Kemusykilan yang kini makin jelas!!!!

Assalamualaikum,
Aku pelik, kekadang ada orang selalu mengadu kesempitan. Sambil dalam kesempitan tu mengeluh tentang tanggungan. Tapi bila lihat cara mereka berbelanja, macam mewah. Memang betul, bila menyebut pasal wang, kengkawan memang tak boleh diharap sekiranya kita kesempitan. Tapi, wajarkah masa kita ada wang, kita belanjakan kepada sumber yang tidak memberi pulangan?

Kemusykilan mula wujud apabila berlaku permintaan kepada 'keperluan'. Walaupun apa yang 'perlu' telah dimiliki beberapa hari sebelum permintaan kedua dibuat (kurang seminggu tak salah). Kemudian, aku ada terdengar permintaan ketiga juga berlaku. Semua transaksi ini berlaku selama kurang 2 minggu. Aku musykil, sebab dua 'keperluan' sebelum permintaan ke 3 mempunyai nilai 4 digit. Tetapi permintaan masih terus berlaku.

Selama beberapa hari ini, aku mula sedar mengapa permintaan terhadap 'keperluan' bertambah. Jelas sekali, nilai pengeluaran sangat tinggi berbanding nilai masuk. Yang menyedihkan lagi, sehingga kepada pengeluaran parti ke 2; yang dilihat sebagai pelaburan yang subjektif dan tidak membawa kepada pulangan pendapatan jangka masa panjang. Pengeluaran yang berterusan ini jelas bakal menyebabkan kerugian yang maksimum dan perkara ini bukan berlaku pertama kali kepada responden ini.

Situasi pengeluaran yang tidak terkawal ini yang juga dikronik dengan sikap aprisiasi menyebabkan perkara ini membawa kepada sesuatu yang menjengkelkan. Kemudian ianya terus menyumbang kepada pencemaran pemandangan dan psikologi aku.

Kemusykilan aku kini terjawab. Tapi aku kesal sebab teori pengeluaran dan keperluan ini adalah suatu perkara yang wajar ada dalam setiap insan. Walaupun pernah mengalami tahap keperluan yang tinggi dan mengalami kemasukan yang sangat minimal, aku pelik teori ini masih tidak dianalisa dan disesuaikan dengan kehidupan sendiri.

Sekian!

P/S: "ingat la, bila anda dalam kesusahan dan memerlukan bantuan, tiada siapa akan membantu anda melainkan keluarga anda.." Kata-kata ini B*llSh*t untuk sesetengah keluarga yang kerap mengungkapkan kata2 ini. Sebab masa seorang hamba Allah ni tengah susah, aku yang bagi dia duit tambang untuk pergi kerja. Tapi itu dulu. Selepas menyaksikan aksi beberapa hari ini, never.. :)

Comments

Popular Posts