Ujibakat, TunjukBakat, PerkhidmatanBakat.

Assalamualaikum,

Kenapa kita pergi ujibakat? Apa yang aku maksudkan disini adalah bukan ujibakat Akademi Fantasia ke, Mentor ke atau sebarang bentuk program televisyen. Yang aku maksudkan adalah apabila kita memilih sesebuah kerjaya dan sebelum kita dapat bergiat aktif dalam bidang yang kita pilih, kita harus melalui ujibakat ini.

Memang banyak alasan, sebab dan pendapat, mengapa seseorang itu menghadiri ujibakat. Tapi adakah kita pergi ujibakat untuk semata-mata mencari kenalan dan mempercambahkan lagi pohon kekeluargaan kita. Ada juga yang pergi ke sesebuah ujibakat ini hanya untuk menunjukkan bakat kepada mereka yang mengendalikan ujibakat tersebut.

Bagi aku, aku ke ujibakat adalah untuk mencari sesuap nasi kerana aku memilih kerjaya yang memestikan (tak semestinya) aku melalui sesi ini. Sesi ini jugalah yang akan membantu sesebuah produksi untuk memilih siapa yang berkelayakan dan mampu bekerja dalam produksi tersebut. Walaupun begitu, aku tidak menafikan yang sesi ujibakat ini, kadang-kala hanya syarat dan formaliti sahaja. Akan tetapi, sebagai seorang yang datang menghadiri sesi ini, apakah tujuan anda hanya untuk suka-suka, menonjolkan bakat, berkenalan atau untuk mencari sesuap nasi.

Jujur, aku ke ujibakat adalah untuk mendapatkan kerja. Aku memupuk minat suka pergi ke sesi ini adalah supaya setiap kali aku ke sesi ujibakat, aku jadi lebih yakin dan membolehkan lebih banyak peluang kerja terbuka untuk aku. Aku melihat diri aku sebagai seorang yang melakukan sesi ini untuk mendapatkan rezeki juga. Oleh sebab itu, aku akan berusaha yang terbaik dalam setiap sesi ujibakat yang aku lalui.

Diusia muda dulu, aku akan pergi ke setiap uji bakat. Ini kerana aku ingin menguji kemampuan aku dan sejauh mana tahap yang aku boleh capai. Kini, aku akan memilih jenis persembahan sesebuah produksi dan tenaga kreatif yang terlibat dalam sesebuah produksi.

Berapa bayaran yang bakal aku terima dalam sesebuah produksi adalah perkara kedua. Sekiranya aku berminat dan bersemangat dengan gaya kerja sesebuah produksi, minat aku akan mengatasi segalanya. Isu bayaran hanya akan menjadi ukuran apabila aku tidak lagi merasakan keseronokan dalam melakukan kerja. Walaupun begitu, aku akan tetap professional dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah dikontrakkan ke atas diri aku.

Setelah apa yang dinyata diatas, aku ingin nyatakan disini adalah bakat yang aku asah dan perhalusi melalui pendidikan formal dan tidak formal adalah untuk aku menyediakan sebentuk perkhidmatan yang membolehkan aku digajikan. Jadi, aku ke sesi ujibakat adalah selain untuk menimba pengalaman, aku juga menyediakan perkhidmatan bagi produksi untuk memerlukan perkhidmatan aku. Macam doktor dengan perkhidmatan perubatannya dan Peguam dengan perkhidmatan guamannya.

Comments

Popular Posts