Perbezaan antara 'Dunia' dan ''
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّه وَبَرَكَاتُهُ
Macam dah berbulan2 tak mengupdate blog ni ha. Sibuk dengan kerja harian juga menyemak semula thesis yang bakal dijilidkan (Thank Norsafini).
Aku tergerak nak menulis ni sebab aku baru sahaja terbaca sebuah blog yang diikuti ramai orang. Aku tak mengikuti blog itu, dan sebentar tadi adalah secara rasminya aku melawat blog itu. Menarik tentang blog itu adalah kata yang digunakan dalam menyampaikan isi hati sangat indah. Retorika penyampaian yang tidak ada penamat sangat memukau sesiapa sahaja yang mula membaca 3 patah perkataan yang pertama setiap pos. Design yang ringkas juga membantu untuk kita terus mentelaah setiap pos dalam blog tu.
Tapi sejujurnya, aku sangat tidak mengerti mengapa sesetengah pos beliau yang berperenggan2, tidak memberi gambaran yang baik, mahupun jelas tentang apa sebenarnya yang cuba disampaikan. Sebagai contoh, beliau menulis tentang mi segera jenama X. Tajuk pos 'Mi Segera X Sedap nak mampus'. Tapi dalam posnya, tidak dinyatakan apa yang membentuk mi segera X sehinggakan ianya dikatakan sedap nak mampus. Dalam pos yang indah dengan kias kata yang berbunga tidak membuatkan aku membayangkan rupa Mi Segera X tadi. Tapi yang mungkin aku boleh ingat adalah kilang yang mencetak plastik yang membungkus Mi Segera X. Bagaimana aku sebagai pembaca, nak percaya Mi Segera X tu sedap berbanding Mi Segera Maggi, Cintan, Ibumie dll. Sebab ciri fizikal Mi Segera X yang dinyatakan sama sahaja dengan mi segera lain yang ada dipasaran.
Jadi, mungkin ada sebab kenapa aku tak pernah singgah ke blog hamba Allah ni sebelum ni. Katak dibawah tempurung pun sekarang dah boleh lihat dunia luar sebab ada Wifi dan Internet. Jangan la menidakkan kewujudan katak2 lain kalau sudut pandang katak dalam tempurung itu satu sahaja. Seolah memandang tapi tak melihat.
Cukuplah nukilan Senja ni.. Nak mandi jap, Solat dan nak ke latihan. Akhir kata, Tin Kosong bunyi kuat kan? Melantun pun ringan. Tin berisi Melantung berat tapi bunyinya lite lite je. Fikirkan.

Comments