berJAMU dengan site-specific....(ke....) Bahagian 1
Assalamualaikum.
Banyak interpertasi dan pandangan yang mungkin kita dengar atau baca tengah persembahan 'site-specific'. Dari infomasi ini, tercerna pula interpertasi peribadi tentang kesenian ini. Pada aku, persembahan site-specific adalah persembahan yang dipersembahkan disatu-satu kawasan tertentu dengan memanfaatkan kawasan ini. Penggunaan ruang ini boleh dilihat dengan mengambil kira bentuk geografi, sejarah, penggunaan dan segala aspek yang berhubung terus dengan tempat itu.
ASWARA, sekali lagi bertindak sebagai institut pengajian seni Malaysia telah menganjurkan JAMU2010. Berbeza dari siri Jamu pada tahun-tahun sebelumnya, kali ini persembahan berbentuk site-specific dipilih sebagai tema. Sebagai institusi yang melihat kepentingan kesenian Barat yang berkembang di Malaysia sejak 1960an, tari kontemporari, kali ini ASWARA, secara literal berfikir luar dari kotak. Venue persembahan adalah sekitar kawasan ASWARA yang memperlihatkan kerja kreatif 7 koreografer yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah dari fakulti Tari.
Karya pertama yang dipersembahan dalam siri tahunan ini adalah BMINU karya Suhaimi. Secara keseluruhan, presentasi ini sangat jelas dalam penyampaian isinya. Lokasi persembahan sangat membantu dalam memperlihatkan dinamik persembahan sekaligus memperlihatkan kepelbagaian dalam eksplorasi geraknya. Yang mungkin menjadi gangguan kepada aku sebagai penonton adalah gesture yang digunakan dalam persembahan ini. Aksi loya seolah ingin muntah dalam persembahan ini memberi jawapan yang jelas kepada persoalan dalam presentasi ini. Pada pendapat aku, yang menjadi medium komunikasi dalam karya ini ada perucapan. Sekiranya perucapan tidak digunakan dalam karya ini, nescaya intuisi karya ini tidak dapat dikenalpasti.
Karya kedua yang dipentaskan di tempat yang sama adalah Solitude oleh Dr Dhanya. Percubaan pertama beliau bekerja dengan bentuk persembahan ini dilihat berjaya. Dengan menggunakan tempat ini sebagai gambaran kepada kesunyian, aku sebagai penonton dapat menghubungkaitkan perkara ini. Ini kerana tangga batu berhampiran lobi ASWARA adalah hanya kawasan laluan yang sangat jarang digunakan. Secara langsung, fungsi lokasi ini membantu dalam memperjelaskan emosi presentasi ini.
I N Nature, adalah presentasi yang dilihat 'lost in translation'. Untuk dua kali aku menonton karya ini, aku tidak dapat menghubungkaitkan karya ini samada dengan tajuknya atau pun dengan sinopsisnya 'Nature, it seems unchanging. But is constantly changing'. Dari aspek tatabahasa gerak, frasa yang digunakan liar dengan improvisasi yang aku tidak dapat kaitkan dengan apa yang cuba disampaikan. Pengunaan tatarias yang terlampau sedikit sebanyak membuat aku tertanya, adalah karya ini ingin mempersembahkan isu gender dalam karyanya. Kostum yang secara jelas berlebih-lebihan dan muzik yang mengiringi karya ini berbunyi kebudak-budakan dan tidak berjaya meyakinkan aku yang ianya ada kaitan dengan alam semulajadi. Bagaimana ruang yang disenireka lanskapnya dapat dikaitkan dengan dalam presentasi ini. Sekali lagi Wong Kit Yaw berjaya mengelirukan aku.
2 Nil karya Gan Chih Pei pada pendapat aku, berjaya memperlihatkan persembahan dari dua dimensi yang berbeza. Satu persembahan langsung yang mengambarkan sebuah persembahan kepada satu gaya yang mencipta dimensi baru dalam menikmatinya. Walaupun begitu, selain memberi bingkai dan had projeksi, lokasi pementasan ini dilihat tidak mempunyai hubungkait secara terus dengan presentasi ini. Akan tetapi, beberapa aspek fizikal lokasi, secara semiotiknya, dapat aku justifikasikan sebagai simbolik kepada lampu stadium (tingkap di belakang ruang 'pentas'), jurukamera (jurukamera) dan bentuk empat segi tepat (padang bola sepak). Perkara-perkara ini (juga rekonstruksi aksi pemain bola di padang) yang membuatkan karya ini berjaya memperlihatkan representasi permainan bola sepak (adalah juga satu bentuk persembahan) dan pengalaman menonton persembahan ini dari kaca TV. Frame diberi kepada penonton digunakan oleh penonton untuk menonton karya ini, selain menghalang silau sinaran matahari.
Seth Hamzah, menggunakan ruang bukan sahaja sebagai eksplorasi karyanya. Dalam karya Selesa Tak...????, Seth berjaya membuatkan penonton simpati juga empati kepada keadaan kawasan yang dipilih beliau. Dengan melihat penari-penari baring, memeluk pokok, jatuh dari pokok dan banyak lagi aksi, aku berasa simpati kepada mereka kerana melakukan semua ini di cerun yang sederhana curam dan permukaan tanah yang lecah dan berdebu menambahkan lagi rasa ini. Dalam masa yang sama, sebagai penonton, perasaan yang sama aku rasai ini. Bukan mudah untuk berdiri dicerun bukit sambil menonton persembahan sambil berperang dengan serangga disitu sambil bernafas dengan asap ungu api yang memberi impak visual karya ini masuk bersama oksigen yang aku cuba sedut. Percubaan yang baik oleh koreografer.
Zamzuriah dengan Dara menjadi karya pilihan aku dalam JAMU 2010. Menggunakan aspek fizikal kawasan lereng bukit ditepi Panggung Eksperimen sebagai set, beliau berjaya memperlihatkan kehidupan tradisional dua dara yang penuh dinamik. Gambaran sensual yang kelihatan dari kostum yang dikenakan oleh penari, jelas gambaran kepada dua dara yang sedang ke sungai untuk membasuh dan mengenakan kain basahan. Perkara ini disokong dengan penggunaan prop ditangannya. Dalam kemesraan, wujud persaingan yang dilihat mula tegang apabila wujud seorang lelaki (vanity). Aku terdengar ada yang tidak menyukai karya ini. Perkara ini mungkin kerana representasi seksis dalam karya ini dan ironinya koreografernya adalah wanita. Seperkara yang sangat tidak releven dalam karya ini adalah dua kolam kecil yang dibina di tempat ini. Walaupun dua kolam ini memberi sumbangan yang penting kepada karya, pada pendapat aku, persembahan ini seolah mencipta site baru di site yang sedia ada.
Karya terakhir disampaikan dengan gaya yang ringan. Menyelitkan unsur humour dalam presentasinya, The Last Tea Party oleh Joseph Gonzales mempersembahkan komentari beliau tentang kes jenayah berprofile tinggi yang berlaku di Malaysia. Mencipta panorama baru lokasi yang dipilih kepada taman tasik, karya ini memperlihatkan kisah cinta seorang gadis dengan seorang lelaki yang mungkin kaya dan berprofession. Dengan impian ingin mendirikan rumahtangga bersama lelaki ini, harapannya punah apabila lelaki yang dicintai tidak mahu mengahwininya. Perkara ini diperlihatkan dalam satu frasa gerak yang pendek dan ringkas. Karya yang sangat naratif dan hanya menggunakan gesture harian dalam persembahannya ini berakhir dengan wanita diculik dan sesudah itu muncul seorang penari dengan rambut 'besar', berkebaya ketat dan bermuka gebu (ekspresi mimik muka), muncul dan bersalaman dengan penonton dan pembantu beliau memberikan goodie bag. Pekebun yang mewakili individu yang bertaraf hidup rendah menyaksikan segala perlakuan ditaman itu hanya mampu tunduk dan melakukan kerjanya, justifikasi kepada beliau yang tidak berdaya untuk menghalang apa yang dilihat. Tidak dilupa seorang penari baring disatu sudut ruang yang kelihatan seperti posisi mendiang Beng Hock ditemui, yang malangnya aku gagal melihat hubungkait dalam karya ini.
Secara keseluruhan, dengan membuat persembahan seperti ini sedikit sebanyak dapat mendedahkan bentuk seni persembahan ini kepada orang ramai. Walaupun ianya bukanlah sesuatu yang baru, setidak-tidaknya usaha ini boleh dipuji.
BERSAMBUNG
P/S: Perkara yang positif yang aku dapat katakan tentang karya I N Nature adalah penarinya. Dancers, you did your part eventhough I can't relate what you did to the piece.

Comments