Aku dan Makeup, Juga Rambut...
Assalamualaikum
Bulan September yang lalu, aku mula merasakan yang kesukaran sebagai freelancer. Walaupun begitu, terbit satu firasat dimana aku perlu perbagaikan kebolehan aku sebagai seorang yang bekerja bebas. Sedang mendengar radio, ada satu iklan mengatakan tentang bagaimana bakat yang kita miliki boleh membantu kita dalam menjana pendapatan sampingan. Terdetik dari itu, aku terlihat satu bakat yang selalunya aku pendam dalam diri aku sendiri.
Suatu masa dahulu, aku memang suka membeli majalah fesyen dan kecantikan. Sebab utama adalah untuk melihat editorial fesyen yang memperlihat kesenian solekkan haute couture. Segala apa yang aku tatapi, aku hanya mampu mengaplikasikan semua yang aku telaah ke atas diri aku semata. Sehinggalah aku masuk ASK dan disini kebolehan aku mula berkembang. Di sini aku mula sedar yang aku ada kebolehan untuk menata rias sekiranya aku mendalaminya. Untuknya sebagai pelajar ASK, kita akan ada banyak produksi persembahan. Semasa persembahan pentas inilah aku mula melatih diri aku dan memperhalusi kesenian tatarias dan rambut untuk pentas. Sebenarnya sejak 2005 aku telah mula dipanggil untuk menata rias rakan-rakan terdekat. Aku pernah menatarias Abby Ahmad Nadzri (Adik Ahmad Idham), Suhaili Ahmad Kamil (Finalis So You Think You Can Dance) sebelum mereka menerpa nama sebagai Selebriti. Aku juga pernah menata rias beberapa rakan untuk majlis pertunangan dan acara-acara makan malam yang bakal dihadiri oleh rakan-rakan. Tapi, kerana ingin memperhalusi kemahiran aku, aku tidak pernah melihat ianya sebagai salah satu kerjaya alternatif.
Sejak September lalu, aku terfikir, sebagai seorang yang bekerja dengan bakat, aku harus memperbagaikan kebolehan bakat aku. Selepas melihat beberapa orang penari/koreografer yang bekerja sendiri, ada diantara memiliki butik pakaian dan tak kurang juga yang berkebolehan menata rias yang seterusnya menhjadi salah satu kebolehan yang diperdagangkan. Sejak itu hingga kini, aku mula merasakan "Kenapa tidak aku menambah kebolehan menata rias dan mendandan rambut dalam list kebolehan aku, selepas Menyanyi dan Berlakon". Sebenarnya, aku takde keyakinan dalam bidang lakonan dan nyanyian sebelum ini. Semasa pengajian Diploma dulu, aku telah memilih nyanyian sebagai matapelajaran elektif. Dengan menghadiri pengajian instrumental Vokal, keyakinan untuk menyanyi mula terbit. Walaupun begitu, aku masih tidak yakin meletaknya di dalam resume aku. Sehingga aku terlibat dalam muzikal, barulah bakat itu menjadi sebahagian dari kebolehan aku. Begitu juga lakonan.


Oleh sebab merasakan kepentingan melabelkan diri aku sebagai make up artist (terma ini selalu disalah erti oleh mereka mereka yang menceburi bidang ini, IRONI kan? Ada sesetengah diantara mereka memaksudkan profesyen 'make up artist' adalah jurusolek yang pernah menata rias 'artis' tempatan), kini dalam jangka masa kurang 4 bulan, aku telah melaburkan sebahagian wang simpanan untuk membeli barang dan produk selengkapnya. Sekiranya korang kenal aku, dalam durasi masa ini, aku memang kerap keluar mendapatkan produk dan peralatan solekan. Sebab aku adalah jenis manusia yang tidak boleh bekerja kalau barangan yang diperlukan tidak ada. Buat masa sekarang ini, ada beberapa produk dan alatan yang aku ada kini berlebihan. Tapi biar berlebih jangan berkurang. Sebab sesebuah produk tatarias boleh bertahan minimum setahun, mengapa tidak melabur.
Kini aku sedang menatarias pelakon-pelakon untuk sebuah pementasan muzikal di KLPaC. Jadi aku akan sentiasa memastikan peralatan dan produk yang diperlukan sentiasa ada, supaya aku dapat bekerja dengan fokus. Bermula 2012, Insyaallah dengan wajah baru, kerjaya samipingan baru ini akan dapat membantu memperkembangkan kebolehan aku.
P/S: Jika ada yang berminat untuk di tatarias oleh aku, sila tinggalkan comment anda di sini atau hubungi saya di facebook Click LIKE dan anda mungkin dapat menerima discount untuk perkhidmatan tatarias aku. :)
Sumber Gambar: venusbuzz.com, personal collection
Comments