PERSEMBAHAN = Pelaku(competent) ± Penonton(competent jugak) : penilaian. ( ke...!!!??? )
Assalamualaikum.
Selama beberapa tahun ini, aku telah bekerja sebagai koreografer dan pengubah tari. Banyak cabaran dan ilmu yang aku dapat sepanjang beberapa tahun ini. Suka, Duka, Tawa, Sedih sampai ketahap nak nangis, kadang-kadang aku tempuhi. Perkara seperti ini yang sedikit sebanyak telah mendewasakan aku dan menjadikan aku adalah aku sekarang.
Banyak kata-kata pahit dan manis (sedikit) yang aku terima dan dengar (kadang-kadang) dari orang yang terdapat dalam lingkungan sosial aku. Dari pemerhatian aku, terbit buah fikiran dimana apa yang membuatkan perkara-perkara ini berlaku. Kenapa orang bersangka buruk terhadap aku dan kenapa pula ada juga yang bersangka baik. Dari kematangan yang aku lalui, sebenarnya hidup kita ini adalah sebuah persembahan, dan aku sebagai pelaku, setiap unit dalam lingkungan sosial aku adalah pemerhati/penonton. Secara jelasnya, kalau diangkat pendapat Schechner tentang apakah persembahan, dan juga hujahan Prof Anis pada kuliah 28 Ogos 2010, persembahan itu bila wujudnya interaksi antara dua pihak dan kedua-dua pihak saling berpengetahuan tentang interaksi itu (ini yang aku paham la). Penerangan yang lebih jelas dapat dilihat dari Sesawang Schechner.
Secara jelas, bila wujudnya aktiviti persembahan ini, kritik secara selarinya juga akan mula dilatih. Oleh yang demikian, hidup kita akan mula dihujani dengan kritikan yang membina dan tidak.
Dari apa yang telah dinyatakan, aplikasi yang sama juga berlaku dalam sebarang bentuk presentasi yang aku lakukan atas tujuan persembahan; aku menjalani hidup adalah persembahan dan aku menyediakan satu bentuk persembahan. Sepanjang hidup telah wujud kritik, inikan pula apabila aku berkarya, akan juga wujud kritikan. Yang menjadi persoalannya, adalah pengkritik yang mengkritik perjalanan hidup aku akan tidak mengaitkan kritikan yang sama dalam presentasi seni aku?

Secara manusiawi, agak sukar bagi individu untuk menjadi sangat objektif dalam penilaiannya. Akan tetapi, bagaimana sesebuah kritikan tentang karya aku akan dapat disampaikan dengan jelas sekiranya idea tentang aku telah tertanam dalam benak sebelum presentasi itu berlaku.
Aku tidak kata yang aku bukan begitu. Akan tetapi, aku tidak memilih untuk menjadi penilai/kritik profesional YANG DIBAYAR UNTUK MENULIS. Ini adalah pilihan aku. Jadi persoalannya, wajarkah seorang penilai/kritik BERUSAHA membuka mindanya dalam membuat penilaian kerana dia telah MEMILIH untuk menjadi penilai/kritik yakni individu yang menerima sejumlah wang bagi tugas ini? Kalau soalan itu diajukan kepada aku dan aku sedang menilai, aku akan jawab YA. Dan jawapan aku ini sekaligus akan hadir dengan definisi persembahan yang aku nyatakan dalam perenggan yang kedua.
Pada pendapat aku, sebelum menilai sesebuah persembahan, contohnya tari kontemporari, penonton harus 'competent' dengan apa yang dia tonton. Sesudah itu, baru ianya akan hadir dalam minda penonton itu sebagai sebuah persembahan, SEBELUM penilaian tentang persembahan itu dibuat. Untuk proses MENERIMA persembahan ini, penonton/penilai/kritik seharusnya membuka pemikiran mereka dan menerima segala input dari persembahan itu, SEPENUHNYA.
Contohnya, ramai orang berpandangan serong terhadap mereka, terutama Mak Nyah yang memperdagangkan seks. Tuduhan keatas mereka dibuat atas infomasi yang penonton/pemerhati terima secara meluas tentang hinanya aktiviti itu dari aspek agama dan sosial. Pernahkah mereka ini terfikir, tanpa sebarang informasi kontekstual ini, akan berlakukah tanggapan seperti ini? Daripada mencari jalan/cara untuk memanggil mereka melakukan sesuatu perkara yang secara konvensionalnya lebih baik, mengapa mereka terus dihukum? Pada pendapat anda, mana yang lebih baik; meramaikan unit masyarakat yang lebih baik (mengamalkan norma sosial) atau meminggirkan individu yang devian (kini semakin menjadi norma sosial) ini. Yang menyedihkan, ada juga Mak Nyah ([seorang?] yang pernah aku kenal, kononnya pejuang) mendiskriminasi mereka ini. Jadi, mana yang lebih baik. Tepuk dada tanya selera.
Akhir kata, sebagai penilai sosial yakni unit masyarakat yang melihat unit masyarakat yang lain dan memberi kritikan, pada pendapat aku, perkara ini tidak dapat dikawal kerana rangkaian sosial adalah satu bentuk persembahan yang berbentuk 'massive'. Akan tetapi, penilai/penonton/kritik yang juga memberi garis panduan dan tolok pengukur sebagai satu bahan akademik, harus memikirkan tentang apa yang bakal diucapkan dalam kata-kata mereka. Perkara ini dilihat penting pada aku kerana ia akan memberi kesan kepada lingkungan sosial yang lebih kecil iaitu pelajar/peminat/pembaca yang secara langsung akan mempengaruhi gaya pemikiran mereka; samada lebih sempit atau lebih terbuka.
P/S: Apa itu tari kontemporari Malaysia? Adakah sama dengan tari kontemporari Barat? Sekiranya YA, adakah budaya Barat ini adalah amalan masyarakat Malaysia? Jika TIDAK, apakah yang membezakannya? Tepuk dada tanya selera. Akan tetapi, adakah anda ada jawapan anda sendiri.

Comments