Sekian Lama oleh Siti Nurhaliza. Album Hadiah Dari Hati.
Assalamualaikum.
Sejak aku sibuk menghabiskan masa menyiapkan tugasan Penilaian akhir; 2 projek koreografi, aku terus sibuk. Selepas membantu Sherry untuk penilaian tahun akhir beliau (she got A for her PeTA, Congrat love), kini aku terlibat dalam pementasan Terima Kasih Cinta, yang bakal di pentaskan pada 17 Februari 2011. Oleh yang demikian, jelas sekali la blog aku ini sudah semakin penuh dengan sesawang labah-labah.
Pada 10 Januari, aku kembali ke ASWARA. Tujuan aku ke sana untuk melihat markah semester akhir yang aku lalui pada tahun lepas. Sebenarnya, kalau pembaca semua nak tahu samada aku berpuas hati atau tidak, sebagai manusia, aku memang tidak pernah puas dengan pencapaian aku dan aku sering berkata pada diri aku, yang aku boleh usaha untuk mendapat keputusan lebih baik. Tapi kadang-kadang kalau kita asyik salahkan diri kita kerana tidak berusaha, maksudnya kita tidak pernah belajar dari apa yang kita lalui. Jadi aku berpendapat, usaha kita haruslah diukur pada dimana kerja itu dilakukan.
Kepada sesiapa yang biasa membaca blog aku yang tah apa-apa dan sedikit emosional ini, disepanjang pengajian aku di ASWARA, aku kerap diduga. Apa yang aku lakukan tidak pernah mencapai standard yang dicari oleh Fakulti dan oleh sebab itu, ia sangat menjejas markah akhir setiap semester. Sehinggalah aku bersungguh-sungguh dalam kursus drama tari; menulis skrip persembahan, membantu Pengurus Pentas dalam kerja mereka, ke sana ke mari membuat promosi, meminta bantuan rakan-rakan FTV untuk projeksi semasa persembahan, bersama Akmal mencari Bob untuk membuat rakaman VO pembukaan pementasan dan macam-macam lagi, markah terbaik yang aku terma adalah A-. Misha pernah berkata, kursus yang aku duduki ini penilaiannya sangat subjektif. Oleh yang demikian, sebarang keputusan boleh terkesan dari pelbagai kemungkinan yan menjadi nilai kepada penilai.
Jadi, untuk penilaian tahun akhir, aku akur dengan keputusan B+ yang aku terima. Penilaian memang sangat subjektif. Yang sedikit menimbulkan rasa kesal adalah keputusan yang diterima oleh rakan sekuliah yang lain. Ada yang mendapat 'hukuman' dalam keputusannya dan ada juga yang mendapat 'ganjaran'. "Dah rezeki diorang...." Ini sahaja yang aku mampu ungkapkan. Kerana aku memang tak kuasa nak memikirkan tentang perkara ini. Sebabnya segala yang aku rasa dirasai oleh beberapa teman lain(lawat www.penciptari.blogspot.com).
Dari pengalaman ini, aku belajar beberapa perkara.
1. Pendidikan yang sejujur pendidikan bukan diukur dari markah atau gred. Hanya individu yang menimba pendidikan itu tahu sebanyak mana ilmu yang dimiliki.
2. Ilmu yang ditimba dan dinilai sejujurnya adalah pendidikan yang ditimba diwaktu sekolah (darjah 1-tingkatan 6) kerana penilai adalah orang yang bertauliah dan mempunyai kelayakan yang terbaik serta penilai tidak mengenali calon.
3. Niat menimba ilmu perlu disematkan ke dalam hati bagi memastikan sepanjang perjalanan kita mencari ilmu di IPT.
4. Jangan melihat pengiktirafan sebagai sesuatu yang kita harus kecapi dalam menimba ilmu kerana keikhlasan dalam beribadah akan luput.
5. Ada teman sekuliah yang menjadi penipu kepada diri sendiri dan orang lain, dan untuk melihat dirinya lebih baik adalah dengan menarik orang lain ke bawah dan bukan memperbaiki diri untuk menjadi diri lebih baik.
Wallahualam.
P/S: Yang paling menarik sepanjang hidup aku sebagai siswa adalah sidang Viva. Disini aku dapat melihat pemikir yang melakukan dan pelaku yang tidak memikirkan.

Comments