Main Zapin 2013... ke???

Assalamualaikum
Apa yang aku dambarkan, aku dapat malam ini. Main Zapin merupakan produksi tari tradisional oleh fakulti tari ASWARA, kali ini telah berjaya membuatkan aku percaya kewujudan penari yang menjiwai tarinya. Dengan mengenengahkan tari sosial ke pentas dengan eksplorasi ruang yang bersahaja (tidak semua) berjaya menghidupkan rasa permainan zapin.
Walaupun terdapat beberapa kelonggaran dalam sesetengah koreografi, kemeriahkan dan keseronokan bermain zapin dapat direpresentasikan di pentas teater eksperimen ASWARA. Pada mulanya, aku sangsi juga pilihan mereka untuk menggunakan iringan muzik live. Walaupun terdapat beberapa kecelaruan antara tari dan muzik, kelihatan penari tidak kalah dan meneruskan persembahan.

Apa yang mungkin menjadi kelemahan dalam persembahan ini adalah apabila wujud 2 penari yang terlalu fokus melaksanakan koreografi zapin yang mungkin mudah dikenal pasti apabila selebihnya riang dan rancak bermain zapin. Susun atur zapin juga tidak selari dengan susun atur zapin yang dipersembahkan; yang pada aku bukan sesuatu yang serius. Jika ingin mengenalpasti zapin yang mungkin tidak pernah ditonton, penonton boleh terus bertanya kepada pelajar yang terlibat dalam persembahan ini selepas persembahan.

Main Zapin 2013 berjaya menebus kekecewaan saya terhadap persembahan Asyik sebelum ini. Walaupun terdapat beberapa bahagian yang tidak tepat, sekurang-kurangnya kali ini semua penari 'menari' dan bukan bergerak.
Apa yang mungkin menjadi impian aku adalah untuk melihat pensyarah yang bermain zapin malam ini menari dalam genre tari kontemporari pula (merupakan genre tari yang diperkasai oleh pelajar Fakulti Tari ASWARA) dalam persembahan tari kontemporari anjuran mereka. Teringin rasanya melihat mereka menari dalam ritma yang berbeza dengan memperlihatkan kemampuan maksima mereka disamping pelajar dan graduan. Selain dari itu,  harapan aku juga supaya projeksi yang sama bakal aku terima dari persembahan Take Off dan Gelombang Baru 2013.

P/S: tiada butiran terperinci yang aku nak kongsi di sini sebab aku nak korang semua pergi dan saksikannya sendiri.

Comments

Popular Posts