Jenaka Gender.

Assalamualaikum

Petang tadi aku telah menghadiri satu upacara penganugerahan di sebuah IPT. Seperti biasa, majlis rasmi pun bermula lambat, apakan lagi majlis semi-rasmi. Yang seronoknya tentang acara ini, aku dapat jumpa ramai orang yang aku rindui.

Pada hari ini juga, kali kedua aku bertuah kerana dapat melihat siapa yang telah menjadi pemimpin di IPT ini. Dan akhirnya aku tahu jawatan insan yang memberi cenderahati kepada A. Samad Said semasa pementasan Janda Setinggan bulan lalu. Seperti biasa, aku sangat gagal dalam menumpukan perhatian apabila sesiapapun memberi ucapan. Seingat aku hanya seorang menteri yang telah membuatkan aku mendengar setiap ucapan beliau.

Apa yang aku nak kongsi sebenarnya menarik. Rektor ini tadi, ada buat satu jenaka yang aku gagal tangkap. Tapi ada seorang kawan yang risau sekiranya aku tersinggung dengan lawak itu telah menyatakan apa yang beliau katakan. Dengan merujuk kepada ucapan beliau, beliau menyatakan banyak kejayaan yang dicapai oleh pelajar dan graduan adalah putera dan puteri. Mana kejayaan oleh PUTERARI (sambil melonglaikan tangan). Perbendaharaan yang menarik. Dan secara jujur aku tidak sangka kata-kata seperti ini akan keluar dari seorang individu yang berkaliber. Jenaka yang menyelitkan diskriminasi transgender setahu aku sudah bukan jenaka lagi dan masyarakat kini sudah mula berfikiran terbuka.

Tapi, oleh kerana aku tidak mendengarnya sendiri, aku tiada hak untuk menghakimi sesiapa. Akan tetapi, jika benar bagai yang dikata, aku malu dan kesal. Institusi akademik diuruskan dengan pengaruh yang penuh diskriminasi terhadap golongan tertentu dan menjadikan keperbezaan individu sebagai lawak jenaka.

Pos ini bukalah untuk menghakimi sesiapa, sebab aku percaya hanya Tuhan yang mempunyai hak sepenuhnya untuk menghakimi aku dan orang lain. Pos ini hanya bingkisan kenangan yang aku lalui petang tadi dan aku tidak sangka yang perkara seperti ini masih lagi boleh berlaku (KALAU IA BENAR BERLAKU).

Akhir kata, tahniah kepada semua 67 orang pelajar yang telah menerima penghargaan dan semua pelajar dan graduan yang telah mengharumkan nama IPT mereka.

P/S: Kejayaan bukanlah terletak pada jawapan kepada soalan; "Anda belajar dimana sebelum ini?" Atau "Anda habis belajar atau tidak?". Kejayaan pada aku adalah apabila kita berjaya mengecapi sesuatu yang kita impikan pada paras yang kita sendiri tetapkan yang melebihi kemampuan optimum kita. Tepuk dada tanya selera.

Comments

iszul darren said…
jantina ketiga bukanlah suatu yang asing lagi kini. kewujudannya juga adalah kejadian Tuhan yang membezakan setiap jantina adalah perlakuan. tiada diskriminasi dalam memberi pahala dan dosa. makanya si pondan yang bersedekah, masih mampu menjana pahala. si lelaki berjawatan besar yang menghina juga layak mengaut dosa. wallahualam

Popular Posts