Ballet : dari Italy ke Perancis sehingga awal abad ke 20

Ballet di Italy pada abad ke 15.

Ballet dikenalpasti wujud di istana pada Era Renaissance dimana bermulanya perarakan Istana di Italy sempena perayaan perkahwinan golongan aristokrat. Pemuzik dan penari istana mula berkolaborasi bagi menyediakan persembahan yang kompleks dan pelbagai. Dari situ, Ballet mula dibentuk dari satu bentuk tarian sosial golongan bangsawan Perancis yang mengandungi muzik, pidato, lagu, peragaan, dekorasi dan kostum iaitu ballet de cour. Catherine de Menici seorang golongan bangsawan Italy yang mempunyai minat yang mendalam dalam seni, telah berkahwin dengan penaung Perancis pada masa itu iaitu Henry II. Bermula dari situ, kesenian adalah sesuatu yang mendapat sokongan dari istana. Tema persembahan pada ketika itu berkisarkan kisah-kisah mitos.

Pada Era Renaissance ini, Ballet yang dipersembahkan tidak seperti ballet yang kita lihat pada masa kini. Tutus, pointe shoes dan pergerakan kaki pointe masih belum dilakukan. Koreografinya pula lebih kepada olahan pergerakan tarian istana yang sedia ada. Kostum yang dikenakan oleh wanita juga masih labuh dan menutupi setiap bahagian kaki. Pada ketika ini juga, penonton akan mula melibatkan diri sehingga ke akhir persembahan.


Domenico da Piacenza merupakan antara salah sorang adiguru tari yang pertama. Bersama-sama dengan pelajarnya, Antonio Cornazzano dan Guglielmo Ebreo, beliau telah melatih seni tari dan bertanggungjawab untuk mengajar seni mulia ini. Da Piacenza telah meninggalkan sebuah karya: De arte saltandi et choreus ducendi (On the art of dancing and conducting dances), yang telah disatukan oleh pelajarnya.

Ballet, jika bukan yang pertama, diterbitkan dan diperlihatkan adalah Balthasar de Beaujoyeulx's Ballet Comique de la Reine (1581) dan merupakan ballet comique (drama). Pada tahun yang sama, penerbitan Fabritio Caroso, Il Ballarino, manual teknikal terhadap tari istana, bentuk persembahan dan juga sosial, membantu memperkukuhkan Itali sebagai pusat perkembangan teknikal dalam ballet.

Abad ke 17: Perancis dan Tari Istana


Ballet berkembang sebagai satu bentuk seni persembahan di Perancis semasa pemerintahan Louis XIV; yang sangat berminat dengan tari dan ingin memperluaskan standard tari yang bermula sejak kurun ke 17. Pada 1661, King Louis XIV telah menubuhkan Académie Royale de Danse. Ia telah berkembang menjadi sebuah syarikat tari yang dikenali pada hari ini sebagai Paris Opera Ballet. Rujukan yang terawal menyatakan tentang 5 bentuk posisi kaki dalam ballet telah ditulis oleh Pierre Beauchamp, seorang penari istana dan juga koreografer.


Jean-Baptiste Lully, komposer dari Italy berkhidmat di istana Perancis merupakan orang yang telah menyumbang keepada bentuk komposisi muzik ballet pada abad yang akan datang. Disokong oleh King Louis XIV, Lully sentiasa melibatkan watak Raja dalam balletnya. Tajuk Raja Matahari untuk monarki Perancis, asalnya dari peranan King Louis XIV didalam ballet Lully yang bertajuk Ballet de la Nuit (1653). Sumbang Lully yang terutama kepada ballet adalah kehalusan dan keindahan komposisinya. Kefahaman beliau terhadap pergerakan dan tari membenarkan beliau untuk menggubah lagu, terutama untuk ballet, dengan aplikasi pemfrasaan lagu melengkapi pergerakan fizikal ballet. Lully juga berkerjasama dengang penulis Perancis, Molière. Bersama-sama, mereka mengambil gaya teater Italy, commedia dell'arte, dan mengadaptasikanya kedalam karya mereka untuk bahan tontonan masyarakat Itali dan terciptalah comédie-ballet. Antara produksi mereka yang terbaik adalah Le Bourgeois Gentilhomme (1670). Kemudian, Lully telah menjadi pengarah pertama di Théâtre de l'Académie Royale de Musique dimana skop institut ini menerapkan seni tari selepas itu. Jean-Baptiste Lully membawa ballet Italy dan Perancis seterusnya mula mencipta legasi ballet pada masa itu.

Sekolah ballet pertama di Perancis adalah dibawah didikan Juliette Blanche. Termadologi ballet mula diperjelaskan di sana. Hampir semua pergerakan dalam ballet dinamakan dengan menggunakan bahasa Perancis. Formalasi dan pembakuan terma-terma pergerakan ballet ini adalah bertujuan penyebaran dan pemahaman tentang bentuk ballet ini dapat disampaikan secara meluas di serata dunia.

Abad ke 18 perkembangan ballet sebagai sebuah bentuk seni


Pada abad ke 18, seni ballet mula mengalami anjakan dari aspek teknikal kerana pada masa ini ballet mula dianggap sebagai sebuah bentuk seni yang dipandang serious, sejajar dengan opera. Kesan dari tulisan Jean-Georges Noverre, Lettres sur la danse et les ballets (1760), yang menyatakkan bahawa setiap pergerakan penari dibentuk untuk mengekspressikan watak sekaligus membantu dalam naratifnya (ballet d’action). Pada mulanya, penari perempuan hanya memegang peranan pembantu sahaja disebabkan oleh kostum yang sarat.

Pembentukkan semula komposisi ballet telah dilakukan oleh komposer seperti Christoph Gluck. Akhirnya, bentuk ballet terbahagi kepada 3 bentuk teknik formal iaitu sérieux, demi-caractère dan comique. Ballet mula menjadi sebahagian daripada persembahan opera dan dipersembahkan sebagai interlud yang dipanggil divertissements.

Ballet diakhir abad ke 19 sehingga awal abad ke 20.

Kurun ke 19 telah berlaku perubahan sosial yang besar dan keadaan ini telah memberi impak keatas perkembangan ballet kerana berlaku peralihan dari zaman kepekaan golongan aristokratik ke ballet romantik. Ballerina seperti Geneviève Gosselin, Marie Taglioni dan Fanny Elssler mula bereksperimen dengan teknik baru seperti pointework yang telah menjadikan ballerina lebih terkenal dan utama di atas pentas. Penulis mula menulis cerita untuk ballet. Carlo Blasis adalah orang yang telah membakukan teknik ballet yang masih digunakan hingga kini.Kasut ballet, pointe shoe, mula dicipta untuk menyokong kerja kaki pointe.


Romanticism adalah satu bentuk reaksi membantah pembangunan perindustrian. Suasana pada masa ini telah mendorong koreografer untuk mencipta ballet romantik yang kelihatan ringan, berangin dan bebas yang merupakan kontra kepada rekonduksi sains semasa, seperti kata-kata Poe, "driven the hamadryad from the woods". Ballet tidak benar (unreal) menggambarkan perempuan adalah roh rapuh, makhluk mistikal, yang boleh diangkat dengan mudah seolah terapung diudara. Ballerina mula mengenakan kostul pastel, kain yang berterapungan dan kelihatan ringan. Ceritanya pula mula berkembang berinspirasikan roh-roh spiritual dan mistikal seperti contoh La Sylphide, datu bentuk ballet romantic yang sehingga kini masih dipersembahkan.

Comments

Popular Posts