Penilaian Pengarahan Kengkawan Fakulti Teater

INI hanya komen ringkas dari saya.....

hurm..saya akan mulakan dengan ucapan tahniah dan syabas kepada semua yang dinilai; Sherry, Adika, Wan, Baisah, Grace dan Siti Khatijah yang telah bersungguh sungguh untuk mementaskan hasil pengarahan anda. Komen saya adalah kepada yang saya tonton dahulu yer....

Siti, u've dont a very good job for a lady dalam bidang sinografi. suka cara kamu mengeksploitasikan ruang black box ke satu dimensi yang berbeza...i know u work hard.. but still its a bit a mess dan tak bersih... tapi masih bole dibangga kan... (at least I bangga). i paling suka tangga dari meja besi tu....sangat menarik dan tidak dijangka.


Baisah with gelanggang. I suka penataan cahaya, penggunaan muzik dan penggunaan ruang. tapi dari aspek penggunaan pelakon pada saya, yang paling berjaya deliver adalah D boy sahaja.. ntah la..saya pun tak de alasan kenapa dimata saya dia je yang execute watak dia dengan sangat baik berbanding yang lain. lagi satu mungkin cerita tu saya dah agak akan berakhir begitu.mungkin kedudukan dan hala tuju cerita yang hanya sehala menampakkan watak Aliff/Suria sangat diangkat dalam cerita ini.Goos job for fini and as a friend i'm so proud.tetapi melihat hasil kerja Baisah, saya sangat sangat kagum.



Wan's Pokok Kelapa sayang was well executed. i suka jalan cerita, light, pelakon, penggunaan ruang .... semua aspect kot.. satu mungkin sebab pelakon yang dipilih semuanya orang yang sentiasa memberi saya inspirasi dalam menceburi bidang teater (Abg Rimee, Kak Ja, dan Idola ku Mardiana) cerita cinta gadis kelantan dan jejaka keedah di port dickson... saya tak tau la kalau orang lain... tapi skrip yang wan guna sangat banyak subteks k.. banyak yang tersirat yang disuratkan (pengalaman peribadi i kot...



Grace If.....i tak tau nak komen apa pasal penyampaian u..sorry to say that penyampaian u antara yang paling lemah dan jurangnyer sangat jauh berbanding yang lain. saya nampak kelemahan ini disebabkan oleh grace mungkin kurang pengalaman berbanding yang lain. keep it up..

Sorry ek Adika, saya tak menonton persembahan kamu. masa tu tgh sibuk bersiap untuk Sherry punya persembahan O2...

Being in O2 was a wonderful experience..saya sedar banyak kelemahan saya dalam eksploitasi ruang. saya tidak berjaya mengolah koreografi yang telah siap berdasarkan ruang yang disediakan. kelemahan dan kelonggaran ini hanya saya sedar setelah hampir 5 min sebelum persembahan..lakonan saya pun sangat lemah dan artikulasi saya sangat samar... at least this is the platform that i can learn new things and hopefully it will help me in the future.

A for effort
3 out of 5 stars for the performance....

WELL DONE FRIENDS

Comments

Popular Posts