MARION D CRUZ GOSTAN FORWARD

Assalamualaikum
Gostan forward merupakan antara karya seni Datin Marion d Cruz yang mendapat tempat di hati saya selepas the Urn Piece TARI 2003 di MTC. persembahan syarahan oleh Datin Marion ditonton oleh saya pada malam hari wesak, Sabtu lalu. Walaupun pelbagai dugaan dan cabaran yang telah saya lalui hanya untuk persembahan ini, saya bersama teman tidak putus asa dan sentiasa mencari alternatif dalam memilih jalan yang membolehkan kami menghindari kesesakan lalu lintas. Ucapan terima kasih ingin disampaikan kepada Mark Teh. Oleh kerana nasihat yang telah diberikan tentang persediaan sebelum menonton persembahan ini. Saya buat pertama kali meletakkan kenderaan di Komplek Dayabumi dan kadar bayaran yang dikenakan untuk ruang parking disana adalah RM3.50 sekali masuk dan ini sangat menjimatkan.
Dalam saya dan teman (yang memakai kasut tinggi hitam) berjalan dengan pantas menuju ke Annex, perasaan risau mula membelenggu. Takut-takut sudah tiada ruang untuk kami duduk, memandangkan tiket yang dijual adalah berdasarkan amaount minimum RM10 dan tempat duduk adalah bebas. Nasib sangat menyebelahi kami kerana kami sempat sampai sebelum persembahan bermula.
Secara jelas dan keseluruhan, dalam persembahan ini, marion menceritakan tentang perjalan hidupnya sebagai orang seni dan transformasi yang dilalui oleh beliau sepanjang beliau bergelar anak seni. penyampaiannya dilakukan secara GOSTAN iaitu dari pada persembahannya yang termuda iaitu Bunga Manggar Bunga Raya sehingga kepada zaman beliau mempelajari tari terinai bersama Dr Chandrabanu dan Pak Meh.
Apa yang menarik tentang persembahan ini adalah gaya penyampaiannya agak baru (at least to me). Walaupun ia hanya satu bentuk syarahan yang dibuat (dengan tujuan) dalam bentuk persembahan, tetapi gaya penyampaiannya yang sangat ditetapkan dan telah dilatih. Keteraturan dari setiap aspek, pola lantai, gesture dan perucapan(walaupun ada sedikit improvisasi dari aspek ini) ia jelas terlihat telah dilatih.
Penyampaian yang telah dilakukan dalam Gostan Forward sangat memberi kesan keatas diri saya sebagai anak seni dan jelas bahawa sesuatu kejayaan itu hanya akan datang dengan usaha. Banyak perkara yang dilalui oleh Datin Marion didalam hidupnya dan banyak perkara yang perlu diketahui oleh seniman muda untuk menempuhi setiap cabaran untuk menjadi seniman yang berjaya (selain daripada DUIT)
Seperti frasa yang dinyatakan dalam persembahan ini,'..being in the right place at the right time' sangat memberitahun saya bahawa kegemilangan dan kejayaan seseorang seniman itu sangat tergantung kepada nasib. Di tempat yang betul, pada interpetasi saya bermaksud dimanakah kita akan dihargai. Jikalau Rektor ASWARA(contoh tempat) suka pada hasil kerja kita, sudah pasti kita kan sentiasa mewakili ASWARA disebarang persembahan anjurannya WALAUPUN sebenarnya kita tidaklah berapa berusaha keras dalam kerja seni yang kita lakukan.
Sebenarnya banyak lagi input yang saya terima daripada persembahan yang saya tonton ini. Akan tetapi saya lebih suka 'menyimpannya' untuk diri saya sendiri. Dari 5 Bintang, saya berikan 5 BINTANG untuk persembahan ini...
P/S : Satu karya saya berinspirasi dari persembahan ini..nantikan.....
Comments