Formal Education is 'CRAB'

Assalamualaikum

Aku tetiba terasa tertampar apabila seorang teman menyatakan yang pendidikan secara formal tidak penting. Hurm. Aku rasa ada betulnya apa yang dikatakan. Berdasarkan pengalaman aku sendiri, aku menangguk banyak ilmu dari tugasan yang aku terima. Sebenarnya, banyak perkara yang aku pelajari bukanlah radas untuk aku melalui zaman kerjaya aku sebagai artisan bebas. Bila aku terjun ke dalam dunia realiti, aku rasa malu kekadang sebab ada beberapa perkara yang aku tidak jelas dan tahu. Aku selalu rasa rendah diri apabila berhadapan dengan mereka yang bekerja 100% dari pengalaman.

Walaupun begitu, satu perkara yang pada aku sangat penting dan ianya aku lalui semasa aku menimba ilmu bertahun-tahun adalah AKAL dan FIKIRAN. Bukan semua, tapi kebanyakkan mereka yang menempuh dunia kerjaya tergantung kepada pengalaman semata ada masalah dalam berfikir kreatif dan kritis. Mereka kebanyakannya lebih emosional dari bertindak rasional. Seterusnya akan menyumbang kepada sikap tidak profesional.

Untuk menyokong segala apa yang aku katakan diatas, aku lalu perkara ini secara emik dan etik. Penyediaan oleh fakulti keatas diri aku; untuk menjadi seorang artisan yang sensitif, telah banyak membuka mata aku dan merasakan keadaan sekeliling aku. Perbandingan yang aku lakukan dilakukan secara sistematik dan aku rasa tak perlu aku bentangkan di sini, melainkan aku diberi peluang untuk menyiapkan kertas kerja tentang isu ini.

Pemikiran secara rasional agak sukar untuk dicapai, terutama dalam dunia Melayu. Dengan pendidikan formal, gaya berfikir dapat membantu dalam mencapai keseimbangan pemikiran Melayu yang nilai dan normanya berpulsakan emosi dan penggunaan pemikiran rasional. Keseimbangan ini, memperlihatkan peratusan yang tinggi dikalangan unit mereka yang berpelajaran dalam masyarakat dalam konteks lapangan aku; keluarga, saudara-mara, rakan, rakan kerja, jiran, majikan2, pensyarah. Keseimbangan ini juga adakala akan membawa kepada hipokrasi yang mungkin sesuatu yang negatif tetapi agak produktif.

Sekian.
P/S: Aku rasa, kalau aku nak sambung pengajian ketahap yang lebih tinggi, aku nak ceburi bidang psikologi atau sosiologi. :) . I use CRAB coz its a pun of CRAP.

Comments

Popular Posts