PETA TARI -Segmen Tradisional. 04/06/2009

Assalamualaikum,

Kurang 24 jam tadi saya telah pergi menonton Penilaian Tahun Akhir Pelajar Tari Diploma Akademi Seni, Budaya da Warisan Kebangsaan. Saya telah hadir lewat ke Teater Eksperimen ASWARA atas urusan peribadi dan saya HANYA terlepas satu tarian sahaja iaitu Bharatanatyam. Selain dari tarian ini saya telah dipersembahankan dengan pelbagai bentut tarian dari pelbagai genre, dari tari klasik ke tari rakyat ke tarian suku kaum dan tarian dari mongolia.

Tarian pertama yang sempat saya tonton adalah tari Inai. Secara keseluruhannya, memang tarian ini sebuah tarian yang indah dan unik, dan tarian ini pertama kali diperkenalkan semasa saya dalam tahun tiga semasa pengajian Diploma saya dahulu. saya hanya terdapat beberapa kemusykilan tentang tarian ini dari aspek bentuknya. Banyak 'pembaharuan' dan 'gerakan baru' yang tidak saya pelajari sebelum ini semasa tarian ini dipersembahkan oleh pelajar Diploma tahun akhir ini. Tetapi, pada pendapat saya, mungkin perbezaan ini berlaku melalui proses 'mengkontemporarikan' dan menambahkan dinamik tariannya. Seperkara yang berbeza yang terlihat dalam persembahan tari inai kali ini adalah cara mereka meninggalkan pentas. Setahu saya, melalui pengalaman peribadi saya, terdapat satu set ragam untuk sebagai penutup bagi tarian ini. Mungkin proses yang sama telah berlaku keatas stuktur tarian ini juga.

Terdapat 3 bentuk zapin yang telah dipersembahkan pada malam ini iaitu, Zapin Pekajang, Zapin Lenga dan Zapin Putar Alam, yang merupakan himpunan tari zapin yang indah. Akan tetapi, wujud sangsi dalam diiri saya tentang gaya persembahannya. Tari Zapin ini merupakan tari rakyat yang dipersembahkan pada majlis keramaian, dan terdapat unsur meriah dan ceria didalamnya. Apa yang saya terima daripada penyampaian penari-penari adalah gerak dan ragam semata-mata. Dari cara tarian ini dipersembahkan tadi, saya merasakan bahawa 90% pelajar yang dinilai tidak 'menari'zapin akan tetapi hanya melakukan gerak dan formasi sahaja. Kesan meriah dan riuh tarian ini terbit hanya pada dasar sahaja berbanding sepatutnya lahir dari hati. Saya berkata begini kerana tarian zapin ini sudah semakin popular dan terdapat pelbagai rujukan yang boleh diambil sebagai perbandingan. Saya mengambil contoh FTK 2007 tarian Zapin Putar alam yang dipaparkan di youtube. Mereka menari tarian itu BUKAN melakukan ragam dan formasi semata-mata. Perkara ini harus dititik beratka kerana sebagai institusi pengajian tinggi yang memperkenalkan kursus tari sebagai kursus sepenuh masa, nyawa sesebuah tarian ini, khususnya tari tradisi harus diterapkan dalam diri setiap pelajarnya. Penari FTK ini bukan pelajar sepenuh masa, hanya mungkin penari sepenuh masa, dan kenapa 'penyawaan' dan penjiwaan tari ini diterapkan dan terlihat dalam diri mereka.

Tarian Klasik Melayu yang dipersembahkan pula adalah tarian Terinai dan Joget Gamelan Ayak-Ayak. Masalah saya terhadap tarian klasik ini adalah pada tarian Ayak Ayak. Terdapat beberapa perkara yang sangat-sangat mengganggu diri saya sebagai seorang penonton. Perkara yang paling utama adalah kehalusan tarian ini. Ayak tarian ini dilakukan dengan sangat-sangat kasar sekali oleh penari. Saya tidak menunding jari siapa yang patut dipersalahkan, hanya ia sedikit mengganggu pemahaman dan perasaan saya sebagai penonton. Terinai pula lebih baik pada pendapat saya. Akan tetapi masalah yang sama berlaku disini dalam menarikan tarian ini bersama dengan lagu atau melakukan pergerakan sahaja.

Untuk tarian piring pula, saya hanya ada satu pertanyaan sahaja.Bagaimana penilaian dilakukan sekiranya ia dipersembahkan dalam bentuk koreografi yang menampakkan beberapa orang sahaja yang diutamakan?

Saya tiada sebarang pendapat bagi Ngajat Iban. Pada saya, ianya terlalu banyak formasi dan sedikit 'melewe' dan terlalu panjang.

Untuk tarian Mongolia, saya hanya satu persoalan. Kenapa bukan semua pelajar yang dinilai menarikan tarian ini untuk malam persembahan?

Secara keseluruhan, dinamik persembahan PeTA Tari Segmen Tradisional ini sangat lembab. Antara perkara yang telah menyumbangkan kepada perkara ini adalah persembahan video yang panjang dan tidak keterlaluan kalau saya katakan tidak berasas diantara tarian yang dipersembahkan. Ini kerana didalam video ini, terdapat segmen awalnya menunjukkan sesi latihan yang dirakam selama sekurang kurangnya lebbih daripada 1 minit dan saya tidak dapat melihat kepentingan perkara ini dipersembahkan.

Selain dari itu, saya ada terdengar bahawa tiada sebarang penilaian atau pemarkahan akan diambil untuk malam persembahan ini. Pada pendapat saya perkara ini tidak releven sama sekali sekiranya penilaian hanya dibuat didalam studio sahaja kerana ini adalah penialin untuk salah satu MEDIUM SENI PERSEMBAHAN. Bagaimana penyampaian seseorang penari itu hanya dapat dinilai daripada persembahan yang dilakukan dihadapan penonton secara langsung. Sekiranya penilaian tidak dibuat semasa persembahan untuk penonton umum dan pelajar boleh memilih samada ingin melibatkan diri untuk persembahan ini atau tidak, bagaimanakah kemampuan dan abiliti pelajar ini dapat diukur. Sama-sama kita renungkan....

P/S : If u ask me, students must be evaluated on the night of the performance. The whole environment of the performance is the fundamental for the students to experience the nervous and the rush while the show is running, NOT just dancing in all black attire and performed ONLY in front of the panel.

Comments

Popular Posts