PETA TARI -Segmen Kontemporari. 05/06/2009
Assalamualaikum
Syukur Alhamdulillah,
Untuk Penilaian Tahun Akhir Fakulti tari Segmen Kontemporari ini saya sempat datang awal. Kesempatan ini diambil untuk mendapatkan tempat duduk yang selesa supaya saya dapat menyaksikan persembahan pada malam ini dengan lebih baik. Sebelum saya berkongsi dengan anda semua pendapat dan pandangan saya terhadapa persembahan pada malam itu, saya sebenarnya tidak mengikuti sebarang bentuk proses penghasilan kepada persembahan pada malam itu. Secara jujurnya saya sangat sangat teruja.
Persembahan pada malam itu dimulakan dengan persembahan Raymond secara solo dan ini hanyalah persembahan salingan sebelum bermulanya penilaian; yang saya difahamkan tiada sebarang penilaian dan permarkahan akan diambil bagi pelajar-pelajar yang dinilai dari aspek persembahan.
Penilaian bagi pelajar yang 'memilih' pengkhususan persembahan dimulakan dengan persembahan tari kotemporari yang menerapkan elemen silat melalui proses konstrak dan de-konstrak bentuk ini, iaitu TAPAK EMPAT koreografi Shafirul Azmi Suhaimi. Oleh kerana, ia merupakan penilaian pelajar pengkhususan persembahan, jadinya saya akan mengulas lebih kepada aspek peranan dan abiliti penari dalam penyampaian dan perlaksanaan koreografi ini.
Secara keseluruhannya, koreografi ini sesuai dipilih sebagai salah satu koreografi untuk memperlihatkan kemampuan seseorang penari. Mencerminkan identiti Melayu dan tapakan nusantara, pada pendapat saya, koreografi tari kontemporari berbentuk ini sangat sesuai dijadikan sebagai ujian kepada kemampuan penari dari kedua-dua aspek kesenian; tradisional dan moden. Secara keseluruhannya, setiap penari telah diberi peluang untuk menonjolkan kemampun dengan menggunakan koreografi ini. Kedudukan dan kekerapan posisi penari adalah sama rata dalam karya ini. Dari sinilah, kita dapat melihar penari yang lemah dan penari yang kuat. Bagi karya ini, dua orang penari yang sangat menyerlah dimata saya adalah Mahani dan Sheikh Hasrul. Secara jujurnya, saya tidak sangka yang tumpuan saya akan kearah mereka. Tetapi dimata saya, perlaksanaan mereka dalam karya ini sangat tepat dan mereka antara penari yang mempunyai projeksi yang sangat-sangat baik dalam persembahana ini. Kebanyakan penari yang lain, masih mengalami masalah yang sama seperti dalam segmen tradisional, tidak menari dengan menggunakan persekitaran (lagu, lampu dan rakan tari) akan tetapi hanya melakukan gerakan sahaja yang tidak dievolusikan kepada tari.
Pelajar-pelajar yang sama ini juga mempersembahakan satu lagi kaya koreografi Umesh Shetty yang bertajuk, Varsha. Karya ini sangat indah dan pada pendapat saya, ia merupakan karya yang mempunyai bentuk dan dinamik gerak yang sangat-sangat menarik. Sayangnya, perlaksanaan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar yang dinilai tidak sebegitu. Didalam karya ini pula, pelajar terlalu berusaha memprojeksikan tenaga dan bentuk akan tetapi mereka melakukannya agak keterlaluan. Bentuk-bentuk signifikan yang merupakan identiti Umesh Shetty JELAS KEKABURANNYA.
Karya ini sangat-sangat berat sebelah dan pada pendapat saya tidak sesuai dipilih sebagai karya bagi penilain persembahan. Ini kerana fokus penilaian dalam karya ini hanyalah pada, Fairul Azreen, Hazri(Zick), Hanafi Euuuiii:O~, Naim Syah, Sheikh Hasrul, Melinda, Mahani dan Rabiatul SAHAJA dan saya nyatakan sekali lagi SAHAJA. Jadinya tidak dapatlah saya melihat kemampuan individual mereka. Sekalipun pelajar-pelajar yang saya nyatakan ini banyak mendapat peluang di atas pentas (Hanpir 70%) berbanding pelajar lain, mereka juga tidak melaksanakan dan menarikan Varsha dan bentuk lengkungan dan dinamik yang sering menjadi tunggak utama dalam koreografi Umesh Shetty tidak terlihat.
Akan tetapi, dalam karya ini, saya merasakan kewujudan Melinda dan Mahani serta Naim Syah dan tidak dari yang lain. Dari aspek teknikal, Naim Syah telah berjaya menguasainya, Melinda menari dengan emosi dan projeksi yang kelihatan tulus dan Mahani telah melakukannya sebagai satu persembahan, dan bukan susunan gerakan semata-mata. Dan tidak akan saya lupa tenaga yang penyampaian oleh Rizzi (Pedas) dalam karya ini. Eksplosi yang telah diberi olehnya sebenarnya telah menyebabkan saya kurang pasti adakah dia orang yang saya benar-benar sangkakan, melakukan tarian ini dengan penuh penguasaan dan tenaga.
Dari 5 bintang, secara keseluruhannya(bukan penari secara individu)saya hanya boleh beri 2 bintang kepada pelajar-pelajar yang dinilai sebagai penari dalam modul persembahan. Mungkin sebelum ini mereka pernah melakukan karya ini dengan baik tetapi tidak pada malam itu (pendapat saya). Inilah keindahan seni persembahan sebenarnya yang tidak sama dengan bidang lain. (for me to know for u to find out)
Bagi pelajar yang dinilai sebagai koreografer,Two Thumbs Up untuk anda semua. Pada pandangan saya, anda berkerja untuk mencapai apa yang anda persembahkan pada malam itu. Yang menariknya, saya telah dihidangkan dengan banyak tatabahasa gerak yang menarik. Selain dari itu, terlihat juga effort(dari aspek negative : seperti contoh meniru semasa exam dan aspek positif)
Dimulakan dengan Karya Fione yang bertajuk, Another Me.... Saya sangat suka set, penataan cahaya dan penggunaan kostum. Ini sangat membantu dalam penyampaian karya ini. Sepanjang menonton ada dua perkara utama yang mengganggu konsentrasi saya; pemilihan muzik- saya tidak dapat merasa relevennya tari dan muzik. Dalam karya ini, muzik seolah mengganggu dan sekiranya gangguan ini yang ingin diterbitkan oleh koreografer, apakah relevennya gangguan ini? Fariz dan fungsinya; tanpa sebarang penerangan, semasa saya menonton, saya tidak melihat relevennya watak Fariz itu dihidupkan. Saya merasakan watak ini ditetapkan atas keterujaan koreografer untuk menyentuh setiap aspek yang cuba disampaikan dalam karyanya (Less Is More).
Untuk Raymond, Speak Out!!, saya sangat tertarik kepada limitasi yang dilakukan oleh koreografer keatas penari-penarinya. Sebenarnya, kadang-kala, perkara dan aplikasi kesan seperti ini akan banyak membantu dalam membenarkan penari merasakan sesuatu dengan sangat terus dan perkara ini sebenarnya pada pendapat saya akan memberikan kesan tenaga dan tindak balas kepada penonton (bergantungla kepada siapa penonton itu. TETAPI, pemilihan kostum pada pendapat saya tidak membantu. Sekiranya pakaian ini menggambarkan waktu (malam), ia masih lagi tidak dapat dilihat akan membantu dalam aspek sinografi karya ini. Pada pemerhatian saya, saya berpendapat yang karya ini mempunyai 2 titik tamat dan sangat anti klimaks dan kesan ini sebenarnya sedikit tidak sesuai untuk karya ini. Saya secara jujurnya tidak merasa sebarang hubungan selepas seksyen penari 'berlari' dalam keadaan baring mengereng dan seksyen selepas itu. Penggunaan muzik sedikit tepat dan bersesuaian dengan apa yang cuba disampaikan.
'Tadah', karya persembahan Bayu adalah karya yang jelas dan lebih episodik berbanding dua karya diatas. Secara Umumnya terdapat 2 seksyen utama; i) Isteri sebelum ditinggalkan suami,dan ii) Masyarakat Kampung yang ingin mendapatkan minyak yang mengalir dari gunung/bukit. Secara 'prejudisnya' di mata saya, karya ini seakan kompilasi dan gabungan karya A. Aris Kadir 'berinai' dan karya Shafirul Azmi Suhaimi 'TAPAK EMPAT'. Saya sendiri kurang pasti tentang kisah yang dipersembahkan oleh Bayu ini. 'Minyak' yang digambarkan melalui penurunan 3 kain dari atas itu tidak dapat dinyatakan khasiatnya sehingga huru hara dan telagah wujud. saya masih kabur sehingga ke saat saya menaip perkataan ini. Muzik sedikit menguasai seluruh persembahan. Kesatuan itu kurang wujud pada pendapat saya. Sejujurnya, berbanding semua karaya yang persembahkan pada malam ini, karya 'Tadah' Ini kelihatan seperti kurang latihan dan sedikit rapuh.
Anyway, terima kasih kerana telah menghiburkan saya....
P/S: SOALAN VIVA DIEDARKAN PADA MALAM INI MENIMBULKAN PERSOALAN KEATAS DIRI KU...ADAKAH PENSYARAH INGIN MENGECILKAN SKOP PERTANYAAN ATAU 'PENSYARAH' MAKLUM YANG PELAJAR-PELAJAR INI SEMEMANGNYA TIDAK BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI VIVA DAN DIKHUATIRI TIDAK DAPAT MENJAWAB SOALAN DARI PANEL LUAR, SEKIRANYA PANEL TIDAK DITETAPKAN DENGAN SOALAN YANG DISEDIAKAN OLEH PIHAK FAKULTI...HIIHIIHIIIHIHIH :P

Comments