TITIS SAKTI arahan Norzizi Zulkifli
Saya telah ke KLPAC untuk menyaksikan Titis Sakti; yang di katakan sebuah teater mak yong berbentuk moden dan diberi naskah baru dalam persembahannya. Secara jujurnya saya sangat2 teruja dan tertanya apakah kesan moden yang terlihat dalam pementasan ini. Barisan pelakon pula kebanyakkannya orang yang sangat memberi inspirasi pada diri saya untuk terus menjadi peminat seni persembahan Teater.
Sebenarnya, pada awalnya saya tiada kelapangan untuk menonton teater ini. Tanpa saya sedar, rupa2nya persembahan pada hari Ahad merupkan persembahan Matinee dan saya tidak melengahkan masa segera bersiap dan bergegas ke KLPAC bersama dua rakan.
Apabila saya masuk ke ruang persembahan, telah muncul tanda tanya dalam diri saya. Ruangnya secara jujur sangat kecil. Dan lagi setnya kebanyakkannya terdiri dari kain2 yang diturunkan dari atas. Dihadapan pentas terdapat asap kemenyan, rebab yang digantung, dan sirih junjug yang sebenarnya perkakasan yang sangat mistikal dikalangan masyarakat Melayu Malaysia. Teruslah terbit persoalan tentang fungsi perkakasan tersebut.
Persembahan dimulakan dengan Peran Tua membuat atau 'melakonkan' aktiviti buka panggung. Saya sebenarnya tak pasti samada ianya adalah satu upacara sebenar atau demonstrasi semata-mata. Tapi ianya dirasakan lucu dan sedik seram.
seperti biasa, persembahan dimulakan dengan lagu mengadap rebab dan pertama kalinya saya menonton mengadap rebab dalam bentuk yang sedikit berbeza. Pengolahan liriknya untuk diserasikan dengan cerita yang akan dimainkan. Dan penyanyinya menari secara solo dan berdiri sendirian sehinggalah masuk kerangkap yang kedua. sangat menarik pada pendapat saya.
Sebenarnya jika ditanya pada saya, saya sangat suka perubahan terhadap struktur persembahan mak yong yang telah dilakukan dalam Titis Sakti. Selalunya, akan dimulakan dengan mengadap rebab dan terus dengan sedayong mak yong dan terus dengan sedayong pak yong, dan selalunya mengadap rebab dan sedayong pak yong akan dinyanyikan oleh orang yang sama dan ini tidak berlaku dalam Titis Sakti.
Dalam persembahan mak yong yang pernah saya saksikan, tidak pernah saya saksikan pertindihan babak didalamnya, dan ini berlaku dalam Titis Sakti, juga intermission yang tidak pernah berlaku dalam sebarang persembahan mak yong yang saya tonton. tentang Intermission pada pendapat saya adalah seseuatu yang bijak, kerana dalam mak yong memang wujud perucapan tetap dan struktur tetap sebelum berlaku pecah cerita. Untuk Titis Sakti, kita dapat ikuti keseluruhan persembahan disebabkan intermission 15min diberikan sebelum pecah cerita. Pada pendapat saya, sebagai audien saya tenang sepanjang persembahan kerana diberi rehat.
Secara kesimpulannya, Titis Sakti merupakan percubaan yang boleh dibanggakan dan dari 5 bintang saya bagi 4 BINTANG.
P/S : aku tonton peta teater, Cleopatra dan Oliver sahaja....hurmm saya hanya bole ucapkan tahniah kepada pelakon yang menyandang watak cleopatra. lakonannya sangat2 berkesan dan saya sekali lagi tidak mengantuk menonton teater klasik, terima kasih kepada anda. Tahniah kepada pereka set Oliver. Good effort. Set cleopatra sangat tak praktikel dan nonsense. sebenarnya set banyak menggangu perjalanan persembahan cleopatra. kalau ia pun ingin mengambil set PGL sebagai inspirasi, semak semula adakah ianya praktikal untuk ruang E.T atau tidak. dan set kepala yang dipakai oleh cleopatra sangat chantek dan ianya BUKAN hasil kerja anda. U should be ashamed.....

Comments
Cara Pn Zizi menggabungkan persembahan Mak Yong dengan Mid's Summer Night Dreams memberikan nafas baru kepadanya.