Kenangan Ke Pengajaran Ke: Zaman Kanak-Kanak
Zaman kanak-kanak adalah zaman dimana seseorang individu itu dilatih untuk menjadi kreatif. Masa aku kanak-kanak dulu, tanpa sedar banyak perkara yang menjadikan aku adalah aku sekarang. Sedang duduk berbual dengan Lex dan Akmal, sesedar kami, banyak permainan yang kami dan kebanyakan mereka yang sezaman dengan kami main masa dahulu kami bina sendiri.
Antara permainan yang mengimbau kenangan masa kecil adalah permainan seperti tepuk batang ais-krim, laga labah-labah, konda-kondi, buah duku, galah panjang, bola kad dan macam-macam lagi. Dan kebanyakan permainan ini harus dibuat sendiri; dengan memotong kotak rokok, mengasah batang ais-krim, mengali lubang ditanah dan macam-macam cara lagi. Sehinggalah seringkas-ringkas permainan tutup botol, gesel straw dan tindih pemadam.
Ingat tidak, ada satu zaman dimana wujudnya buku biodata. Jika dilihat semula, fungsi buku biodata ini sama dengan Facebook dan MySpace yang ada sekarang. Yang paling menarik adalah permainan jelajah yang dilukis dalam buku. Permainannya memerlukan pemain memilih laluan dari mukasurat pertama dan seterusnya bagi mencapai kemenangan dimukasurat akhir. Batu seremban contohnya, kita perlu jahit dan buat batu seremban dengan menggunakan kain perca dan kacang hijau kerana kalau bermain dengan menggunakan batu kerikil kurang selesa.
Dalam fasa yang seterusnya pula, apabila aku mencecah umur 13 tahun pemainan video seperti nintendo, brick game dan beberapa lagi permainan elektronik yang ringkas mula diperkenalkan. Seronoknya permainan seperti Contra, Binary Land, Mario Bros dan Tetris sangat menjana minda untuk mencapai kemenangan.
Untungnya dua fasa ini melatih kita untuk menjadi lebih kreatif dalam mencari hiburan sekaligus melatih minda memikirkan strategi untuk mencapai sesuatu misi. Aku dan kawan-kawan terfikir, kanak-kanak zaman ini ada tak merasa membuat senapang buah ceri dan membina rumah kotak mesin basuh seperti kami. Pengalaman seperti ini yang membuat aku adalah aku sekarang dan aku berasa sangat gembira kerana tanpa aku sedar, terdapat fasa yang sangat menyeronokkan semasa aku kecil dulu.
P/S: Kekadang perkara macam ini sangat membantu aku dalam aktiviti seni aku; sebagai koreografer, penari, penyanyi dan kini berlakon.

Comments