Adakah anugerah segalanya.. [ke???]

Assalamualaikum.
Cammy punya nominasi dah keluar. Menarik list yang tercalon. Tahniah kepada semua yang tercalon. Sesungguhnya anda layak berada dalam pencalonan samada:

1. Anda terdiri daripada komuniti yang mengaprisiasi cammy.
2. Anda adalah mereka yang dimahukan untuk berada dalam senarai itu.
3. Anda disukai oleh panel penilai kategori memasing.
4. Anda pernah tercalon atau menang beberapa anugerah dalam acara penghargaan ini.

Tahniah sekali lagi kepada semua. Kalau ada jemputan saya akan ke sana bersama menanti dalam debar siapa yang bakal memenangi anugerah untuk kategori memasing. Untuk kategori musical dan dance, saya sudah dapat lihat siapa yang bakal menang (walaupun ada persembahan yang saya tak tengok) berdasarkan senarai pemenang tahun lepas dan tahun sebelumnya. Semua ini macam pattern kan kan kan. (Ala you know I'm talking to you).

Kalau ada yang bertanya kenapa saya masih tidak ada sebarang pencalonan dalam anugerah yang berprestij ini. Jawapan saya mudah. Saya insan kerdil yang berkarya kerana ingin bekarya dan mencari sesuap nasi. Walaupun dedikasi saya sepenuh hati kepada seni persembahan Malaysia, saya juga ada kelemahan. Saya tidak bagus dalam bersosial dengan mereka yang kaya,yang meminati seni persembahan. Oleh yang demikian, saya hanya insan kerdil yang bekarya untuk diri sendiri dan untuk sesiapa sahaja yang mungkin gembira dengan setiap pengkaryaan saya.

Seni itu subjektif. Dan yang menilai seni itu manusia yang mempunyai emosi dan rohani.

P/S: ya. Saya tak reti mengampu. Saya hanya tahu bekerja dalam seni sahaja.

Comments

Popular Posts