MUALLAF


Akhirnya, filem yang dah lama diwar-warkan keluar juga untuk tontonan umum. Arahan Allahyarham Yasmin Ahmad bertajuk Muallaf telah bertemu peminat filem tempatan pada 24 Disember 2009. Aku dan Akmal telah menonton filem ini di Berjaya Times Square.

To be honest, aku tak nak review bebanyak filem ni sebab aku rasa kalau sesapa nak tahu pergilah tengok. Tapi apa yang ku boleh sharekan ngan pembaca semua, bila filem itu selesai, aku seolah dapat merasakan ada banyak sangat potongan yang berlaku dalam filem ni. Aku rasa macam tu sebab ada beberapa babak dalam filem ini seolah olah melompat. Tapi ini tak bermakna korang takkan faham jalan cerita filem ini.

Aku tak merasakan ada sebarang isu sensitif dalam filem ini seperti yang diwar-warkan oleh media. Pada pendapat aku, seperti filem-filem Allahyarham yang lain, ianya sangat jujur dan tulus. Tapi mungkin kalau dilihat dari pandangan masyarakat Melayu, aku faham kenapa ianya dikatakan sensitif.

Tapi aku tertarik dengan beberapa babak dalam filem ini. Aku takkan katakan apa yang berlaku dalam babak itu. Tapi untuk pengetahuan semua babak semasa Rohani dan Rohana nak tidur. Kata-kata dalam babak ini sangat memberi kesan kepada aku.

Kalau korang tanya kat aku, haruskah korang tonton? Korang MESTI MESTI MESTI tonton filem ini.

Comments

Qhairil Azril said…
Sebenarrnya xde babak yg dipotong..hanya 2 perkataan yg dimute kan kalau perasan..thanks..
Anonymous said…
Qhairil,kalau awak tak tau, jangan buat-buat tahu. Bahaya ok. Awak bukan menonton dan memahami, awak menonton sahaja....

Popular Posts