Melatah pertahankan penjajahan

Assalamualaikum

Dunia tari beberapa hari ini digemparkan dengan larangan Singapore Dance Theater (SDT) untuk meneruskan persembahan di KLPaC. Terharu bila melihat individu dari pelbagai latar belakang memberi ujaran yang negatif terhadap tindakan kerajaan Malaysia ke atas SDT. Ramai yang mula mempersoalkan ketetapkan kerajaan Malaysia terhadap kekangan untuk sebarang bentuk pengaruh yang mungkin akan mendatangkan kesan ke atas masyarakat Malaysia. Kesan dari itu, DSU Rais Yatim telah mengadakan sidang akhbar bagi memperjelaskan apa yang berlaku. Kenyataan beliau yang boleh disamaertikan dengan pihak kerajaan tidak pernah menerima sebarang pemohonan oleh SDT merupakan sebab utama persembahan itu tidak dibenarkan untuk diteruskan. Dalam keterangan yang sama juga, beliau menyatakan kesedaran beliau tentang estetika seni ballet yang mewajarkan etika pemakaian tertentu bagi memperlihatkan keindahannya. SDT pula memberi keterangan bahawa mereka telah diberitahu oleh wakil mereka di sini bahawa permohonan telah dibuat akan tetapi tiada sebarang maklum balas diterima dari pihak berkuasa.

Di sini, aku tersedar satu perkara. Ramai yang menyokong persembahan ini wajar diteruskan dan kerajaan dilihat berlaku tidak adil kepada SDT. Kagum dan bangga dengan sokongan yang diberikan oleh setiap individu yang mengecam tindakan kerajaan, aku terfikir sejenak.

"Mereka yang menyatakan komentar tentang persembahan negara jiran ini pernah tak memberi sokongan kepada persembahan tempatan?"

"Ramai rupanya muslim telah berasimilasi dengan budaya tidak menutup aurat sehingga boleh menyokong SDT walaupun kenyataan awal tentang pengharaman persembahan mereka adalah kerana kostum yang kurang sesuai."

"Adakah sokongan yang diberi kepada SDT adalah salah satu bentuk provokasi bagi menyatakan satu lagi kelemahan kerajaan yang tidak menyokong perkembangan seni persembahan di Malaysia."

"Bukankah lebih baik menyokong seni persembahan tempatan yang sedang berkembang dari memberi sokongan yang bertubi-tubi kepada kumpulan persembahan dari luar negara sahaja."


Ini antara perkara yang bermain dibenak fikiran aku. Aku ada jawapan kepada semua persoalan ini dan jawapan itu aku simpan dalam diri aku sendiri. Pendapat tentang perkara macam begini sangat vague tapi jawapan yang objektif dapat dikenal pasti jika konteks pemikiran jelas dan tepat.

p/s: Sedih tapi benar. Sangat berharap sokongan seperti yang diberikan kepada SDT diterima oleh semua persembahan di Malaysia khususnya persembahan tari pentas.

Sumber visual: facebook.com

Comments

Popular Posts