KOMPOSISI 2 bersama Datin Marion D Cruz

untuk pengkhususan koreografi, kami baru sahaja selesai penilaian untuk kursus komposisi bersama pensyarah Datin Marion D Cruz. dalam pembelajaran kursus ini, kamibanyak didedahkan oleh ms marion tentang gaya komposisi yang lebih berfokus kepada masalah2 yang sering berlaku dalam proses komposisi. antara permasalahan yang dibincangkan dalam kursus ini adalah:
i. koreografi menggunakan kata2.
ii. pemilihan sesebuah lagu dalam koreografi
iii. koreografi yang melibatkan kajian
iv. explorasi gerakkan yang bukan menjadi kebiasaan.
apa yang dipelajari dan dibincangkan dalam tajuk tari yang melibatkan perucapan dan kata2 adalah cara penggunaan kata supaya tidak hanya satu monolog yang tidak diaplikasikan dalam koreografi. saya secara peribadi tidak pernah lagi bertemu dengan permasalahan ini dan perkara ini telah saya cuba dalam komposisi 5min saya berkenaan dengan gaza. terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk mengunakan kata2 dalam sesebuah karya koreografi. akan tetapi antara cara yang terbaik adalah dengan menganalisa struktur dan suku kata bagi kata2 yang ingin digunakan dalam sesebuah koreografi. analisa ini, dari perspektif mata saya jelas akan membantu dalam proses eksplorasi gerak. ini merupakan pekakas yang pada saya merupakan foundation pada gaya ini, selain dari hanya melakonkan kata2.
kebanyakan koreografer di Malaysia tidak berjaya memilih lagu yang tepat dari aspek struktur dan pola lagu yang dipilih. kebanyakan koreografer, rata2 memilih lagu hanay dari aspek mood yang diberikan oleh lagu tersebut. dalam kursus ini kami diberi tugasan untukmemilih satu lagu berdurasi 3min dan diperlukan untuk membina komposisi ringkas berdasarkan lagu kegemaran yang telah dipilih. pada mulanya saya beranggapan perkara ini mudah dilakukan..akan tetapi tanggapan saya meleset sama sekali..tugasan ini memerlukan penelitian dan kepekaan yang sangat tinggi dalam menganalisa lagu...dinamik, melodi, accent, struktur, dan segala elemen dalam sesebuah lagu...dan dafri tugasan ini, saya mendapat satu pengajaran yang sangat berharga.....
seterusnya dalam kursus ini kami ditugaskan untuk membuat koreografi yang bertemakan gaza. tugasan ini memerlukan saya membuat kajian tentang apa kah yang dapat digambar
dalam koreografi ini dan ini sangat memerlukan penelitian dan kajian yang baik bagi memastikan dan seterusnya penyampaian yang jelas. cabar dalam melaksanakan tugasan ini adalah dengan menggunakan rakan sekuliah sebagai penarai. pelbagai aspek dapat dilihat dalam proses ini dan saya secara peribadi banyak belajar dari tugasan ini juga. dan cabaran lain dalam tugasan ini adalah membuat sesuatu yang bukan kebiasaan.
secara rumusannya,kuliah komposisi kali ini banyak membuka fikiran saya terhadap beberapa kemungkinan yang boleh berlaku dalam proses pembinaan tari......
P/S : Masih tidak puas dengan apa yang telah dilakukan untuk penilaian.
Comments