Teruja terlampau

Assalamualaikum.

Aku tak pasti samada aku ada kongsikan atau tidak tentang status aku dalam Broadway Bites. Atas sebab jadual aku yang padat, aku telah dilucutkan peranan dalam Broadway Bites. Kesal bukan kepalang. Tapi aku rasa, segalanya ada hikmah.

Aku bersetuju terlibat dalam produksi ini pada awalnya adalah kerana:

1. Ingin bekerja sama dengan Auntie Farah
2. Kerana ia adalah Charity Show.

Itu sahaja dorongan aku. Aku sebenarnya dah pergi latihan sebanyak dua hari dalam bulan 12 dan 1 lagu telah habis distrukturkan dan tajuk lagu tu '13'. Termasuk lagu itu, aku perlu menguasai 3 lagi lagu sebelum Januari dan aku merasakan yang masih banyak masa. Oleh kerana persembahan Broadway Bites ini adalah dalam bulan Mac, aku tak merasakan yang aku akan ketinggalan banyak perkara dalam pementasan ini. Selepas menerima email dari Olivia (Stage Manager), nyatanya sangkaan aku meleset.

Pada mulanya, memang aku rasa bersalah kerana menerima tawaran auntie Farah untuk menyertai produksi ini. Rupanya jadual aku yang sedia ada padat tidak menerima sebarang toleransi. Tapi bila aku fikirkan semula, aku dibuang kurang sebulan dari mulanya produksi. "Hurm.. Aku lebih baik dari itu...". Kata aku dalam hati kini. Sejujurnya tahap aku sekarang tidak sama dengan rakan ENSEMBEL yang lain. Aku rasakan, wajar juga aku dibuang. Bila mengenang balik, aku sedikit keliru. Persembahan sekitar pertengahan Mac. 1 Lagu, koreografinya telah aku kuasai. Aku tak paham, mengapa kelayakan akademik aku tidak boleh menjadi satu ukuran dimana aku tak perlu sering ke latihan.? Tapi TAK ADIL bagi rakan2 lain yang hadir setiap latihan yang tidak menangguk ilmu selama 6 tahun di ASWARA.

Jadi, selepas aku renungkan, aku redha bukan pasrah dengan keputusan produksi ini. Aku yakin hanya aku sahaja yang tidak ada kad privilege itu. Tak mengapa. Mungkin takde rezeki.. Maybe next time (ada ke next time tu)....

P/S: Rezeki Allah swt yang kasik. Jadi, AZAM 2012 Syukur dan Redha dengan Qada' dan Qadar-Nya dan jangan dipersoalkan nilai usaha dan tawakal sebagai perbandingan...

Comments

Popular Posts