Make up and Hair styling, dan tatarias
Assalamualaikum
Sebelum ini aku selalu tertanya, kenapa Akmal berbelanja kain

berpapan-papan walaupun sebenarnya beliau tidak memerlukannya sekarang. Tetapi setelah ke ruang simpanan kostum beliau, aku lebih jelas sekarang. Pelaburan selama ini merupakan perbelanjaan awal dala
m menjana perniagaan yang juga
menjadi minat beliau. Selain dari menjadi koreografer dan kadang kala penari, beliau sentiasa meletak peruntukkan untuk membeli kain atau pakaian atau apa sahaja yang menenangkan mata beliau.
Dulu aku sebenarnya tidak pernah benar-benar merasakan perkara ini. Tetapi kini, aku juga ada apa yang aku kata fetish yang mengejolakkan orgasme dan ianya bukan seks. MAKE UP. Aku
baru tahu sekarang, kebolehan yang aku sedar aku telah miliki selama ini adalah sesuatu yang menjadi sesuatu yang merupakan lebih dari satu kesukaan oleh aku.

Sebenarnya aku sedar yang aku benar-benar suka bertatarias ketika aku darjah 4 lagi. Produk pertama yang aku beli pada ketika itu adalah bedah padat yadley, bedak alas dan gincu coordinate oleh AVON dan celak hitam dan coklat dalam satu batang. Oleh kerana aku sudah menceburkan diri dalam seni persembahan semuda itu, aku merasakan kepentingan perkakasan ringkas ini. Sepanjang perjalanan hidup aku, aku mempelajari lebih banyak lagi tentang tatarias, sehinggalah 2012 ini bermula, aku mula merasakan keterujaan aku kepada make up dan tatarias = kegilaan Akmal terhadap fabrik dan seni reka kostum dan busana. Kurang sebulan aku berbelanja lebih 1.5K ringgit Malaysia untuk produk make up dan tatarias dan aku merasakan ia tidak membazir jika nak dibandingkan dengan apa yang aku belanjakan untuk bersosial sebelum ini. Aku harap portfolio aku di page aku dapat memperlihatkan kemampuan aku dan dari situ, ada yang memerlukan perkhidmatan aku boleh menilai hasil kerja aku.

Dalam fasa ini, pandangan aku terhadap penatariasan adalah untuk membantu memperlihatkan kecantikkan yang setiap insan miliki untuk tujuan yang betul dan sesuatu yang membuatkan kita rasa selesa dengan diri kita. Kerana itu, aku wajar menjadi fleksibel dalam menyesuaikan aplikasi make up aku kepada orang yang berbeza nilai estetiknya.
P/S: Sekiranya korang nak aku yang menatarias korang untuk majlis pertunangan, persandingan, majlis makan malam, majlis anugerah atau apa saja majlis yang memerlukan anda nampak lebih jelita dari hari hari biasa anda, hubungi saya di +60172483840 Fairuz Fee Tauhid.
Comments