Puasa terakhir dan Aidilfitri...

Assalamualaikum.
Sesudah sebulan berpuasa (kepada yang sebulan puasa la yer), kini tibalah masa untuk kita menyambut Syawal yang menjelma. Segala dugaan disepanjang bulan Ramadhan telah berjaya dilalui dan kinilah masanya untuk kita meraikan kejayaan ini.

Syawal tahun ini, pada ku tidaklah se'hangat' tahun-tahun sebelumnya. Keterujaan yang pernah dirasai satu masa dulu kini seolah semakin pudar. Ramadhan dan Syawal kali ini aliran tenaganya dari luar ke dalam, berbanding dari dalam ke luar pada tahun-tahun berikutnya. Ini kerana pada masa ini, aku mula melihat diri aku sendiri dan menilai sejauh mana roh dan kudrat aku telah berjasa kepada aku. Dan aku rasakan, semua ini adalah disebabkan umur aku yang sudah semakin meningkat: tak bermakna aku dah tua yer.

Aku melihat yang aku semakin merasakan Syawal dan Ramadhan secara emosionalnya apabila aku mula merasakan, membeli pakaian baru itu tidak perlu. Pakai apa sahaja yang ada. Dan selagi boleh berjimat. Secara rasminya, sepanjang bulan Ramadhan yang lepas ini, aku hanya berbelanja maksimum RM30 untuk juadah berbuka puasa berbanding tahun sebelumnya RM8 purata perbelanjaan untuk setiap hari berbuka puasa.

Ramadhan kali ini juga, aku tidak terasa 'dipaksa' untuk tidak membuat perkara yang membatalkan puasa. Aku sedari perkara ini sejak Ramadhan yang pertama. Perasaan ini berterusan sehingga ke akhir Ramadhan.

Yang menarik tahun ini, aku seronok menganyam ketupat bersama adik aku. Sejak kecil lagi, aku sangat teringin mempelajari seni anyaman ketupat ini dan hanya tahun lepas baru aku tahu bagaimana caranya. Aku gembira sebab dapat tolong Abah anyam ketupat. Tahun-tahun sebelumnya Abah seorang diri menganyam ketupat. Aku juga berbangga sebab sebagai satu unit generasi moden, aku berjaya mempelajari kesenian ini dan dapat meneruskan penyediaan ketupat tradisi dalam keluarga aku. Mungkin pada sesetengah orang perkara ini perkara remeh. Pada aku, sekurang-kurangnya ada seni tradisi yang dapat aku pelihara kerana aku sendiri yang mempelajarinya.

Seperti biasa, aktiviti yang sangat popular adalah aktiviti ronda Jalan TAR dan Chow Kit. Sejak tahun lepas, aku tidak lagi menjadikan perkara ini ritual dalam kehidupan aku. Ini kerana aku tidak selesa dengan keadaan orang berasak-asak dan kesesakan. Lagipun, tiada apa yang aku inginkan, walaupun khabarnya, harga barang akan runtuh apabila malam semakin ke pagi. Jadi, kami (Akmal, Lex dan Aku), warga Kuala Lumpur yang tidak suka akan kesesakan dan hiruk-pikuk kota tersidai di UMA RANI Jalan Ipoh sambil menonton rencana tentang 'Vampire Fish'.

Lepas lepak di sana, aku, Akmal dan Remyza ronda-ronda Kuala Lumpur dalam kereta Remyza. Lebih kurang jam 4 pagi, Kuala Lumpur masih sesak. Pusing-pusing dalam 2 jam kami pun pulang. Aku menonton televisyen sehingga jan 7:30pagi kemudian terus bersiap untuk ke Masjid Sentul untuk menunaikan sembahyang sunat AidilFitri.

Tahun ini, AidilFitri aku sambut 3hari sahaja. Memandangkan cuti yang diberi oleh ASWARA hanyalah sehingga 12 Sept 2010, aku pun mengikut rancangan keluarga aku untuk melawat saudara-mara di Johor.

P/S: Lucu apabila ada orang cakap aku ni professional critic. Aku ni blogger biasa je yang tak dibayar oleh sesapa untuk menulis dan aku menulis bila aku nak je. Terima kasih kepada semua yang sudi melawat blog aku. :)

Comments

Popular Posts