Apa itu Tari Kontemporari Pada Mata Ku

hurmmm
soalan ini sebenarnya susah nak jawab..sebabnya kalau 'tersalah' cakap kita kena balik..tapi soalannya : ada ke definasi yang salah dalam perbincangan tentang tari...terutamanya seni tari...hurmmm..itu la masalahnya kalau kita ni golongan devien dalam 'masyarakat' tertentu, yang wujud diskriminasi ( siapa yang dijawatkan tugas satu kumpulan dan pelajar satu kumpulan)...tapi pada pendapat aku...knowledge is power..Bawah ketiak sapa pon kalau kita berselindung(atau bontot sapa pun kita jilat) kalau kita malas dan bodoh, kita akan tetap sama jugak...

so..tari kontemporari adalah satu bentuk persembahan tari yang datang dari niat ingin menari dan memperlihatkan aplikasi elemen semasa didalam nye...(hhihihihhh komplikated kau)..tapi itu la pendapat aku..kalau u all tanya i kenapa i cakap macam ni senang je..

1. semasa adalah satu gambaran masa yang tak konsisten..maksudnya kalau u all baca perkataan HAH dan terus sambung membaca perkataan Hah yang diboldkan tu bukan lagi semasa....HAHAHAHAHAHAH kalau tak paham baca lagik bagi paham

2. maksud elemen semasa tu pulak boleh jadi perkara, imej, motif, perasaan, dll perkara yang mungkin dapat dirasa oleh orang ramai atau yang aku rasa sorang2 (jadi, konsepnya takde yang salah dalam tari kontemporari).

selain dari itu jugak, pada pendapat aku tari kontemporari tak boleh nak ukur sejauh mana hebatnya dan berkesannya ia..sebab masyarakat yang menonton berbeza2...pensyarah I suka koreografi kontemporari yang memperlihatkan tatabahasa gerak yang takpernah dijumpai di dunia ni.... pensyarah J pulak suka koreografi yang di koreograf oleh orang yang handsome dan taste die je(walaupun ntah apa2 yang diorang buat), pensyarah K suka koreografi yang terbang sana terbang sini terbang sinun berguling sana bersuling sini...

untuk tari kontemporari ni memang takde ukuran...jadi macam mana ek kalau nak bagi markah contoh nya markah penuh 20.. kalau koreografi yang di nilai Lemak Berjangkit (promote diri sendiri hahahaha) , pensyarah I mesti bagi atas dari 15, pensyarah J bagi bawah dari 5 markah dan pensyarah K ikut pendapat pensyarah lain dan puratakan 10 kebawah la jawab nyer...15+5+10 / 3 = 10 markah dapat la C....

jadi pada pendapat aku bukan definasi tari kontemporari yang patut kita risau..tapi penialai yang akan menilai yang lebih patut kita risaukan (atau sekolahkan). supaya mereka lebih terbuka dari segi pemikiran...jangan wujud favoritism dalam penilaian..

dan yang paling penting: WALAUPUN SEORANG PENILAI ITU KENAL SESEORANG KOREOGRAFER DAN PENILAI ITU DIMINTA UNTUK MEMBERI MARKAH UNTUK KARYA KOREOGRAFER TERSEBUT, JANGAN LA DIBAWAK KENANGAN MENONTON KARYA KOREOGRAFER ITU YANG SEBELUMNYA (DA JADI SEJARAH DA KOT).... maksudnya jangan judge metal la...belum tengok lagi karya orang tu da tak pasal2 menggambarkan apa yang akan ditonton...Tak adil kot...

jadi pada aku
Apa itu tari kontemporari itu perlu jelas dalam diri setiap koreografer yang berpelajaran(kononnyer BERPELAJARAN KE?) DAN JUGA orang yang menilai...kita bukan hidup dalam sejarah, hanya PERNAH hidup dalam sejarah, sebab sejarah tak mungkin akan berubah, jadi hiduplah anda HANYA BERPANDUKAN pada sejarah dan bukan DALAM sejarah... (berfalsafah la pulak...)

tu je dari aku

P/S : tak tau aku dari mana dan apa sebab aku tulis semua ini... :P

Comments

Popular Posts