MEK MULUNG - Dewa Kaca 23 May 2009

Hurm
How should i start...ok.. 1st of all. this is my 1st time watching mek mulung performance. few things that i learn from watching it are:
1. Structured very clear
2. The song repertoire is repeating in every scene by by different character.
3. the dance vocabulary is so simple yet well rehearse by the performers.
4. Obviously its a folk form.
5. Majority of the player is Male.
Tapi... ntah la..mungkin saya ni pemikirannya tak terbuka. saya rasa format persembahannya persis persembahan Makyung. daripada permulaan persembahan hingga ke akhir. persembahan bermula dengan satu bentuk tarian pembukaan yang lebih fokus kepada nyanyian dan pergerakan sedikit demi sedikit berkembang dan terus membentuk satu tarian dengan ulangan lagu sahut bersahutan antara watak puteri/pemaisuri dan korus.(Dejavu Mengadap Rebab)Perkara ini sangat menarik perhatian saya. setelah membaca sumber dari Facebook, Mek Mulung juga berasal dari selatan Thailand.
Struktur persembahan sangat lah dekat dengan persembahan Makyong. Selepas persembahan pembukaan Raja/Putera akan keluar dengan memanggil pengasuh untuk membuat kira bicara. cuma sedikit berbeza terdapat 2 lagu yang dinyanyikan untuk memanggil pengasuh. pengasuh yang dipanggil dengan gelaran Awang ini akan menyanyi sepotong lagu sebelum keluar....(Dejavu again)...
selepas menyaksikan struktur ini, terus saya jelas dengan perjalanan cerita ini. tetapi saya masih kurang jelas kenapa tajuknya Dewa Kaca. Saya hanya beranggapan kisah yang dipentaskan tadi merupakan salah satu kisah ranting dalam kisah Dewa Kaca(mungkin le...hoihiihhih)
penggunaan lagu dari pemerhatian saya berdasarkan status sosial watak yang dimainkan. ini sangat jelas...dan ini antara perkara yang sangat menarik pada saya tentang Mek Mulung....
Persembahan tadi sbenarnya sangat menarik dan sungguh menghiburkan. jelasla pelajar2 telah mempelajari sesuatu dari kuliah yang dilalui. akan tetapi ada beberapa aspek kecil dalm persembahan ini yang sedikit mengganggu saya secara peribadi. saya tertanya pada diri saya, kebanyakan teater tradisi membenarkan watak perempuan dimainkan oleh lelaki dan sebaliknya. akan tetapai, kekadang tu apabila watak perempuan dipengang oleh seorang lelaki sangat menjengkelkan berbanding sebaliknya. apa yang saya lihat, sekiranya dilihat didalam persembahan tadi sahaja, saya tidak jelas dengan apa yang diperkatakan oleh inang2 yang dimainkan oleh lelaki dalam cerita itu. mungkin sebab teruja dapat memakai pakaian wanita dikhalayak...saya secara peribadi teruja diusia muda sekiranya dapat berpakaian wanita dalam sebarang persembahan yang saya sertai. tetapi kekadang tu kita kena lebih fokus kepada penyampaian persembahan, berbanding keterujaan peribadi..saya menyatakan perkara ini bukan sebagai kritikan.. ini kerana saya pernah lalui perkara ini sebelum ini dan saya pun belajar dari pengalaman juga.. watak awang tua adalah contoh yang baik dalam pengawalan keterujaan.memang karaktor awang tu, tanpa berkata apa2 pun sudah lucu kerana topeng dan gesture nyer sahaja dan cukup mengelikan hati, tetapi watak itu dimainkan dengan had dan tiada keterlaluan.
Basically its a good performance, tapi i tak tau is this a good example for me to learn more about seni Mek mulung....
From 5 Stars I give 2 STARS
GOOD JOB... Well Done....
P/S : Cek wan dan Cek Senit...saya rasa karektor anda adalah sepatutnya sepasang raja dan pemaisuri. tetapi saya nampak anda seperti putera dan puteri....anyway.. GOOD JOB for both of u.
Comments