TORT: Kalaulah ada duit... (ke???!!!)
Assalamualaikum.
Minggu lepas, Cikgu Gibran menjalankan kuliah dengan memperkenalkan tajuk baru dalam kuliahnya. TORT, kesalahan yang bukan jenayah akan tetapi boleh menyebabkan 'injury' keatas sesiapa yang menjadi mangsa (betul tak cikgu?). Terdapat empat kesalahan yang jatuh dalam kesalahan TORT ini iaitu 'Negligence'(kecuaian), 'Trespass'(ceroboh), 'Nuisance'(ganguan yang menjengkelkan) dan 'Defamation' (fitnah).
Yang sangat menarik perhatian tentang kuliah ini adalah ini bentuk kesalahan yang boleh didakwa dimahkamah asalkan kes yang diusulkan cukup bukti dan saksi. Kalaulah aku dan kawan-kawan aku ada modal, mungkin kami boleh mendakwa beberapa orang untuk kesalahan-kesalahan TORT ini. Kehidupan dikeliling aku, aku dan beberapa orang rakan sering didatangi individu yang CUAI menilai kami, MENCEROBOHI hidup peribadi kami sedangkan mereka tiada hak, berperangai MENJENGKELKAN yang tidak setara dengan apa yang mereka sepatutnya dan menghina kamu dengan FITNAH yang tidak berasas.
Kecuaian dalam penilaian ini adalah apabila ada beberapa individu ini meletakkan nilai kecemerlangan aku dan beberapa kawan pada tahap yang rendah hanya kerana mereka hendak beberapa orang yang mereka suka mempunyai tahap yang sama atau lebih baik dari kami. Perkara begini berlaku kerana wujud 'favoritisme'. Perkara ini membawa kepada gesture yang menjengkelkan. Contohnya, sekiranya anda melihat seorang guru perempuan sering membelai pipi murid lelaki setingkatan dimana dalam tingkatan itu ada murid lelaki, perempuan, pondan dan pengkid yang menyaksikan perlakuan itu. Bukankah visual ini sangat menjengkelkan? Perkara ini disebabkan oleh favoritisme tadi (Betul tak).
Kerana aku dan beberapa kawan ini BUKAN 'favorite', hak kami diceroboh dengan memanipulasi sebarang informasi tentang kami kepada mereka yang tidak mengenali kami. Adakala disebabkan laluan kejayaan disekat dengan pencerobohan ini. Perkara ini sekali lagi kembali kepada visual yang menjengkelkan apabila yang favorite meniti laluan yang sepatutnya dilalui oleh kami dilalui oleh orang lain. Tidak cukup dengan itu, fitnah ke atas kami dihujankan kepada komuniti (kadang-kadang kemuka kami sendiri)
Penerangan di atas jelas mendatangkan injury kepada kami. Gangguan-gangguan seperti tekanan perasaan, 'mood-swing', pencabulan hak asasi dan macam-macam lagi akan mengganggu kami sekaligus menyebabkan kepada hidup yang tidak produktif. Bayangkan, seorang yang hidup sebagai manusia yang sihat akal fikirannya dipanggil GILA di hadapan khalayak ramai. Pekara ini mungkin akan menjatuhkan maruah dan semangat individu ini sekaligus menyebabkan tekanan yang mungkin menyumbang kepada tindakan yang tidak sihat oleh mangsa.
Harap-harap perkara seperti ini dapat diberhentikan. Pada kaca mata aku, ianya takkan berakhir sekiranya ego itu masih wujud. Mungkin juga perilaku ini dilakukan kerana sebenarnya memang wujud manusia yang suka merasakan dirinya berkuasa dan apabila mereka melakukan semua ini, mereka seolah-olah puas dan orgasmik.
P/S: Bayangkan apabila ada seorang murid dalam tingkatan 5 A 2 menyatakan dengan lantang bahawa beliau mempunyai kuasa untuk MENGGAGALKAN pelajar tingkatan 1 A 1 kerana beliau merasakan guru perempuan tadi dalam genggaman beliau.

Comments