AF 7 the musical...ke????



satu malam ketika dahulu, sedang lepak di kedai mamak greenrose di jalan genting klang, selepas latihan gempak selebriti astro, saya dan seorang rakan berbincang tentang perlantikkan Datin seri Tiara dilantik sebagai pengetua di Akademi Fantasia. dan pada ketika itu AF7 baru selesai untuk konsert mereka yang kedua. kami terpanggil dan tertanya Datin seri Tiara sepatutnya membuat satu konsert AF7 bertemakan Muzikal. kami terfikir begitu kerana sekiranya kalau dilihat kepada forte datin, itu la yang terbaik yang pernah beliau lakukan. dan setelah sekian lama menanti, malam semalam AF7 menampilkan tema muzikal.

Ini adalah sesuatu yang sangat baru bagi kebanyakkan masyarakat Malaysia(terutama yang mengikuti AF dari musim yang pertama). sedang menonton semalam dengan abah konsert AF ni semalam di channel @15, ramai chatters yang merasakan format ini bukan format mereka. akan tetapi ramai orang yang tidak sedar sebenarnya untuk menjadi penyanyi adalah jauh lebih mudah berbanding menjadi pelakon untuk sesebuah musical. kerana dalam musical kita harusnya seratus peratus memahami apa yang dinyanyikan dan haruslah disampaikan kepada rakan lakon dan penonton pada masa yang sama. dan jelas sekali, semalam telah terbukti bahawa satu satu musical perlu menjalani latihan yang sangat panjang.

sebenarnya, sekaligus, ini memperlihatkan kemapuan pelajar yang dilihat samada mempunyai kemampuan musicality yang tinggi dan dari konsert semalam jelas mereka 'masih tidak mampu. kebanyakkan yang saya lihat dalam AF7 masih lagi 'pekak' dan hanya bole menyanyi baris melody sahaja bagi setiap lagu.

dibawah ni adalah komen saya kepada pelajar AF yang buat persembahan semalam.

1. AKIM : walaupun secara peribadi akim merupakan favorite saya, akan tetapi persembahan akim malam tadi sangat mengecewakan. saya setuju dengan setiap yang dikatakan oleh Abd Adlin semalam. saya memang suka tone suara akim, tetapi untuk musical, karektor adalah perkara yang sangat penting. akim tidak cukup besar untuk menyampaikan lagu titah sultan itu.

2. CLAUDIA : penyampai claudia semalam jelas tidak baik. dan lagu yang claudia sampaikan sebenarnya adalah lagu yang sangat mudah dijiwai(sekiranya komited). gaya persembahan yang kaku dan nyanyian yang biasa sahaja. tetapi pada pendapat saya, claudia ada usaha yang sangat kuat untuk menyampaikan lagu itu.

3. YAZID : Yazid is my least favorite student. dia tiada personaliti, bodoh sombong dan tiada usaha untuk membuat sesuatu dengan lebih baik. persembahan nya semalam antara yang terteruk (dan saya tak paham kenapa juri banyak memuji Yazid(makan gaji jugak kan juri-juri nin pun) ). kalau IKON yang ingin dilahirkan dalam AF yazid BUKAN ikon yang baik (saya lagi suka aril walaupun dia menjengkelkan).

4. AISHAH : semalam merupakan persembahan yang cukup baik dari aishah. artikulasi yang jelas. secara keseluruhan, pada pendapat saya aishah adalah pelajar yang terbaik malam tadi. komen lain sama seperti abng adlin.

5. HAFIZ : pada pendapat saya lagu yang hafiz sampaikan BUKAN lagu muzikal dan ia bukan satu cabaran pada diri hafiz. kan ada banyak lagi lagu dalam P Ramlee the Musical yang merupakan komposisi dan lirik baru. jadi saya tidak mahu komen tentang hafiz kerana ianya bukan lagu musical..(hihihhhihhihih) tapi hafiz seorang penyanyi yang sangat baik.

6. ISMA : pada pendapat saya isma selalu terbawak-bawak dan Over. lagu yang dia sampaikan merupakan antara lagu yang saya sangat minat dalam Pramlee the muscial, selain daripada Look AT HIM, Andai ada kesempatan. tapi pendapat saya nyanyia isma banyak sangat lenggok. Dato' siti nurhaliza yang mempunyai kemampuan Vokal yang tinggi pun tidak melenggok-lenggokkan sangat lagu itu. LESS IS MORE...

apa yang saya tuliskan ni semuanya pendapaty peribadi saya semata-mata.

jangan marah

P/S : tersenyum dan terkenang masa silam bila nampak abang ac pakai baju gusti adipati dan azrul pakai baju hubaya hubayanye...hihihihihh

Comments

Anonymous said…
isma melenggok-leggok lagu tu??
siti pun tak buat mcm tu??
lupa ke diorang kan tak blh ikut stail penyanyi asal...
isma kira buat stail dia sendiri la..
w/p buruk... kira ianya tetap stail dia sndiri...
Anonymous said…
kalau isma memang buat style sendiri bagus la..tapi malngnyer tak musical...

:P

Popular Posts