berJAMU dengan site-specific..(pasca) Bahagian 2.
Assalamualaikum.
Kalau satu genre persembahan diklasifikasikan untuk menjustifikasikan sesebuah bentuk kesenian, nescaya perkara ini akan menjadi ukuran dan ia akan mempengaruhi penilaian pemerhati kesenian ini. Semua ini bergantung kepada pengetahuan pemerhati sebelum dan selepas menikmati sesebuah persembahan. Untuk tujuan akademik, dan ingin mencari jawapan untuk diri aku sendiri, aku akan sentiasa cuba mencari seberapa banyak infomasi dari sebarang sumber untuk membantu aku untuk memperingati seterusnya menikmati fasa selepas sesebuah persembahan. Yang lebih mengujakan aku adalah apabila wujudnya peluang untuk berdiskusi dengan artis yang menjadi tulang belakang dalam sesebuah persembahan.
Selasa lalu, satu sidang tidak formal diadakan oleh Fakulti Tari ASWARA di Dewan Kuliah Utama. Sedang ramai menikmati juadah sempena rumah terbuka ASWARA, suku dari pelajar hadir untuk menimba ilmu dan menambah pengalaman dari sidang seperti ini.
Soalan mula diajukan kepada koreografer/pensyarah yang telah mempersembahkan karya mereka pada 2 dan 3 Okt 2010 yang lalu. Berdasarkan omelan aku sebelum ini, aku telah menyediakan dua soalan untuk sidang ini iaitu:
I. Apakah pandangan koreografer/pensyarah tentang persembahan site-specific ini?
II. Mengapa tatarias yang terlampau, kostum yang dirumit (persis Haute Couture) menjadi sebahagian dari elemen yang dipersembahkan dalam I N Nature? Melihat ini sebagai justifikasi kepada representasi Gender, bagaimana penglibatan senireka ini serasi dengan tajuk dan sinopsis persembahan?
Dari dua pertanyaan yang aku ajukan, satu daripadanya tidak dijawab.
Untuk soalan kedua, wujud kenyataan-kenyataan seperti;
"...sebagai koreografer kita mempunyai interpertasi tertentu dalam penghasilan karya dan tidak mengapa sekiranya penonton tidak mendapat apa yang dia ingin sampaikan.... penonton harus BIJAK untuk mencari posisi terbaik untuk menonton karya site-specific....bahagian atas mewakili dedaunan pohon dan bahagian bawah merupakan akar.... berlian di muka penari simbolik kepada berlian di dalam bumi..."
Dan banyak lagi yang menjadi jawapan kepada soalan aku dan aku tidak mendapat jawapan. Dari himpunan kata yang aku lampirkan di sini, aku tidak dapat untuk mencari jawapan untuk soalan aku.
Bukan kegagalan menjawab soalan yang mudah ini menjadi persoalan kepada aku. Aku melihatkan individualiti adalah perkara yang agak sukar dielakkan dalam proses pengkaryaan. Dalam setiap kerja seni, akan wujud sebahagian dari diri penciptanya. Contohnya, Shafirul Azmi Suhaimi dengan site-specificnya, Lakshman Lex dengan isu kaumnya, Akmal Ayob dengan isu politik dan islamik, Aris Kadir dengan konstruksi gendernya dan Nanie dengan kegilaan dalam realiti. Adakah ini bermaksud terkongkong atau 'stuck'.
Kalau begitu, kecantikkan dan keindahan visual yang dapat dilihat dalam karya Wong Kit Yaw, yang kebanyakan masanya adalah kecantikan wanita adalah identiti beliau? Sekiranya YA, adakah ini juga sebahagian dari dirinya yang menjadikan elemen kepada mengenalpasti karya beliau? Mewujudkan satu presentasi yang menceritakan tentang alam semulajadi ditempat yang disenireka lanskapnya, boleh membawa kepada pewakilan 'Mother of Land'? Cheongsam ketat, dengan dandan rambut rapi, bergincu merah dengan kasut tinggi beserta setiap kuku dicat merah simbol kepada kesunyian? Memegang colok berbara, memukul-mukul badan dengannya, sambil memakai limau dibadan adalah representasi kepada Ritual?
Aku harus berhenti menulis sekarang. Sekira dihujah lagi boleh pengsan aku dibuatnya.
P/S: Bagus rasanya kalau semua pelajar dinilai sebagai pelajar. Bukan dengan membandingkan pencapaian pelajar yang disukai dengan pencapai pelajar yang lain. Rujuk pos 19 September 2010.

Comments