Insan seni yang BAGUS atau LEBIH baik... ke!!!!????
Assalamualaikum.
Dari kata-kata seorang insan yang aku kenali, beliau menyatakan pemain/pelakon yang lebih baik adalah mereka yang mempunyai banyak dialog sekiranya kita melihat dari aspek persembahan teater. Dalam persekitaran aku, di ASWARA, seorang penari yang baik adalah seorang penari yang terlibat dalam banyak persembahan tari khususnya persembahan tari yang memperlihatkan fleksibiliti dan teknik tari Barat yang baik. Seorang penyanyi pula, ada yang berpendapat, perlulah seorang yang bukan sahaja baik teknik nyanyiannya, malah perlu kacak/cantik, berkemampuan untuk berkomunikasi dan tona suara yang unik. Aku langsung TIDAK menyangkal segala pendapat di atas. Persoalan yang bermain diminda aku adalah apa yang membuatkan seorang insan seni itu LEBIH baik.
LEBIH dari konteks perbicaraan aku disini adalah bukan HEBAT. Dari satu lebih baik dua, dari dua lebih baik tiga. Pada pendapat aku, tidak salah kalau kita, sebagai insan, mampu membuat seberapa banyak perkara dan ini sedikit sebanyak akan membuka lebih banyak pintu untuk kita. Contohnya dari skop industri tari tempatan.
Aku suka mengangkat seorang teman, Ismadian Ismail (Yan). Pada pendapat aku, Yan adalah antara insan seni yang LEBIH baik sebagai seorang penari. Alhamdulillah, beliau juga mempunyai rupa paras yang cantik, tinggi dan berketrampilan. Ditambah pula dengan kebolehan beliau menari dan meresap pelbagai gaya tarian yang ada di muka bumi ini. Bukan itu sahaja, Yan juga boleh berlakon dan berdasarkan penilaian aku, beliau mempunyai suara yang sangat merdu.
Mungkin ramai yang akan berkata, beliau tidaklah sehebat yang aku katakan. Mungkin banyak gaya tari yang beliau boleh kuasai tetapi bukan penguasaan yang baik untuk setiap satu. Ini antara perkara yang aku ada jawapannya. Apabila kita menyatakan kemampuan seseorang, memang ada banyak lagi mulut yang akan mempersoalkan apa yang BAIK. Kita sebagai manusia memang tidak akan pernah puas dengan apa yang kita ada (termasuklah aku). Kerana aku mengenali Yan dengan lebih rapat, satu perkara yang sering aku leterkan padanya adalah keyakinan diri. Dia selalu kata dia bukan yang terhebat. Tapi pada aku, dia harus berbangga dengan apa yang dia miliki sebagai seorang insan, yang telah melahirkan seorang anak dan berkeluarga, masih lagi konsisten sebagai penari/penghibur.
Jadi, aku berasa, untuk menjadi insan seni yang lebih baik, kita haruslah CUBA seberapa banyak perkara yang kita boleh dalam lingkungan konteks kerja kita. Jangan terlalu memandang ke Barat; terutama penari dan koreografer. Contohnya, penari-penari dalam filem STEP UP 3D. Mereka memang penari yang baik dan mempunyai kemampuan berlakon yang minimal. Boleh tidak mereka menari Zapin Bunian atau Terinai (pendapat aku sebagai insan yang tidak pernah puas).
Akhir kata, aku sebagai insan dan pemerhati seni, aku rasa, seorang insan seni akan menjadi insan seni yang LEBIH baik apabila dia CUBA untuk melakukan yang terbaik; tidak kesahlah sebagai seorang penari, pelakon, koreografer, pemuzik, pengarah, komposer, penyanyi, pereka set/cahaya/kostum/tatarias atau apa sahaja bidang. Bukan hanya mengucapkan "aku dah cuba yang terbaik" atau "itulah yang terbaik yang aku boleh lakukan" tetapi benar-benar mencuba sejujurnya. Walaupun dikemudian hari ada yang akan tetap mengkritik, kita sendiri sedar yang kita telah CUBA sebaiknya. Kerana selepas apa yang berlaku, sebenarnya, diri kita yang perlu kita gembirakan dan bukan menyeksa diri dengan CUBA menggembirakan orang lain.
P/S: Dalam memperjuangkan sesuatu yang bukan menjadi norma masyarakat, kita harus membuka ruang untuk masyarakat mengenali apakah sesuatu itu. Jangan salahkan masyarakat sekiranya perjuangan anda tidak dihiraukan kerana anda gagal melalui proses asimilasi dengan masyarakat sedangkan anda adalah kelompok minoriti. CUBA jadi LEBIH baik.

Comments