AIR CON-----CONGRAT!!!
saya sedih sangat kerana sekali lagi tidak berkesempatan menonton Air Con. yang lebih menyakitkan hati lagi, sebahagian daripada kawan-kawan saya menontonnya dan tidak henti-henti memuji pementasan itu. saya kenal sebahagian daripada pelakon yang terlibat dalam pementasan itu; Namron, Bob, Mierul, Mark Yong dan Dara. mereka ni semua memang ciptaan Tuhan yang telah dikurniakan bakat yang indah. Pada mulanya, saya sangsi, adakah pementasan ini hebat disebabkan oleh mereka mereka ni. tapi apa yang ditegaskan oleh kawan-kawan saya adalah naskah pementasan ini sebenarnya kunci kepada kejayaannya.
betulkan saya kalau saya tersilap. pementasan ini mengisahkan tentang kehidupan pelajar sekolah lelaki berasrama. isu homoseksual yang berlaku di dalam sekolah. buli dan lain lain. akan tetapi isu gay yang diangkat dalam naskah ini.
dari penerangan yang ringkas oleh kawan saya tentang pementasan ini, penyesalan dalam diri saya semakin memuncak. isu yang dibincangkan dalam naskah ini antara isu yang sentiasa menarik minat saya. dan saya sangat kagum dengan keinginan isu ini diketengahkan.
hurmmm
tapi malangnya saya hanya dapat mendengar dan tidak dapat merasai sendiri...
ANYWAY CONGRATS AIR CON....hoping (sekali lagi) this play will be re-stage in future...

Comments