ISU FATINE : hal kotemporari...
Assalamualaikum...
Sekarang ni, bila aku terpandang je surat khabar, kecoh pasal seorang hamba Allah yang telah 'mendirikan rumah tangga' luar dari Malaysia dan telah dipaksa pulang ke Malaysia sebab tidak dapat menuntut kewarganegaraan atau status penduduk tetap di sana. Pada aku isu ni menarik dan jelas dapat menguji tanggapan dan pandangan orang tentang keadaan sosial kontemporari masa kini.
Sebelum aku terus menulis disini, aku harap korang jangan salah persoalankan pegangan agama aku. Sebab itu bukan yang aku ingin katakan kat sini. Apa yang aku nak katakan ini hanyalah pendapat peribadi aku yang kerdil dan pendapat aku ni dari konteks Melayu Malaysia, sebab aku pun orang Melayu Malaysia. Mungkin juga apa yang akan aku katakan berbunyi seolah aku antiMelayu. Tapi as ussual, aku tak perlu terangkan siapa aku kan...
Pertama sekali, aku bukan suka membaca surat khabar. Antara sebabnya, surat khabar adalah antara benda yang banyak menyumbang kepada penyelewengan akal fikiran di mana-mana. Sebab aku percaya yang suratkhabar diadakan pada zaman sekarang ini adalah salah satu medium untuk membentuk struktur sosial yang diinginkan oleh sesebuah organisasi. Jelas surat khabar akan menulis sesuatu yang hanya dibenarkan untuk ditulis. Politik la senang cite.
So, sejak kebelakangan ini, banyak sangat kecaman yang aku dengar dikalangan orang disekeliling aku tentang satu isu yang dikuarkan oleh surat khabar. Kisahnya, ada seorang PONDAN Malaysia telah berkahwin di UK. Semua orang (sekurang-kurangnya disekeliling aku) menggemakan maki hamun surat khabar terhadap isu ini. Keterujaan aku mula memuncak dan aku terus melayari internet untuk mendapat tahu apa yang sebenarnya berlaku. Seperti biasa, aku akan mencari bahan yang orang ramai baca dulu. Boleh tahan ramai wartawan yang telah meluangkan masa menulis tentang isu ini. Dan kebanyakan mereka pada pemahaman aku, seolah menyatakan sesuatu dalam tulisan mereka. Kebanyakan mereka seolah menyatakan keprejudisan mereka terhadap individu yang mempunyai gender yang berbeza. SECARA JUJURNYA PERKARA INI JELAS. Mereka seolah sebelum menulis, mereka cam ada union dan bincang apa yang patut dikutuk dalam tulisan mereka. Kalau dapat dirumuskan apa yang mereka tulis, sebenarnya senang je. PONDAN DOSA DAN SALAH. Dalam kebanyakan tulisan dalam surat khabar mengatakan individu nama Fatine seorang Pondan yang Berdosa dan Bersalah.
Tapi bila aku carik info lain, melalui facebook, aku dapati sebenarnya wartawan tidak berlaku adil dalam menulis. Aku tidak mengiyakan tidakan Fatine 'berkahwin'. Tapi, dia kan manusia. Macam kita. Dan sebagai manusia kita haruslah berlaku adil. Sedangkan haiwan pupus kita kelam kabut berkempen untuk pemuliharaan, hak manusia kita perkotak katikkan. Apa sebabnya.? Sebab Manusia belum nak pupus.
Sebenarnya, bila benda macam ni terjadi, aku terfikir, kenapa orang Melayu Malaysia (bukan semualah kan) terus nak menjatuhkan hukuman. Sebab secara zahirnya memang Fatine ni dah melanggar ajaran ISLAM. Terus hukuman cacian dan makian diberikan..
" memalukan keluarga, tiada pengangan agama, dan sebagainya"
sapa yang meletakkan nilai ini sebenarnya. Keluarga yang terlibat? Setahu aku, takde siapa yang bangga jika mereka diaibkan, apakan lagi bila keluarga menyatakan rasa malu ingin melihat statement mereka dicetak untuk tatapan orang ramai.. sebenarnya yang menyatakan 'memalukan keluarga' sebenarnya komuniti yang telah terstruktur dengan propaganda nilai-nilai 'murni' yang hanyalah mainan imaginasi yang tak berkesudahan dikalangan masyarakat Melayu di Malaysia.
Tak perlula aku ulas kata-kata aku dan aku rasa semua pun tahu tentang perkara ini.
Jadi bila Fatine dihukum dan di tuduh, aku terfikir, surat khabar nak nampakkan pondan adalah satu jenayah sosial dan implikasi pada isu ini, masyarakat akan bertambah benci kepada pondan dan beramai-ramailah menghukum golongan pondan ini, tanpa perlu mengenali dan mendekati mereka ini. Kesan dari perkara ini, lebih ramai pondan akan bertopengkan perwatakan lelaki dan makin ramailah golongan yang bernafsu kepada kaum sejenis yang bertopeng dan tidak dapat disedari kewujudannya (no offense yer abang gay, i Know u guys educated enough to understand me.
Sampai bila lah orang Melayu akan sedar, sebenarnya kekerasan dan menghukum tidak akan menyelesaikan masalah malah menimbulkan masalah yang lebih besar pada masa akan datang. Peringatan kepada yang sempat membaca tulisan aku ni, aku nak pinjam kata-kata Tun Dr Mahathir, 'sebelum kita nak persoalkan orang, persoalkan perkara yang sama keatas diri anda. sekiranya anda takde jawapan kepada persoalan itu, tak perlu persoalkan orang kain'.
Think about it...
P/s: Sedang kita sibuk memperbesarkan soal kat luar negara, kawan aku mencerita tentang gelagat dua lelaki berlokasi di Melaka disebuah kedai makan kira-kira 4 hari lalu. Dua lelaki ini tanpa segan silu bercium bibir ke bibir masing masing di khalayak ramai. Yang uniknya, kedua-dua mereka secara fizikal jelas kelelakiannya. Ironinya perkara begini berlaku bukan sahaja di bandar besar....pikirkan yer...

Comments