latihan dan menyediakan persembahan seperti yang diminta oleh penganjur. A memantau perkembangan BC dan memastikan kebajikan BC sepanjang latihan dan ditempat persembahan. Selepas persembahan selesai, A akan perjumpa dengan penganjur dan mendapatkan bayaran dan memberi RM500 kepada BC dan RM200 adalah peratusan A.
Ini antara senario yang mungkin pernah berlaku atau yang dilakukan oleh anda. Jadi, siapa anda dalam senario ini? A atau BC atau penganjur? Aku selalu jadi BC dan sekali sekala A. Adakala aku pernah jadi pengajur juga. Tempat yang paling malang adalah apabila anda jadi penganjur kepada senario 1 dan 2. Yang sedihnya, ramai orang dikeliling aku mengamalkan budaya senario 1 dan 2. Yang menyedihkan, mereka tak merasakan buat begini adalah sesuatu yang salah.
Ada juga yang contohnya mengambil kos perkhidmatan lebih dari sepatutnya. Sama seperti senario dia atas tetapi atas barangan.
Senario i:
D meminta E menyediakan satu set bongkah kayu. E pergi mendapatkan sebut harga untuk bahan mentah yang diperlukan dan jumlahnya contonhnya RM200. E menyatakan kepada D kos pembuatan set bongkah adalah RM500. D meminta E mengeluarkan resit bahan. E dengan persetujuan pengeluar bahan mencetak resit bahan RM400.
Senario ii:
D meminta E menyediakan satu set bongkah kayu. E pergi mendapatkan sebut harga untuk bahan mentah yang diperlukan dan jumlahnya contonhnya RM200. E menyatakan kepada D kos pembuatan set bongkah adalah RM500, dengan menyatakan caj perkhidmatan pembuatan sebanyak RM300. D meminta E mengeluarkan resit bahan. E meminta pengeluar bahan mencetak resit bahan RM200.
Ramai yang aku kenal melakukan urus niaga seperti senario i BUKAN senario ii.
Kalau nak dilihat, semua ini wujud kerana ada setitik sifat ketidak jujuran. Aku TIDAK PERNAH setuju untuk membuat atau mengendali sesebuah persembahan kalau aku tidak boleh mengelolanya. Sekiranya orang yang menghubungi aku tadi perlukan cadangan, aku akan terus bagi contact orang berkenaan dan orang berkenaan akan menguruskan apa sahaja yang diminta. Pada pendapat aku, aku tak boleh nak ambil sesen pun dari perkhidmatan yang diberikan oleh contact aku sebab aku tak terlibat langsung dalam penyediaan perkhidmatan. Tapi ada juga yang mengenakan TOL apabila berlaku transaksi begini.
Tujuan pos ini bukan untuk menunding jari atau menyalahkan sesiapa. Semua orang ada hak untuk jujur juga menipu. Pos ini adalah untuk menyedarkan diri aku dan juga beberapa artisan bebas khususnya supaya tidak melakukan pembohongan sebagai salah satu punca rezeki kita kerana sesuatu yang buruk, akan selalu dibalas dengan buruk. Percaya atau tidak, sensitif atau tidak, kita semua kena sedar. Apa yang kita buat hari ini akan terbalas pada masa depan. INGATLAH YA.
Kepada penganjur yang memerlukan perkhidmatan dari seseorang artis tertentu, atau sesebuah kumpulan tari, atau sesebuah ensemble muzik, dapatkanlah individu yang boleh menghubungkan anda dengan artisan yang anda inginkan itu. Dengan cara ini, anda mungkin akan boleh berjimat lebih banyak wang dan harga yang mungkin selama ini anda rasa tidak berpatutan sebenarnya sangat berpatutan.
Tak semua orang yang mengambil peratusan ini tak jujur. Aku pernah juga bekerja dengan agensi dan individu yang menghubungkan aku dengan klien dan mengambil peratusan + perkhidmatan aku. Tapi mereka ni jujur, mereka tanya berapa harga perkhidmatan aku dan menyatakan kepada aku bahawa penambahan sebanyak 10% telah dibuat dalam sebut harga penuh. Beliau lah yang berhubung dengan klien dan mengemaskini sebarang info yang aku perlu tahu dan menjadi orang perantara antara aku dan klien, selain memastikan setiap kebajikan yang sewajarnya dijaga.
Kesimpulannya, khususnya orang seni itu sendiri, kalau anda tidak boleh menyediakan perkhidmatan yang diminta oleh klien, adalah sebaiknya anda MENGURUSKAN apa yang diinginkan oleh klien BUKAN menjadi orang tengah tetapi TIDAK MENYUMBANG APA-APA dalam merealisasikan apa yang dipinta oleh klien. Orang macam anda adalah parasit orang seni yang telah menyebabkan kerjaya kesenian BUKAN kerjaya pilihan di Malaysia. Jangan anda mengeluh kalau tiada orang memberi aprisiasi kepada hasil kerja anda kerana parasit2 macam anda ini yang telah menyebabkan klien/masyarakat buta seni tertipu dengan nilai/harga estetika kerja seni.
p/s: APABILA ADA KLIEN YANG MEMINTA VIDEO/FOOTAGE PERSEMBAHAN YANG PERNAH DIBUAT, ADA PULAK INDIVIDU YANG MENGGUNAKAN VIDEO/FOOTAGE PERSEMBAHAN ORANG LAIN. KEMUDIAN MASA PERSEMBAHAN DENGAN TANPA RASA BERSALAH MEMPERSEMBAHAN BENDA YANG BERBEZA DARI APA YANG DIMINTA OLEH KLIEN.
TAK JUJUR = PENIPU = PENCURI = HARAM
Comments