Aku Melayu....
Assalamualaikum.
Dalam seminggu ini, aku menimba pelbagai pengetahuan yang sangat releven sebagai aku. Antaranya adalah persoalan sejauh mana seorang Melayu itu adalah Melayu. Selain dari itu, berdasarkan topik yang sama, bagaimana agama Islam berkait rapat dengan Melayu itu sendiri.Menurut tulisan Wan Abd Kadir, Melayu Malaysia melalui beberapa fasa asimilasi dalam mencapai amalan yang menjadi norma-normanya. Dalam penulisannya juga, beliau juga tidak menafikan bahawa wujud perbezaan dalam nilai dan norma masyarakat Melayu luar dan dalam bandar.
Worldview terhadap Melayu dalam konteks Malaysia juga dibincangkan dalam penulisannya dimana faktor ekonomi secara menyeluruh menyumbang kepada pembentukan norma dan nilai. Selain dari itu, proses sosialisasi dalam masyarakat yang berbilang kaum juga membentuk kepada gaya hidup yang menjadi amalan masyarakat Melayu ini.Sedang aku menyiapkan penulisan ilmiah yang bertajuk Elemen Melayu dalam karya Aris Kadir, aku secara langsung melihat diri aku sebagai koreografer berbangsa Melayu-Islam Malaysia.
Setiap pembentukkan seseorang individu, banyak dipengaruhi oleh konteks hidupnya. Perkara ini semakin jelas dapat aku lihat apabila aku membandingkan aku sebagai pengkarya dan karya-karya yang pernah aku cipta.Karya yang aku cipta secara strukturnya tidak mempunyai sebarang representasi yang terdapat dalam penjelasan Wan Abd Kadir tentang masyarakat Melayu-Islam Malaysia. Aku banyak mengutarakan presentasi peribadi dan apa sahaja yang berlaku disekeliling aku yang menimbulkan tanda tanya pada diri aku. Aku tidak melihat apa-apa yang berkaitan dengan masyarakat Melayu-Malaysia dalam karya aku. Bila merenungkan perkara ini, kadang-kadang rasa malu dengan diri ini.
Aku dibesarkan dengan budaya Pop yang sangat ringkas dan jelas. Sama seperti Andy Warhol, yang menjadikan kesenian catan, khususnya kepada sesuatu yang dapat dinikmati oleh masyarakat massa, aku juga begitu. Apa yang menjadi titik tolak dalam pengkaryaan aku adalah sesuatu yang menghiburkan dan jelas. Tidak dinafikan, ada juga karya aku yang bersifat surreal dan abstrak. Dua perkara ini hanya sesuatu yang aku selitkan dalam pengkaryaan aku.Dimana aku berada sekarang, perkara seperti dilihat kurang berkesan dan biasa sahaja. Aku tidak boleh melakukan sesuatu yang luar konteks kehidupan aku. Aku dibesarkan dengan nama-nama seperti Feminin dan Madonna. Manakan daya aku mengikis individualiti aku yang nyatanya terdedah dengan dunia Pop, Fesyen dan Gender.

Comments